Wednesday, December 21, 2011

main kahwin-kahwin

petang tu aku bawa selendang kuning yang kucuri-curi ambil daripada almari ibu, sampai sahaja di 'port' kami, aku terus duduk dikerusi yang disediakan..pengantin lelaki pula dipakaikan ketayap ayah yang selalu dibawa ke surau..si pengapit pula ambil tudung periuk dibuat kipas. tudung periuk tu ada multifunction, sebelum naik pelamin, digunakan sebagai kompang.. daun-daun pokok kami hiris halus-halus dijadikan sebagai alat tepung tawar... agak-agak dah nak maghrib, kami kemas cepat-cepat dan balik rumah kemudian mandi...

bila dah meningkat remaja, dah tak main kawin-kawin,.. anak remaja baru nak naik, selalunya penuh dengan emosi.. suka sangat baca buku novel. masuk perpustakaan sekolah, bukannya nak cari buku rujukan, tapi cari novel. tak makan pun takpe, janji dapat 'feel' masa baca.... paling best kalau novel orang dah kahwin..pastu berangan nak jadi watak dalam tu....time tu rasa sweet lah sangat kan..

itulah dia sedikit kenangan time 'berkahwin'....cakap pasal kawin, semua orang suka kan... nikmat Allah bagi untuk kita sebagai makhluknya, untuk sempurnakan fitrah yang memerlukan pasangan..insyaAllah, dah sampai serunya nanti adalah jodoh yang dah ditetapkan oleh Allah untuk kita.. sekarang ni, persiapkan diri menjadi soleh/solehah dulu.....

*************************************************************************************
tiba-tiba cakap pasal kahwin pula kan...huhuhu..amani cuma nak menjawab soalan saudara/saudari Y... soalan tentang meletakkan mahar yang tinggi disebabkan oleh wanita itu orang yang berpendidikan tinggi....InsyaAllah amani cuba jawab ye yang mana amani tahu, kalau salah OSTAD JIJI boleh lah tegur... :)..

mahar atau selalunya orang melayu kita panggil mas kahwin ni wajib diberikan oleh lelaki kepada perempuan yang menjadi bakal isterinya...ada Allah sebut dalam surah An-Nisak ayat 4..

" dan berikan kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin mereka sebagai satu pemberian WAJIB".an-nisak-4

mahar ni boleh dibayar secara tunai ataupun hutang... kalau tunai tu senang, tapi kalau hutang ni ada banyak pula syaratnya... hutang mahar tu suami WAJIB bayar selepas bersama dengan isteri. kalaulah isteri meninggal dunia selepas bersama dengan suami, WAJIB juga suami bayar mahar kahwin kepada waris isteri....

tapi macam mana kalau belum bersama tapi dah cerai, wajib beri mahar juga ke?? okey, kalau bercerai sebelum bersama, suami kena bayar separuh daripadanya kepada bekas isteri. macam mana kalau dah bayar penuh, dan tak bersama, pastu bercerai... okey, kalau macam tu pula, isteri kena pulangkan separuh kepada bekas suami..

kalau dalam situasi si isteri minta FASAKH, mereka belum bersama dan mahar masih berhutang, suami tak wajib bayar, kalau dah bayar, isteri kena pulangkan semua...

okey..faham tak saudara/saudari Y tentang mahar ni???? kalau tak faham boleh tanya..kalau amani ada salah beritahu yaa...okey, kalau hukum meletakkan mahar yang tinggi pula.. mahar ni ada dua jenis, MAHAR MISIL dan MAHAR MUTHAMMA..mahal misil ni maksudnya, mahar yang diletakkan oleh saudara perempuan yang telah berkahwin, contohnya, amani nak letak mahar sama dengan kakak amani kahwin dulu.....kalau mahar muthamma ni pula, mahar yang dinilai berdasarkan KEADAAN, KEDUDUKAN, ataupun ditentukan sendiri oleh perempuan tersebut ataupun walinya...

okey.. faham tak???... terpulang nak letak berapa banyak pun, tapi kesian kat cik abang kena kumpul duit manyak-manyak nak kahwin kan... dan ingatlah, perempuan yang baik ialah perempuan yang rendah maharnya,, tak semestinya dengan wang mahar ni, dengan rumah, dengan mengajar membaca Al-Quran, bagi kebun seekar pun boleh juga kalau ada persetujuan lelaki dan perempuan..... yang baik ialah yang mudah bagi kedua-duanya... Wallahualan Bissawab...

ini je kot yang amani boleh jawab, sebab ini je yang amani belajar, nak tambah dipersilakan.... nak kawin jangan lupa jemput tau, Solihin Zubir, Sis Faeinz, MH, Ostad JiJi, dan Delarocha. selamat menyambut ulang tahun perkahwinan kepada sis Amy dan abg Mirul, tak lupa tuk Sis LM......Sanah Helwah buat Sis AZila Sahmah..


aku bukan Aisyah yang layak mendapat 'Muhammad' yang sempurna, aku bukan Fatimah yang layak mendapat sang setia seperti Ali, aku tidak secantik Zulaikha, untuk dapat setampan Yusuf, aku adalah insan yang lemah, dan punya kekurangan, dan dengan itu aku memerlukan 'pakaian' yang dapat menutup setiap kekurangan itu....

11 comments:

Unknown said...

mahar... btw, kalo amani nak langsung nty jgn lupe jemput ye.. haha

*najaah* said...

wani. klo boleh tuk ayat ni ; mahar misil ni maksudnya, mahar yang diletakkan oleh saudara perempuan yang telah berkahwin
touch up kan sikit jadi
= mengikut mahar y pernah diletakkan oleh saudara perempuan yang telah berkahwin.
blaja ni dlm bab munakahat stpm dlu. ;)

Solihin Zubir said...

yeee... mmg benar.. sebaik2 perempuan adalah yg rendah maharnya..

tp, zmn skrg, mahal dah rendah, tp hantaran pulak tinggi.. haha.. adesss....

amboihh.. siap mention nama lagi.. yela2.. mesti jemput punya.. doa2 la bg cepat jumpa jodoh.. =)

azwa amani said...

cucu umie : huhuhu..insyaAllah

azwa amani said...

tiqah : tq tika...huhuhu :) okey2, kite tukar ayat tuu :)

azwa amani said...

SZ : huhuhu..hang tak jemput siap hang...

Nora_Aniza said...

amani jgn letak tinggi2..bankrup "orang kampung" saya nanti..hehe

azwa amani said...

nora aniza : huhuhuhu... InsyaAllah..

ewanthology said...

insyaAllah, amani tolong doa doakan ya :-)

Hazwan said...

ouh..camtu yer

azwa amani said...

delarocha : insyaAllah.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...