"Allah menyediakan rezeki untuk burung
tapi ia mesti terbang untuk mendapatkannya
bukankah itu tandanya setiap kita mesti berusaha"
bukankah itu tandanya setiap kita mesti berusaha"
nabi sulaiman bertanya kepada seekor semut, tentang berapa banyak makanan yang diperlukan untuk hidup dalam setahun. semut menjawab, ia hanya memerlukan makanan sebanyak sebiji butir gandum.
lalu Nabi Sulaiman memasukkan semut tersebut dalam satu botol dengan meletakkan gula sebesar sebutir gandum. mulut botol itu kemudian ditutup.
cukup tempoh setahun, mulut botol itu dibuka semula oleh Nabi Sulaiman. Anehnya, baginda dapati hanya separuh sahaja daripada gula sebesar sebutir gandum itu yang habis dimakan oleh semut tersebut. nabi sulaiman bertanya, mengapa hanya separuh makanan sahaja yang dihabiskan sedangkan semut pernah berkata ia perlukan makanan sebesar sebiji gandum?
sang semut menjelaskan bahwa jika diluar botol, rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah dan jika yakin dengan Allah pasti akan mencukupkan rezekinya. oleh sebab itu dia tidak perlu risau dengan hakikat itu. tetapi apabila dikurung oleh manusia, dia mengambil langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat kerana tidka yakin dengan sifat prihatin manusia. mana tahu, kalau-kalau manusia itu terlupa lalu mengurungnya terlebih daripada tempoh satu tahun? apa akan terjadi nanti?
ertinya...semut lebih yakin dengan jaminan Allah ketika di luar botol berbanding dengan jaminan manusia ketika di dalam botol...
p/s : inilah sifat tawakal dan ikhtiar yang kita boleh pelajari daripada semut. jangan sesekali bergantung kepada sesama mahkluk dalam soal rezeki, sebaliknya bergantunglah kepada Allah..
kalau ada pihak yang berkata..."saya jamin bekalan makanan dan simpanan petrol akan sentiasa mencukupi untuk sekian-sekian tahun"...jangan terlalu yakin. sebaliknya bertawakallah kepada Allah dan berikhtiarlah dengan keupayaan sendiri. jika tidak, kita akan dikecewakan..jadilah seperti semut itu..
tengah minum secawan nescafe dengan biskut gula share dengan my roomate...hukhukhuk :)
12 comments:
Nice sharing dear..
akak...gi singapore ngn dhaka jgn lupekan adik tau...hikhikhik :)
menarik nya kisah semut ni..
sebagai peringatan kalau berada dalam kesusahan, pertolongan yang diberi tu perlu digunakan sebaik-baiknya.
^_^
Entri Fresh= Fly High - Karya Baru Serta Tutorial
shazwan srwk : terima kasih dik.. :) yup..terimalah bantuan org dan gunakan dnegan sebaiknya..
nice info, manusia selalu lalai dgn ape yg dilakukan namun Allah tidak pernah lalai dr menjaga hambanya..
en ammar : yupss..betul tu...belajarlah menjadi hamba yang prihatin kepada org lain... kerana rezeki bukan milik kita sepenuhnya.tetapi untuk dikongsi..walau sedikit
suka entri nie. pernah baca dulu.
cerita yg menarik...
so, jgn terlalu berharap sepenuhnya kpd manusia..
berusahalah dgn sendiri dan yakin dgn Allah.. =)
Bijaknya semut tue! Suka baca kisah nie. :)
cikgu DEn : terima kasih cikgu den sebab menbaca entry ini :)
solihin : betul tuuu...meminta pengharapan hanya kepada Allah selepas kita berusaha dengan bersungguh-sungguh.. :)
Arob Mubin : betul..semut tu Bijak...lebih bijak pencipta semut tu kan.. :)
Post a Comment