Thursday, December 8, 2011

hidup adalah perjuangan


malam tadi..hati berasa kurang tenang, hati berasa gundah gulana..
mencari penyelesaian masalah hati yang tiba...
dalam kesepian malam, aku cuba mencariNya.....
dan ketika itu, jawapan yang kudamba aku ketemu...

sebenarnya...
bagaimana akhlak seorang pendakwah??
adakah seperti aku???
bagaimana sebenarnya akhlak seorang muslimah??
adakah seperti aku???
.. Ya Tuhan Yang Maha Mengetahui seluruh yang aku sembunyi...
sesungguhnya akhlak indah itu belum cukup dalam dadaku...

masih diriku kotor dengan sikap yang sepatutnya tiada bagi seorang pendakwah dan muslimah...
terkadang dalam usrah dan halaqah, aku mampu untuk menjentik hati mereka untuk merasa hebatnya Allah...
tapi kadang-kadang aku juga leka dan lalai...
dengan tutur kataku, aku mampu melembutkan roh mereka untuk mendekati dan menghampiriNya...
tapi ya Allah....kadang-kadang aku tidak mampu mengenali diriku sendiri...

bantu aku dalam setiap langkahku...
Kau didik tutur kataku...
Kau didik adabku...
Kau didik akhlakku
agar aku boleh menjadi orang menyebarkan agamamu dengan akhlak yang baik..
bantu aku ya Allah...
kerana aku hanya hamba yang lemah dan tidak berdaya tanpa bantuanMU...


hidup tanpa perjuangan adalah keaiban..

6 comments:

Kak Amy said...

nice sharing dearr..amani sihat lame akak x datang bertanya khabar pada amani..

mamaijat said...

...Alhamdulillah semuga pekerjaan yang baik akan mendapat rahmat & keberkatanNYA jua...insyaallah.amin.

azwa amani said...

kak amy : sihat je kak.. Alhamdullilah, makin sihat dok putrajaya ni.. makan telur hari2. huhuhu :) rindu kat akak

azwa amani said...

mamaijat : insyaAllah mama, kalau Allah izinkan :)

Nora_Aniza said...

knp sejak akhir2 ini belog ni macam sedih?hehehe...ngan lagu mendayu2 lagi,,adusss..tp harap tuan punya belog happy selalu

azwa amani said...

sis nora_aniza : insyaAllah happy je kak.. biasalah tu, psang surutnya tetap ada..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...