Friday, December 23, 2011

segmen : Qalam Illahi # 9


Assalamaualaikum... Alhamdullilah, Allah mengurniakan sedikit ilmu untuk amani kongsikan bersama dengan sahabat yang lain dalam Bicara Amani.. amani harap, dengan sedikit amalan ini, akan membuahkan redha daripada Allah kepada kita semua..... sebabnya Nabi Muhammad yang diutuskan oleh Allah, menyebarkan agama Islam, sempurna akhlaknya sehingga wafat, Allah redha Baginda sebagai HAMBA sahaja.. sedangkan kita ni, sebarkan ilmu pun tak seberapa, dengan akhlak tidak sempurna, adakah Allah sudah memandang kita sebagai hambaNya ??.....mudah bicara, selagi kita tak mengenali Allah, selagi kita tak mempelajari Islam dengan sepenuhnya selagi itulah kita bukan makhluk yang bernama 'manusia'..sebab itulah surah terakhir di dalam Al-quran ialah An-Nas yang bermaksud, manusia, bermakna, kalau kita ambil sepenuhnya apa yang terkandung di dalam Al-quran, barulah kita ni diiktiraf sebagai manusia...faham tak?? ke berbelit ayat amani ni..hehee

tapi zaman sekarang ni, seberapa banyak dalam kalangan kita ni cuba memahami Al-Quran... baca, tanpa faham, amani pasti ramai,..6236 ayat-ayat Allah itu, berapa ramai yang faham ertiNya??..pastinya tak ramai bukan... bila tak difahami, macam mana nak amal??... sedangkan kita tahu konsep yang mudah, iaitu apabila kita fahami barulah kita boleh beramal, tapi kebanyakkan daripada kita ni beramal secara ikut-ikutan.... sebab nenek moyang kita ajar macam tu, jadi kita ikutlah....betul tak?? sedangkan seharusnya kita fahami dulu Al-Quran dan kemudian amal denganNya, dan barulah rahmat Allah bersama dengan kita...

kita betul-betul ke kenal Al-Quran tu?? kalau ditanya, yang mana Allah ciptakan dahulu manusia ataupun Al-Quran???... Kenapa Allah ciptakan Al-Quran??. dapat tak agaknya kita jawab?? hah, meh nak citer sikit...Al-Quran itu salah satu untuk menandakan Allah itu Maha Pengasih (Ar-rahman)

" (Allah) Yang Maha Pengasih, yang telah mengajarkan Al-quran, Dia menciptakan manusia, mengajarnya pandai berbicara" -Ar-rahman 55:1-3

Allah ciptakan dulu Al-Quran, baru Allah ciptakan manusia, ..dan dengan Al-Quran inilah bukti keterikatan (akidah atau kata dasarnya akad) kita dengan Allah, dengan cara memahami ayat-ayatNya inilah kita men'tauhid' kan Allah, yakni mengesakan Allah...okey, kalau lawan tauhid apa?..syirik lah kan, iaitu menduakan Allah dengan sesuatu yang lain, masa zaman sekolah dulu-dulu, kita dah belajar syirik itu ada 2 iaitu syirik yang nyata (Jali) dan syirik yang tak nyata (khafi)..yang susahnya ni ialah syirik tak nyata, yang kita tak nampak,...kalau kita tak yakin dengan Al-Quran, itu maksudnya kita mensyirikkan Allah tak??...dan Allah melihat syirik ini bagaimana?? Allah pandang sebelah mata je ke?? hah, besar dosa Syirik ni sehingga Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mensyirikkan Allah...

" sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni (dosa) dengan mempersekutukan-Nya (syirik). dan Dia mengampuni dosa selain itu bagi sesiapa yang dikehendaki.barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh, Dia telah berbuat dosa yang besar"-An-Nisa 4:48..

kalau Allah tak ampunkan dosa, kemana kita akan pergi diakhirat kelak??..pastinya ke neraka kan...okey, dulu, amani percaya, selagi kita beragama Islam, apabila segala dosa-dosa kita sudah dihapuskan, disucikan di dalam neraka, kita akan masuk ke syurga, ada tanda hitam di dahi kita....betul ke macam tu sebenarnya?? Allah ada janji macam tu ke dengan kita??...ada jawapannya di dalam Al-Quran..

Dan mereka berkata " neraka tidak akan menyentuh kami, kecuali untuk beberapa hari sahaja". katakanlah " Sudahkah kamu menerima janji Allah, sehingga Allah tidak akan mengingkari janji-Nya, ataukah kamu mengatakan tentang Allah, sesuatu yang kamu tidak ketahui"..

bukan demikian, "barang siapa yang berbuat keburukan dan dosanya telah menenggelamkannya, maka mereka itu penghuni neraka. MEREKA KEKAL DIDALAMNYA"..- Al-Baqarah 2 :80-81

kita kekal didalamnya, tak akan keluar, pernah dengar orang kata, neraka itu sempit dan syurga itu luas tak?? apa maksudnya tu?..itu tandanya, syurga tu tak ramai orang sebab tu luas, dan neraka tu penuh, sebab tu sempit..jadi, mulai saat ini, harus kita baca Al-Quran, bukan setakat baca, tapi kita fahami dan bila dah faham, kita amalkan.... tapi macam mana nak faham?? carilah ilmu itu, kerana Allah ada berfirman di dalam ayat dibawah ni,..

"dan apabila DIBACAKAN Al-Quran, maka dengarlah dan diamlah, agar kamu mendapat rahmat"-Al-A'raf 7:204

Allah katakan 'DIBACA' maksudnya ada orang yang membacakannya...dan kita dengar dan hayati, kemudian kita amalkan, dan dengan itu rahmat Allah ada bersama kita..sama-samalah kita perbaiki diri kita, fahamilah Al-Quran, kerana itulah fitrah (ketetapan) Allah berikan kepada kita, dan kita perlu melakukan fitrah (ketetapan) kita iaitu beribadah menyembahnya.. kalau ada 24 jam Allah kurniakan, 24 jam lah kita ditugaskan beribadah kepadaNya....Wallhualam Bissawab


berdoalah agar Allah sentiasa mengurnikan kita Ilham untuk mencariNya, dan memberikan kita Ilham untuk mensyukuri nikmatNya,kerana diakhir zaman ini, semakin kurang yang bersyukur kepadaNya.. apabila mengetahui kandungan ayat-ayatNya, semakin terasa diri ini hamba, lemah tidak berdaya berbanding Dia yang Maha Berkuasa..... :) teruskan mencintai Islam dan Allah..

2 comments:

kurus said...

yelah dik ..
adakalanya kita ketinggalan jauh huhuh

azwa amani said...

kak ieda : betul tu kak, cepat2 lah pulang ke pangkal jalan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...