Tuesday, April 12, 2011

orang baik mati cepat???

assalamualaikum ..selawat dan salam ke atas junjungn besar Nabi Muhammad SAW, keluarga Baginda dan para sahabat,...

malam tadi cik Amani tidur awal dari biasa....dan Cik Amani bermimpi lagi arwah Mak....
...mesti arwah mak inginkan doa daripada anaknya kan...wajah mak malam tadi senyum jerr,,,amani bangun subuh rasa nak menangis bila teringat,...

dulu pernah tanya pada ustazah, kenapa mak saya meninggal dulu...ustazah cakap..
"orang yang baik2 Allah sayang.Allah ambil dia dulu..."...


betul ke orang yang baik mati cepat???..jadi..orang jahat lambat mati...???

kalau nak fikir logik..betul jugak,,,sebab cara Allah nak tarik ilmu dengan meninggalkan orang yang tidak berilmu dan mematikan para ulama....tapi...bukan semua ulama baik kan.??..

amani dah ketemu jawapan yang boleh meyakinkan Amani..kenapa orang baik mati cepat...

orang baik dirasakan mati cepat kerana orang yang masih hidup belum puas untuk menikmati kebaikan..manusia selamanya tidak akan puas dengan kebaikan. kebaikan itu fitrah manusia.

teringat perpatah cina,.." untuk mengenal kebaikan, 1000 tahun belum cukup..tetapi untuk mengenal kejahatan satu hari sudah terlalu lama"

maksudnya..kebaikan itu sentiasa didambakan oleh hati manusia. bila menikmatinya, manusia ingin menikmatinya lagi..dan lagi...dan lagi...kalau boleh biarlah sampai seribu tahun......

sebab itulah kita merasakan orang baik mati cepat dan orang jahat mati lambat...bukan usia yang diukur, tetapi amalan semasa hidupnya menjadi ukuran kepada manusia yang hidup...

harapnya kalian faham apa yang amani nak sampaikan....manusia benci dan jemu kepada kejahatan. satu hati yang merasakan kejahatan dirasakan terlalu lama...ya..sebab itulah orang jahat dirasakan mati lambat...

hakikatnya....ajal dan maut sudah ditentukan oleh Allah...kita hanya perlu bersedia untuk menempuhnya sahaja....

adakah kita akan mati dalam husnul khatimah atau sebaliknya...teringat ustazah ada cakap....saat kematian adalah gambaran tentang kehidupan kita..jika mati kita dalam keadaan baik...maksudnya, baiklah perjalanan hidup kita.....jika hidup kita sentiasa berzikir dan meningati Allah..begitulah saat kematian kita sentiasa berzikir dan ingat nama Allah..jika hidup penuh dengan sumpah seranah, itulah yang akan keluar semasa mati kelak...

tetapi, bila amani dapat tahu berita kematian tentang sesorang yang baik pada awal usianya, mesti terlintas juga di hati dan fikiran
" MEMANG ORANG BAIK MATI CEPAT !!"


korang ada tak terfikir macam apa yang amani fikir sekarang?????
huhuh,..boleh share diruang komen..

satu lagi..tadi bukak balik pic masa bercuti ke pangkor masa raya cina haritu..
bila lihat pantai...tiga perkara ini pasti terlintas..
air..langit dan gunung
pernahkan kita memuji keindahan ini..
"wah..cantiknya laut..."..
kenapa mesti kita memuji ciptaan nya sahaja,bukan penciptanya..
galakkan suara dan bibir untuk memuji Allah..
" subhanaAllah...ALlah maha Hebat mencipta laut ni.."..

air.. langit dan gunung
kekadang lebih daripada sekadar pemandangan
yang tersurat keindahan
yang tersirat pengajaran

air..langit dan gunung
kekadang cubitan pada satu kealpaan
pada limpah selaut indah
mana titis sejemput sembah?

air ..langit dan gunung
kekadang cerminan satu perlambangan
..keteguhan iman
..kelapangan Islam
...kelembutan ihsan
teranyam kukuh diperibadi insan

ya Allah
Kau teguhkan imanku
seteguh gunung itu
Kau lapangkanlah Islamku
selapang langit biru
Kau lembutkanlah ihsanku
selembut bayu lalu..



asif jiddan...syukran
as-salam..

6 comments:

Kak Amy said...

Masa akak kecik2 dulu usatzah pun selalu cakap , orang baik nie allah ambil cepat tapi orang yang jahat nie allah bagi dia peluang untuk berubah..

Aida Tamrim said...

Orang baik mati cepat sebab Allah sayangkan dia dan tak nak dia tersalah langkah ..

Orang jahat mati lambat sebab Allah nak bagi dia peluang untuk bertaubat ... Hehehehe ...

Muslimin Ibnu Hassan said...

Alhamdulillah satu lg perkogsian menarik dr budak comel ni. kite same2 memuji dan mngucapkan syukur pd Allah krana diberi 2 nikmat yg tragung iaitu iman dan islam. bertaubat la selalu agar kite sentiasa terpelihara. sy nk amani igt kata2 sy ni ORANG YANG SIBUK MELAKUKAN KEBAIKAN TIDAK AKAN SEMPAT MELIHAT KEJAHATAN APATAH LG MELAKUKAN KEJAHATAN. renungkan...

azwa amani said...

kak amy : terima kasih kak atas perkongsian..betul tuuu..Allah dah buka pntu keluasan seluas-luasnya..tapi samada hambaNya nak atau tidak tuk bertaubat..

azwa amani said...

sis Adialuza : hakikatnya..semua hamba Allah syang kerana Allah Ar-Rahim.....

bertaubatlah selagi kita merasakan kita melakukan kesilapan dan dosa kepadaNya serta mahkluknya yang lain

azwa amani said...

en Ammar : terima kasih diatas peringatan itu... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...