Thursday, December 22, 2011

hidup ini untuk apa???

suatu hari, aku sedang duduk menyiapkan kerja-kerjaku, tiba-tiba aku didatangi oleh seorang anak didikku..." teacher, kenapa kita kena mati? Danish takut mati lah teacher"...terkedu ku seketika dan otak ligat mencari idea untuk diberikan jawapan yang paling mudah untuk si kecil fahami...akalnya masih pendek dan perlu dengan bimbingan yang paling dekat dengan dirinya.. lalu aku pun bertanya.. " danish kalau makan berhenti tak??".."berhentilah, nanti perut kenyang sangat"..."Danish kalau belajar, dah penat berhenti tak?"..."berhentilah".." Danish kalau mandi, mandi je ke tak sudah-sudah?".. " sejuk lah teacher, tak boleh mandi lama-lama"...

"good anak teacher, macam tu jugak dengan hidup, dan tiba waktunya Allah matikan "... anak didikku itu mengangguk tanda mengerti keteranganku.. " Danish tak perlu takut kalau Danish kuat, jadi Danish kena kuatkan iman, Danish jangan nakal-nakal, dengar cakap Teacher, buat baik barulah Allah sayang Danish, takdelah malaikat pukul dalam kubur nanti ".." owhhh, malaikat mungkar nakir kan teacher".." ye ...pandai pun. Danish good boy, dah, pergi masuk TV Room.."..


********

zaman sekarang ni, mendidik budak lebih mudah daripada mendidik orang dewasa.. sebabnya akal dah panjang, satu nasihat diberikan 10 bidasan dengan alasan...kata A jawab B, kata B jawab C.... susah kan??... dakwah, tiada yang mudah. kalau anak kecil, disuruhnya solat, sangat seronok nak buat, lagi-lagi kalau bawa pergi bersama ke surau, lagi lah terlompat-lompat, asyuk tengok jam dan tanya " teacher, hari ni solat kat surau kan?"..tapi orang besar, ada motor, ada kereta pun susah nak pijak kaki ke surau... itu semua sebab tiada KESEDARAN....

untuk orang-orang yang sebegini, tanya pada dia, untuk apa dia hidup??...tanya dia, siapa dia sebenarnya ???..lihat pada jawapannya.. dan bandingkan jawapan yang dia berikan dengan jawapan Allah.....tanya dia, sudah dia buat kah semua yang harus dilakukan ketika hidup???

pertama sekali ialah UNTUK SUJUD MENYEMBAH ALLAH...

"pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya untuk menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberikan zakat dan yang demikian itulah agama yang benar"
- surah Al-Bayyinah 5:98

kedua, UNTUK AKU SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI INI..

"dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan sesetengah kamu daripada sesetengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak mengujimu pada apa yang Dia telah kurniakan kepada kamu. Sesungguhnya tuhan kamu amatlah cepat azab seksaNya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani
-Surah Al-An'am 6: 165


ketiga ialah UNTUK AKU MENYERU KEBAIKAN, MEMBANTERAS KEJAHATAN

'dan hendaklah ada antara kamu satu (puak) yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dna keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang yang berjaya
-surah Al-Imran 3:104

keempat kerana ALLAH TIDAK JADIKAN AKU SIA-SIA

"maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (daripada tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang nikmat pada ciptaan itu? dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada kami?"
-surah Al-mukminun 23:115

setiap hari, dari buka mata sampailah tutup mata, inilah yang harus kita buat sebagai hambaNya..kalau tak solat,maksudnya tugas yang pertama sekali kita dah abaikan, apatah lagi tugas kedua, ketiga, dan keempat kan.....so, tanya diri sendiri , " aku ni hamba Allah, tapi cukup tak aku buat kerja-kerjaku sebagai hamba?".....okey..wallhualam bissawab, untuk kak Nora Aniza yang come lote, ni je yang amani boleh sampaikan pada akak.. huhuhu, kalau ada yang tak jelas, boleh tanya kembali :)

jangan cuba dikawal arah taufan
tetapi kawallah layar kehidupan
tak perlu diuukur dalamnya lautan
tetapi panjangkanlah kail yang sejengkal..

11 comments:

Nia Ridzwan said...

Salam alaik ukhti.
terima kasih atas perkongsian.
jazakillahu khair :)

azwa amani said...

nia ridzwan : waalaikumsalam ukhti...jazakumullahu khairon kasiro... sama2, semoga dapat sedikit ilmu untuk bersama... :)

Unknown said...

huk aloh..nak jadi anak murid teacher leh dokk

IMANSHAH said...

betapa saya ini lemah sungguh

Adam Malik said...

banyak tanggungjawab yang perlu kita tunaikan,,..

azwa amani said...

jiji : huk aloh...boleh sajo

azwa amani said...

cekgu imanshah : selagi kita bernama hamba, selagi itulah kita lemah :) sama2 kita perbaiki diri yukk :)

eiyzniey said...

Nice info..
:)
Sma2 kite mncri redha Allah..
Amin..

Unknown said...

wah cikgu.. bus3x.. pasti anak murd tu faham ye...

Nora_Aniza said...

terima kasih. jasamu dikenang. insyaallah saya bagi "orang itu" baca..terima kasih ye..amani ni betul2 xmengecewakan,hehe

azwa amani said...

sis nora aniza: sama-sama kak. amani cuba yg terbaik, dan ilmu yg Allah berikan Dia yang pnya, Alhamdulilah..semoga orang itu baca dan timbul kesedaran dalam hatinya.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...