Tuesday, December 13, 2011

puitis sang kata-kata


dalam doa solat subuh ini kau menjelma langit yang semalaman
tidak memejamkan mata, yang meluaskan bening sedia menerima
cahaya pertama, yang melengkung hening kerana aku menerima
suara-suara...

apabila matahari mengambang tenang di atas kepala,
dalam doaku kau menjelma menjadi pucuk-pucuk cemara yang hijau senantiasa,
yang tidak henti-henti mengajukan pertanyaan musykil kepada angin
yang mendesau entah dari mana..

dalam doaku petang ini kau menjelma seekor pipit yang mengibas-ngibas
bulunya dalam gerimis, yang hinggap di ranting dan mengugurkan bulu-bulu bunga jambu,
yang tiba-tiba gelisah dan terbang lalu hinggap di dahan mangga itu..

maghrib ini dalam doaku kau menjelma angin yang turut sangat perlahan dari nun di sana
yang berjingkit di jalan kecil itu menyusup di celah-celah jendela dan pintu
dan menyentuh pipi dan bibirnya di rambut, dahi dan bulu-bulu mataku...

dalam doa malamku kau menjelma menjadi denyut jantung yang dengan sabar bertahan kepada rasa sakit yang entah batasnya,
yang dengan setia mengusut rahsia demi rahsia, yang tidak putus-putus bernyanyi bagi kehidupanku...

aku mencintaimu, itu sebabnya aku tidak pernah selesai mendoakan keselamatanmu...

dalam doaku : 13/disember/ 2011

p/s : lamanya dah tinggalkan kesukaanku pada puisi dan penulisan cerpen... cerpen dalam dokumen pun berkurun tak bersambung... mungkin detik ini harus dimulakan semula.. agar suatu hari nanti, sang suami dapat membacanya saat aku terima nikahnya,,,, aminnn...


ada dua pilihan ketika bertemu cinta..
"jatuh cinta" dan "bangun cinta"
untuk suamiku...daku memilih cinta yang kedua
supaya cinta kita menjadi istana, tinggi mengapai syurga...

ma'assalamah.,...

6 comments:

Kak Amy said...

siapakah gerangan di dalam gambar itu dik..

nazira said...

Sungguh puitis.. bez..

http://nazira-mypersonallife.blogspot.com/

Anonymous said...

ithulah..
dah lama tak bermadah pujangga!

Unknown said...

puitis nyer

aniki said...

falsafah2...........haha

azwa amani said...

aniki : falsafah itu seni :) hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...