Friday, April 15, 2011

kawal Marahmu...



marah itu umpama api di dapur hati
jangan terlalu, nanti hangus
jangan tiada, nanti dayus...

sememangnya Allah perancang Yang Maha Hebat..setiap apa yang dikurniakan samada nikmat dan musibah itu semua rezeki kita untuk merasanya...jangan pernah mengeluh dan merungut, itu pesan En. Anugerah bila amani mengadu pada dia...pasti dia akan merasionalkan balik apa yang amani fikir, dan setiap kata-kata darinya, buat amani malu dan rendah diri,....kenapa amani susah nak nampak hikmah disebaliknya masalah yang datang.....mungkin iman masih lemah dan masih ada hijab dengan Allah....sebab itu barangkali

terkadang ingin marah dengan apa yang terjadi..marah kepada manusia yang mendatangkan masalah kepada kami...kepada keluarga amani....tapi malam tadi amani renungkan balik..bila saat orang semua lena...mata ni masih belum mampu nak ditutup...fikiran masih ligat berfikir.....kadangkala, amani rasa, amani lebih matang daripada usia....huhuhu..(perasan muda ek...)... harus marah atau tidak????..itu yang bermain dalam fikiran...syukur ALlah melintaskan dalam fikiran...lalu..ku coretkan disini, agar menjadi panduan diri dan semua yang membaca,,,

kemarahan kita kepada seseorang akan memudaratkan kita sendiri lebih daripada orang yang kita marahkan...so...maafkan adalah lebih baik,walaupun perkara yg dilakukan, memng tidak boleh diterima akal.....

kemarahan itukan asalnya dari syaitan, dan syaitan berasal daripada api...api itu panas dan membakar...bahangnya akan menyebabkan pertimbangan hati, akal, dan perasaan tidak seimbang..malah, akan ada kesan biologi yg -ve bila kita marah...sebabnya, Imam Ghazali berkata " apabila seseorang itu marah, pandanglag bertapa hodohnya wajahmu dicermin"..

tapi...siapa kat sini yang tidak pernah marah...?? marah itu sebahagian daripada sifat tabii manusia...tanpa marah, manusia bukan manusia lagi....so..marah itu pun satu anugerah. dengan adanya sifat marah, timbullah semangat nak mempertahankan keluarga, dan paling penting agama...senang cakap, marah itu ada yang terpuji, ada yang keji...marah yang terpuji bila sesuai dengan tempat dan keadaanya...

bila agama dikeji, kita mesti marah..kalau kita tak marah, Allah yang akan marah kita..betul tak???.. sebaliknya, bila diri kita sendiri yang dikeji, dianjurkan supaya bersabar. ini soal peribadi. memaafkan lebih utama. ..

ingat..bila kita dikeji...telitilah...muhasabahlah...apakah kejian itu sesuatu yang benar dan tepat?? jika benar dan tepat, kejian itu mesti diliihat sebagai 'teguran' daripada ALlah melalui lidah manusia...tapi...kalau tidak benar, apa yang hendak dirisaukan...?? bukan manusia yang menentukan mudarat dan dosa.. biarkan ia berlalu, jangan sesekali takut kepada orang yang mencerca...dan itu bukanlah bermakna kita jumud hingga orang boleh lakukan apa sahaja sewenang-wenangnya..

bagi amani,..jadikan marah itu sebagai pekerja dan diri sendiri sebagai majikan..biarlah marah yang bekerja untuk kita, bukan kita yang bekerja untuk marah...jadi..mula-mula..tuluskan marahmu hanya kerana Allah semata-mata..kemudian, luruskan marah itu pada jalan yang di-benarkanNya sahaja...kemudian, uruslah marahmu mengikut kadar dan batasnya.....

p/s : kadang-kadang kita tidak terfikir...berapa banyak perkara yang kita sangka buruk, akhirnya memberikan kebaikan kepada kita. dan berapa banyak pula perkara yang kita sangka baik tapi pada asalnya membawa keburukan...

mungkin apa yg sedang amani dan keluarga lalui hari ini, ada hikmah dan amani percaya, setiap yang datang daripada Allah, semuanya baik untuk setiap orang.....dan tidak perlu lagi kita mempertikaikan,,,mengapa dan kenapa ia terjadi keatas diri kita...

buat Along, Abang, Alang dan Kak Teh... adikmu ini sentiasa bersamamu dalam apa jua keadaan kita...sabar banyak2...ini dugaan untuk kita dan harus untuk kita selesaikan.....bermohon agar kita dijadikan hamba yang sebenar-benar hamba-yang pasrah dan menyerah, seluruh dan sepenuh....ingat...

"the believer asks no questions, while no answer can satisfy the unbeliever!!!


20 comments:

kkulfy said...

kita harus mengawal kemarahan kita..
sabar ye setiap dugaan pasti ada hikmahnya
tag amani.jom join 'Dayana AZ dan MiszyDian's buat LUCKY DRAW! '

Amanie Khairunnisa said...

bila marah kita boleh out of control. bila out of control kita akan buat sesuatu yg unpredictable and bila dah berlaku baru nak menyesal. tapi masa tu nak menyesal pun dah tak guna. pandai2 la kawal kemarahan dalam hati :)

Solihin Zubir said...

sy dlu seorg yg agak baran..
tp skrg alhamdulillah dh bleh kawal marah.. dh jd sgt penyabar.. ehehehe...

cikcleopatra said...

tak ley marah2 kan..nnt darah naek!hehe.

azwa amani said...

fitrah : tengs fitrah tag amani..huhuhuhu..amani kurang minat sikit nak join GA ni..hehehe..ape2 pun tengs ye dearr...ingat jugak kat amani ekk

azwa amani said...

am : betul tuuu..kalau kita marah ni, memng takle nak kawal ape2.. :)..thnks for sharing

azwa amani said...

solihin : isshhhh takut eh hg panas baran...baguih lah dah jadi penyabaq...huhuhu

azwa amani said...

cikcleopatra : betul2...huhuhu..x pasal2 dapat hypertension..

Ain Zulaikha said...

saya kalau marah saya lagi suka senyap diam dan pendam. tapi orang tak suka. tapi kalau marah orang mengata. so macam mana tu?

** sorry lambat reply jejak korang, busy tersangat damn much! hehe..

Anonymous said...

salam...

kita setiap hari melalui pelbagai ragam manusia...kalau silap pertimbangan..akan timbul perasaan sedih, marah dan lain-lain..

apapun kita digalakkan sabar...

Unknown said...

sabar itukan separuh daripada iman.. so bersabarlah whai shbatku dalam menghdpisegla duggan Allah.. hehe

Taufiq Tiramisu said...

sebenarnya taufiq bukan slalu marah..tapi bila marah, memang tak terkawal..macam haritu, laptop taufiq rosak bukan sebab jatuh..tapi sebab baling..masa tu tangan kanan ada laptop, tangan kiri ada handphone..dua2 baling..huhu..x tahu knape..marah sgt masa tu..tapi taufiq jugak yang rugi..huhu..taufiq mesti kawal marah ni x kira apa..

Unknown said...

susah nak kawal kalau sya jenis tak pandai nak marah2 org.. bimbang kalau satu hari tetiba meletup, habis terkeluar lava gunung berapi..huhu

Kak Amy said...

orang kata orang yang cepat marah ni senang dapat penyakit jadi cuba la kawalkan diri supaya tidak cepat marah..nie la yang sering abg mirul cakpa kat akak , sebab akak memang seorang yang panas baran tapi lepas kawen alhamdulillah akak dah boleh buang sikap buruk nie..

azwa amani said...

ain zulaikha : tengs sebab datang ke BICARA AMANI

azwa amani said...

sekamar rindu : betuk2...apa2 pun perlu banyakkan bersabar kalau tengah marah

azwa amani said...

ayie : huhuhuhuhu..baiklah sahabatku :P

azwa amani said...

taufiq : huisssshh..jangan baling, bukan snenag nak dapatkan laptop dengan fon tue....kalau nak marah, ambil al-quran ke wuduk ke...k..

azwa amani said...

MH : sama lahd engan amani, amani susah sikit nak marah...kalau amani marah, amani senyap jerr...bukan tengking2 org...hehehe,..tegas tu bukan pemarah kan...hee

azwa amani said...

kak Amy : yeahhh..kakak amani dah selamat pulanggg :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...