Thursday, April 21, 2011

hidup saling berpesan-pesan...

assalamualaikum...

Allahumma salli a'ala saidina muhammad..

sengaja amani tukarkan lagu blog BICARA AMANI yang dulu iaitu lagu Ammar-Amani ke Binabil Huda,,,sebabnya, amani inginkan setiap yang ada di dalam blog ini memberikan manfaat kepada semua...samada daripada pengisian dan juga hiburan...ringan-ringankah lah mulut tuk menyebut selawat ke atas junjungan besar bila kita dengar lagu Binabil Huda tu...nanti InsyaAllah amani tulis dia punya maksud lirik eh...

manusia ni sudah fitrahnya pelupa,..dan kewajipan kita sebagai saudara adalah untuk saling berpesan dan ingat-mengingati...(link) boleh klik kat link tu untuk melihat pesanan daripada Allah...

marilah kita hidup
seperti orang yang menantikan mati
kerana ingat mati itu
akan mengecilkan segala derita
akan mencairkan segala alpa
kiranya inilah detik terakhir
marilah kita mula semula
walau yang masih tersisa hanya sedetik cuma
namun..itulah yang lebih bermakna...

amani percaya
orang yang berhak hidup dalam ketenangan
adalah orang yang sentiasa bersedia menghadapi kematian...

ada orang kata hidup umpama roda...
bagi amani...
hidup umpama layang-layang di langit takdir
kita terbang tinggi, rendah, jauh, dekat hanya dibawah lembayung iradah-Nya
kita akan terbang selagi ada angin dibekalkan
selagi kertas tidak terkoyak
selagi rangka masih teguh
tapi apabila tali telah ditarik, turunlah dengan redha.
kita tidak berhak terus 'terbang'
sekiranya maut menjemput pulang


p/s : bila melakukan sesuatu dan teringatkan sesuatu..entah kenapa kematian itu selalu di dalam minda ku...nak turun tangga, terfikir, kalau amani mati jatuh tangga macam mana...???
nak buat air...kalau tiba-tiba amani mati masa nak buat air ni macam mana??
bila nak pejam mata...kalau amani tak bangun2 untuk melihat dunia besok hari macam mana???
kerana amani tidak tahu, ajal dan maut itu tidak amani ketahui,..sebab itulah amani harus siapkan segala keperluan kematian....

hidup dunia hanya sekali,di akhirat itu adalah hakiki...
persiapkan diri untuk bekalan mati..

4 comments:

Puan Nurussalwa said...

as'salam amani..
indahnya puisi tu.. suka dgn perbandingan hidup dan layang-layang..
nila tiba masa ditarik kita mmg xmampu buat apa2.
moga kita bersedia menghadapi hari kembali kita~

Unknown said...

lagu blog awien sama ngn ayie loh..huhu ingt kematian itu sangt yang bgus kerana secara tidak langsung sapat mendekatkan diri kepada Allah dan yakin diri ini sentiase mendambakan chaya nur dripadanya..

azwa amani said...

wawa : waalaikumsalam ukhti ...yups..harapnya bekalan ke dunia sebelah sana cukup...aminnn Ya Rabb

azwa amani said...

ayie : uhuhuhuhu..a'ah...takpelah sama... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...