Sunday, April 24, 2011

nak tetap macam mana ????

assalamualaikum semua...

rindu bertaut pada BICARA AMANI kerana Allah tidak dapat disangkal lagi...sangat merindui untuk menyebarkan ilmu bila seharian tidak duduk berfikir sejenak tentang agama dan kehidupan....dan kini, rinduku kian terubat...dan harapnya rinduku pada jalan Allah ini sentiasa mekar dan istiqomah....

semoga apa sahaja yang Amani sedang lakukan dengan niat kerana Allah ini, ALlah tetapkan hati dan dengan kekuatan yang tiada taranya untuk terus Istiqomah...aminnn

Istqamah dalam perjuangan
Perjuangan yang suci di redhai Allah tidak terlepas daripada cabaran terutamanya perjuangan menegakkan Islam sama ada dalam diri, dalam keluarga dan dalam masyarakat. Cabaran itu hanya akan dapat di atasi oleh semangat jihad yang tinggi, beristiqamah, bersabar dan tidak berputus asa.

Firman Allah Taala:

(Surah Yusof ' Ayat 87)

Ertinya: Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir.

antara halangan untuk kita beristiqamah adalah seperti berikut :

1.Halangan diri sendiri seperti malas, takut, gagal, rendah semangat, malu, tahap pencapaian rendah.

2.Halangan orang lain seperti gangguan, pengaruh, menolak peluang dan tidak mahu berkerjasama.

3.Halangan suasana yang tidak selesa atau tidak sesuai.

4.Halangan wang atau kebendaan.

apa yang perlu dilakukan????

1. Kuatkan azam

2. Berusaha dengan tetap dan bersungguh- sungguh.

3. Tidak patah semangat.

4. Tidak kecewa dan putus asa.

5. Tabah dan sabar menghadapi cabaran dan ujian.

6. Sentiasa berfikir.

7. Banyak berzikir dan berdoa kepada Allah Taala.

8. Bertawakal dan bersyukur.


...."maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? kerana sesungguhnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada." -Al-Haj:46

7 comments:

ewanthology said...

teruskan berdakwah dengan cara ini.
saya mengikutinya.

Unknown said...

selamat malam amani..
alhamdullilah.. kak ayu sokong cara dakwah mu..
moga kita bersama ke arah kebaikan..

~salamesrabadi~ said...

gud job~teruskan dear!

Solihin Zubir said...

nk tetapkan hati utk beristiqamah melaksanakan kebaikan mmg agak berat bg saya.. teruknya.. =(

smoga kita semua diberikan kekuatan utk beristiqamah.. amin..

Unknown said...

incya-Allah,..thnkx for the entry..mengingitkan kembali ayie kepada kejadian asal manusia..huhu incya-Allah sme2 menegakkan agama Allah..

Muslimin Ibnu Hassan said...

salam, Maha Suci Allah yg menciptakan hati manusia dgn pnuh hikmah. semoga amani pn istiqamah dgn amani rencanakAN. Allah pasti bersama hambaNya yg mencariNya di dunia ini. Wallahualam..

Rollamb said...

Sy suka.. gambar nya juga. sy mohon pinjam gambar ini. suka sgt :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...