Monday, April 25, 2011

pewaris hati Qarun-(MUSTREAD)

assalamualaikum semua...

kenal siapa Qarun??
..okey..meh nak habaq mai sikit...Qarun ini adalah seorang hamba Allah yang menganggap kekayaan diri kerana kepandaiannya...

okeyyy..memang kamu yang memerah keringat...memang kamu yang penat berfikir...tapi....dengan tenaga siapa kamu berusaha???.. fikir-fikirkan...dan beri jawapam ikut iman ..

hakikatnya, segala tenaga yang kita gunakan untuk mencari sumber rezeki, samada pancaindera, nikmat sihat..itu semua milik Allah....cuba cari pada diri kamu ketika anda baca entry ini...apa yang milik anda,...pasti sukar untuk kita temui.....

janganlah kita menjadi hamba yang terlalu mencintai dunia...jangan terlalu mengejar dunia dengan harta dan wang ringgit...

dari Amani...

dulu, aku pernah menjerit kerana tidak cukup, tapi, kini aku menjerit kerana ingin lebih...ahhhh..apakah besok aku akan terus menjerit kerana tidak puas??? wahai diri, milikilah kematangan rasa. usah sekali bertindak 'terlalu'. samada terlalu mahu atau terlalu benci...

kesederhanaan itu selalu menyelamatkan(klik). ingat selalu pesan Al-quran, tangan jangan selalu dibukakan, tetapi jangan pula terlalu mengenggam. titik tengah antara boros dan bakhil, itulah pemurah...

jika wang boleh menyuburkan kasih sayang, hulurkanlah...jangan lokek 'memeriahkan' persaudaraan. bukanlah rasulullah SAW pernah bersabda, sedekah terbaik ialah yang didahulukan kepada kerabat terdekat. tetapi ingat.....bukan wang yang mempertautkan persaudaraan tetapi hati yang jujur. kejujuran mampu membeli kasih sayang, lebih daripada jumlah wang yang aku miliki...aku tidak ingin menjadi pewaris hati Qarun..


ya Allah..uzlah aku daripada kejahatan diri agar tidak menjangkiti orang lain. qanaah aku agar tidak hasad pada nikmat yang diberi kepada yang lain. sabar aku dengan karenah insan yang menjadi 'bahan uji'MU untuk mendidikku..syukur aku pada nikmat yang ada tanpa mengenang apa yang tiada. pemaaf aku pada kejahatan insan sebagai 'karma' kejahatanku pada mereka...

ya Allah, aku belum sampai tetapi sungguh....aku telah memulakan perjalanan. walau susah sungguh , untuk pasrah pada-MU penuh seluruh! Lihat Aku, kasihani aku, kutip aku..wahai Al-A'Fu..kupohon pada-MU , cahaya hati

12 comments:

aQimie Ceplos said...

wa.. tersentuh saye bace ..

azwa amani said...

aqimie : errrmm..sori yer amani lmbt reply soalan..huhuhu..amani still guna rantai tasbih, bukan tasbih dgital..huhuhu

Personal Wellness Coach. said...

insafffffff....
huhu

Bungasunti-Maternityandnursing said...

amani: huk masih mcuba jadi yg lbh baik

ewanthology said...

sentiasa cuba untuk berasa cukup

Solihin Zubir said...

sy pon... tak ingin menjadi pewais hati Qarun..

moga dijauhkan..

azwa amani said...

anis : bagus lah jika ada keinsafan di dalam hati :)

azwa amani said...

tihok : huhuhu...bagus thok..semoga kita semua menjadi lebih baik daripada semlam..

azwa amani said...

delarocha : amani pun sama, tengah mencuba menerima apa yang ada dan tidak meminta apa yg tiada...

azwa amani said...

aolihin : yups..semoga hati kita dijauhkan menjadi hati seperti Qarun

Muslimin Ibnu Hassan said...

salam, menjawab pd soalan pkai rantai, kita kna igt yg rntai ni hnye utk wanita. haram bg lelaki menyerupai wanita dengn memakai rntai apatah lg rantai emas. jika rntai itu boleh menyembuhkan pnyakit, kena pastikan tiada ubat lain yg standing rntai td. jka ade ubt lain, maka haram. jd utk lgkh selamat, jgn pkai bnda yg blum tntu boleh bwa manfaat sb tkt nti Allah murka. nice info. Wallahualam

azwa amani said...

en Ammar : tq for sharing :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...