Tuesday, December 13, 2011

tinta hati 4


tiba-tiba..dalam kesunyian waktu
dan dalam kesepian kerna kesendirian.
aku terfikir tentang sesuatu...

ada yang cuba datang mengetuk pintu hati...
ada yang cuba mencari kunci untuk didiami..
ada juga yang sekadar menjengah jendela untuk cuba mengintai...
huhuhu..

tapi semuanya belum mampu membuka pintu hati wanitaku...
ada...tapi biarlah dulu...
kerna aku terfikir bila seseorang berkata padaku,,,
bukalah hati untuk belajar menerima orang lain...
bila jadi bunga, pasti ada kumbang yang memandang,,,
dan pastinya ada kumbang yang ingin menghisap madunya,,,

lalu..aku berfikir sekali lagi...
perjalananku masih jauh,,,
aku masih punya cita-cita yang belum aku capai...
aku tidak mahu menjadi pasir yang mudah kelihatan, banyak sekali ditepi pantai...
malah diinjak-injak oleh manusia...

kerna aku ingin menjadi mutiara di dasar lautan..
biarkan aku sendirian, tidak dipandang manusia tidak mengapa...
kerana aku tahu, nilaian itu lebih berharga daripada pasir yang banyak itu....

kalau ada antara kamu yang membaca...
aku mohon pengertian... itu sahaja...
dan berhenti bertanya tentang itu, kerana aku belum bersedia,,,
dan aku belum mendapat jawapan daripadaNya,,
wamakaru wamakaraAllah... wallahualam bissawab,,, Assalamualaikumm

bagiku, tiada yang terindah selain daripada takdir yang aku serahkan kepada Allah sebulat-bulatnya.... jika itu ketentuan Maha Hebat,aku terima...



6 comments:

ewanthology said...

mungkin belum masanya. life is more than that :-)

azwa amani said...

delarocha : betul tu... belum masanya.. :)

aniki said...

kesian amani..huhu

azwa amani said...

aniki : kenapa nak kesian kat amani pulak??? tokkk

Adam Malik said...

kekalkan menjadi mutiara yang berharga,,..

azwa amani said...

nur Muhammad : insyaAllah, smga Allah menjagaku..serta menjaga mu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...