Wednesday, December 14, 2011

kalau ada yang membenci diri..


assalamualaikum semua pembaca Bicara Amani... mungkin apa yang amani coretkan sebentar lagi, mungkin ada sesetengah berfikir,. " eleh dia ni, cakap tak serupa bikin, dia pun sama juga".... sebelum itu, biar amani jawab, kita tak perlu nak tunggu baik dan sempurna sepenuhnya untuk menasihati orang lain, dan amani akui, diri amani juga kadang-kadang khilaf, kerana kita ada hati dan perasaan...

kadang-kadang kita selalu fikir, kita rasa kita tak pernah sakitkan hati orang, tak pernah nak ada keinginan untuk membenci orang, sebaik mungkin kita melayani orang sekeliling dengan sama rata dan selalu bersangka baik dengan mereka, kerana kita telah dilatih sebegitu...tapi kenapa ada sahaja insan-insan dan hamba-hamba yang ada sahaja strateginya untuk menjatuhkan kita, untuk menyebarkan fitnah dan membuatkan kita rasa putus asa dengan apa yang sedang kita lakukan... pernah alami macam tu??? dalam kehidupan amani... yupss, sejak kebelakangan ini amani hadapinya sehingga sanggup menghantar benda yang menyalahi hukum Allah.. semoga kamu mendapat hidayah..

amani fikir, kalau kita menghadapi ujian daripada manusia sebegini, apa yang harus kita lakukan sebenarnya???... pertama sekali..

1)- muhasabah kembali diri kita sendiri.. pernah dengar orang cakap bahawa sikap orang adalah cerminan sikap kita.. ada betulnya kan, jadi kita kenang kembali diri kita, mungkin ada kelemahan-kelamahan yang terkadang kita terlepas pandang untuk dijaga,.. kemudian, apabila kita sudah jumpa kelemahan itu, jangan pula katakan pada diri.. " eleh, dia pun macam lah baik sangat".. jangan sesekali menanam rasa kebencian pada mereka yang membenci kita..

seandainya puas kita gali dan kaji kelemahan diri,, tapi dengan izin Allah, kita tak ketemu lagi, biarkan saja kebencian manusia itu..dan jangan bersedih... tapi terkadang kita tetap bersedih, ermm, mungkin disini boleh amani katakan, iman kita belum mantap, dan pengharapan kita pada Allah belum kuat... amani pun sama juga, jadi selepas ini kena lebih tabah dan kuat.. kalau kita tahu kita tak buat salah, buat apa nak bersedih, kerana itu smeua fitnah daripada mereka...jangan sesekali membenci orang yang membenci kita.. sebab kita tak rugi apa-apa, sebaliknya kalau kita membenci, kita rugi, sebab perkara itu sudah hampir dengan dosa... Nauzubillah...

2)-cukuplah kita ada orang yang benar-benar menyayangi kita... jika kita ada kawan yang membenci kita, biarkan, biar dia membenci, dan kita masih ada orang yang menyayangi...kalau tiada manusia yang menyayangi, Allah itu sentiasa ada.. malah lebih dekat daripada sangkaan kita.. mudah kata, kebahagiaan itu terletak dalam hati kita.. kalau hati kita percaya bahawa, jika ada org yang membenci, tapi hati percaya yang kita mampu hidup bahagia, pasti kita bahagia... pentingnya permainan psikologi hati dan jiwa.... biarkan manusia leka dengan sandiwara dunia, jangan kita jadi sebahagian daripada mereka,, kerana tujuaan kita adalah mencari kebahagiaan disana bukan melakukan perkara untuk membenci individu yang sia-sia...

fuhhh, lepas juga amani nak tulis ni.. hehehe, semoga tinta ini amani dapat lekatkan dihati bila amani diduga dengan insan-insan tersebut... semoga kamu peroleh kebahagiaan yang kamu cari.. :)...sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang benar...


ramai yang bertanya tentang kahwin lately ni...aduyai, penat nak menjawab satu hal, nak fikir jawapan satu hal... mudah cara, kahwin tu kerja Allah, dah sampai masanya Allah nak kurniakan ada laaa.... sekarang nak fikir anak-anak dulu...anak murid..

9 comments:

fiverul wan said...

sya membacanya sambil menilai kembali diri ini.

azwa amani said...

fiverul wan : itu juga yg amani harapkan daripada pembaca yg lain....sama2 kite baiki diri okey :)

Nora_Aniza said...

ada org hantar benda xelok ke?ish..kenapa?sebab blog ke?blog mcm ni boleh jadi sebab ke?apatah lagi blog gedik2 macam blog saya.??????????

azwa amani said...

wallhualam kak... tk thulah sebb blog atau sebb sya sdri... tkpela, biarkn..

nur Muhammad said...

semua orang melakukan dosa,,..
nasihat menasihatilah untuk kebaikan bersama ..

Nora_Aniza said...

macam ni.rasa2 semua blogger akan berhadapan dgn situasi mcm ni..yg pntg kita jgn dgr org.kalau kita berpendapat org lain adalah cerminan diri kita, itu salah.kalau macam tu, berapa byk cermin kita patut pandang? percaya pd diri..bangga dgn diri sendiri.xpayah dgr kata org lain.mereka tegur bukan ikhlas pun melainkan sebab dengki semata2

azwa amani said...

mungkin ada betulnya pepatah itu, cuba tgok kawan baik kita... kalau nak tahu perangai kita, tgk perangai kawan, nak thu perangai kita, tgk perangai abg/kakak/mak/ayah.. sebab kita ni memang mudah terpengaruh... tapi bagaimana kita sesuaikan diri dgn situasi... kalau inidvidu itu buat sikit2 xpe kak, tapi kalau sudah mendtangkan aib pada kita, seharusnya bagaimana untuk kita bertindak dgn matang?? itu kena tanya pada diri sendiri... :) betul juga tu, yg penting sling nasihat... :).. okey, IsnyaAllah, mudah-mdahan blogger lain dapt smpaikan ilmu Allah tanpa halangan yg sukar..aminnn

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

salam amani
saya sedang di duga.dlm mencari jln yg lbh diredhai Allah dan menuju ke arah yg lbh baik ada yg membenci mlh ada yg menyebar cerita tak seronok didengar.entri ini amat membantu.terima kasih...

Terbang Bersamaku said...

sy suaka entyr ni, sbb bila sy membacanya sy kembali berfikir tentang diri sendir..terima kasih sbb berkongsi ilmu..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...