Monday, April 18, 2011

serasikan tadbir dan takdir....

bila takdir berbicara
kelu tadbir untuk menyanggahnya,,
akurlah bahawa DIA TUHAN..kita hamba..



takdir sentiasa mengatasi tadbir...takdir daripada Allah, sedangkan tadbir hanya daripada kita hambaNYa...kekadang takdir dan tadbir selari, maka..terjadilah apa yang kita inginkan terjadi....Alhamdullilah....contohnya, dapat result yang cemerlang, ada keluarga yang bahagia dan sebagainya...

namun, acap kali jua takdir dan tadbir bersalahan...bertentengan...maka terjadilah apa yang kita tidak inginkan terjadi...kita mentadbir kewangan kita dengan baik sekali, namun takdir Allah menentukan masih ada lagi hal yang memerlukan kewangan..kita dambakan kejayaan, namun kegagalan pula yang menimpa...ketika itu..hati kita akan bertanya,,

"APA LAGI YANG TIDAK KENA??"

ketika itu, hati pun merintih...

"SEMUA TELAH KUTADBIRKAN, TETAPI KENAPA GAGAL JUA???"

ketika itu, timbullah bunga-bunga pemberontakan daripada dalam diri hamba yang kerdil berhadapan dengan ketentuan Allah Yang Maha Perkasa.....samada kita sedari atau kita tidak sedari...kita mneyalahkan segala-galanya.....

perkara sebegini, kurasakan bukan diri ku seorang pernah mengalaminya....ku pasti, ramai lagi hati hamba Allah turut merasakan sebegini...namun....perlu kita fikirkan kembali...Allah itu tuhan kita, Allah itu sayangkan kita....kalau Dia sayang, manakan Dia ingin memberikan kesusahan kepada kita....pasti ada sesuatu disebalik ujian yang dikurniakan...fikirkan kembali...

ku fikir-fikir..kini, kutemukan jawapannya...takdir daripada Allah mengandungi banyak hikmahnya...ia mnegandungi mehnah iaitu didikan secara lansung daripada Allah, bukan menggunakan perantara guru atau sebaliknya,,,,..hikmah ini terkadang tersembunyi daripada pengetahuan fikiran biasa...selalu ku bertanya pada diri..mengapa diriku sukar melihat hikmah disebalik ujian itu...mengapa Encik Anugerah, mudah dan senang hatinya bila ujian mendatang, sedangkan diriku, selalu sahaja menangis kerana itu dan ini...

diri ini mula sedar...ilmu semata-mata tanpa iman yang kuat akan menyebabkan kita terkapai-kapai dalam ujian hidup tanpa pedoman yang tepat...

jesteru dengan akal semata-mata tidak akan dapat meringankan perasaan pada perkara-perkara yang tidak seiring dengan diri dan kehendak kita..mengapa jadi begini? sedangkan diriku telah berusaha?

untuk mengelakkan perkara sebegitu terjadi. kita mesti berusaha mencari hikmah-hikmah yang tersembunyi dalam ketentuan Allah..hanya manusia yang sempurna akal (ilmu) dan hati (iman) sahaja yang dapat menjangkau hikmah yang terkandung di dalam cubaan dan bala yang menimpa dirinya...

p/s : kita jangan hanya mengetahui Allah itu ada, tetapi kita harus kenal Allah itu bagaimana...jangan hanya tahu Allah itu Maha Hebat, tapi kenal, bagaimana Hebat-Nya Allah...

6 comments:

rose+azmil said...

salam..folo u..folo me bac if u free..=)

aksygdy.blogspot.com

Muslimin Ibnu Hassan said...

em nice info.. i like this.. em sy hrp anda trus menerus knal Allah dan cintai Allah lebih dr kite mencintai dunia.

whitecappuccino said...

Setiap yg berlaku ada sebab dan musabbabnya..ujianNya untuk hambaNya.

azwa amani said...

rose+azmil : insyaAllah amani akan follow..thnks sebab follow BICARA AMANI

azwa amani said...

en Ammar : ku didik juga hatiku untuk membenci dunia...dan mejunjung akhirat...insyaAllah...bimbinglah diri dengan segala ilmu yang ada padamu,...

azwa amani said...

Wc : ye...setiap yang datang daripada Allah samada ujian dan nikmat semuanya punya hikmah... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...