satu malam, sedang melayan perasaan, waktu tu aku sudah meningkat remaja, barangkali ketika aku ditingkatan dua.... biasalah anak muda baru nak naik, ada saja kumbang-kumbang yang menyatakan perasaan minat padaku.. ada juga yang meletakkan surat bertulis "ps: i love you", pernah juga aku peroleh surat wangi dengan gula-gula HACKS sebiji... siap ada memo lagi, Hanya Aku Cinta Kau Seorang-HACKS....huhuhu, tapi sedikit pun aku tak pernah terdetik nak layan, sebab time tu aku minat sorang mamat ni je, tapi dia tak pernah tahu tengtang aku... huhu chinese look.....arghh, zaman muda, entah dimana dia sekarang, di oversea mungkin....
bukan itu yang aku mahu bicarakan sebenarnya, masa dok tengah melayan perasaan sambil buka radio, mesti ada lagu-lagu yang tangkap jiwang....tangan aku yang sedang menulis nota-nota sejarah Cikgu Maniam terhenti, mata dipejamkan, kepala dilentokkan di meja... syahdu melayan perasaan sambil mulut terkumat kamit menyanyi mengikut LIRIK LAGU...
lirik lagu.. ya... waktu tu, aku rasa semua orang ada buku lagu... dalam buku lagu tu, macam-macam lagu aku himpunkan dan aku kategorikan ikut lagu melayu, lagu inggeris...... huhuhu, dimuka hadapan aku balut dengan pembalut bunga-bunga.. di muka surat pertama aku coretkan isi kandungan dan tajuk lagu..mudah untuk mencarinya...
lirik lagu tu, ada yang aku aku tulis tangan, dan ada juga yang kawan-kawan aku berikan dan aku tampalkan di dalam buku lagu tu.... semua itu kenangan aku, dan sampai sekarang aku masih simpan buku lagu tu....cuma aku tidak tahu di dalam kotak yang mana aku sumbatkan...
itulah salah satu buku dalam kehidupanku..... kalau ibu tahu mesti ibu marah, apa tak nya, buku tulis yang dibeli aku gunakan untuk menulis lirik lagu... maafkan saya ibu....
apa yang aku belajar dalam kehidupanku, untuk mencari makna di dalam kehidupan, terkadang aku perlu menoleh kebelakang, aku harus menyelak kembali buku kenanganku dari belakang ke hadapan, dan situ aku menemukan siapakah diriku... insan yang hina,tidak punya apa-apa, jadi untuk apa aku berbangga??..apa yang harus kubanggakan?? tidak ada satu pun... aku hanya insan hina tidak berdaya....syukur kerana Allah mengilhamku untuk merasa syukur diatas nikmatnya..
5 comments:
kadang2 zaman silam itu ad gunanya kita ingt kembali untuk mengetahui apa yg telah silap kita lakukan supye kelak kita tdk mengulaginye..
umi aku koyak buku tu
jiji : yeke...huhuhuhu, kalau ibu jumpa pun mesti ibu koyakkan juga :)
sy pun dulu2 ade buku lagu jugak..
~takpelah amani, yg lalu biarlah berlalu..yg penting awk di hari ini...~
terbang bersamaku : rasanya ramai yg ada buku tu... huhu :)
Post a Comment