Tuesday, April 26, 2011

selamat Hari Lahir...



assalamualaikum semua


entry untuk encik Anugerah Allah...

selamat hari Lahir...

KALAU RINGAN ITU KAYU HAPPY BIRTHDAY TO YOU. KALAU BERAT ITU BATU MAY GOD BLESS YOU TOO


semoga panjang umur, murah rezeki
berjaya dunia akhirat..
supaya pada hari ini,
Allah meleraikan segala kekusutanmu
mohon dijinakkan nafsu liar
menenangkan gejolak hati
semoga kita sama-sama dapat menumpang kasih rahmat-Nya walau hanya dipinggiran
semoga kita semua sentiasa mendambakan KasihNya..
walau terkadang kita terlupa meningati-Nya..


selamat hari Lahir
semoga berbahagia disamping keluarga dan rakan-rakan...
barakallah...

Monday, April 25, 2011

pewaris hati Qarun-(MUSTREAD)

assalamualaikum semua...

kenal siapa Qarun??
..okey..meh nak habaq mai sikit...Qarun ini adalah seorang hamba Allah yang menganggap kekayaan diri kerana kepandaiannya...

okeyyy..memang kamu yang memerah keringat...memang kamu yang penat berfikir...tapi....dengan tenaga siapa kamu berusaha???.. fikir-fikirkan...dan beri jawapam ikut iman ..

hakikatnya, segala tenaga yang kita gunakan untuk mencari sumber rezeki, samada pancaindera, nikmat sihat..itu semua milik Allah....cuba cari pada diri kamu ketika anda baca entry ini...apa yang milik anda,...pasti sukar untuk kita temui.....

janganlah kita menjadi hamba yang terlalu mencintai dunia...jangan terlalu mengejar dunia dengan harta dan wang ringgit...

dari Amani...

dulu, aku pernah menjerit kerana tidak cukup, tapi, kini aku menjerit kerana ingin lebih...ahhhh..apakah besok aku akan terus menjerit kerana tidak puas??? wahai diri, milikilah kematangan rasa. usah sekali bertindak 'terlalu'. samada terlalu mahu atau terlalu benci...

kesederhanaan itu selalu menyelamatkan(klik). ingat selalu pesan Al-quran, tangan jangan selalu dibukakan, tetapi jangan pula terlalu mengenggam. titik tengah antara boros dan bakhil, itulah pemurah...

jika wang boleh menyuburkan kasih sayang, hulurkanlah...jangan lokek 'memeriahkan' persaudaraan. bukanlah rasulullah SAW pernah bersabda, sedekah terbaik ialah yang didahulukan kepada kerabat terdekat. tetapi ingat.....bukan wang yang mempertautkan persaudaraan tetapi hati yang jujur. kejujuran mampu membeli kasih sayang, lebih daripada jumlah wang yang aku miliki...aku tidak ingin menjadi pewaris hati Qarun..


ya Allah..uzlah aku daripada kejahatan diri agar tidak menjangkiti orang lain. qanaah aku agar tidak hasad pada nikmat yang diberi kepada yang lain. sabar aku dengan karenah insan yang menjadi 'bahan uji'MU untuk mendidikku..syukur aku pada nikmat yang ada tanpa mengenang apa yang tiada. pemaaf aku pada kejahatan insan sebagai 'karma' kejahatanku pada mereka...

ya Allah, aku belum sampai tetapi sungguh....aku telah memulakan perjalanan. walau susah sungguh , untuk pasrah pada-MU penuh seluruh! Lihat Aku, kasihani aku, kutip aku..wahai Al-A'Fu..kupohon pada-MU , cahaya hati

Sunday, April 24, 2011

nak tetap macam mana ????

assalamualaikum semua...

rindu bertaut pada BICARA AMANI kerana Allah tidak dapat disangkal lagi...sangat merindui untuk menyebarkan ilmu bila seharian tidak duduk berfikir sejenak tentang agama dan kehidupan....dan kini, rinduku kian terubat...dan harapnya rinduku pada jalan Allah ini sentiasa mekar dan istiqomah....

semoga apa sahaja yang Amani sedang lakukan dengan niat kerana Allah ini, ALlah tetapkan hati dan dengan kekuatan yang tiada taranya untuk terus Istiqomah...aminnn

Istqamah dalam perjuangan
Perjuangan yang suci di redhai Allah tidak terlepas daripada cabaran terutamanya perjuangan menegakkan Islam sama ada dalam diri, dalam keluarga dan dalam masyarakat. Cabaran itu hanya akan dapat di atasi oleh semangat jihad yang tinggi, beristiqamah, bersabar dan tidak berputus asa.

Firman Allah Taala:

(Surah Yusof ' Ayat 87)

Ertinya: Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir.

antara halangan untuk kita beristiqamah adalah seperti berikut :

1.Halangan diri sendiri seperti malas, takut, gagal, rendah semangat, malu, tahap pencapaian rendah.

2.Halangan orang lain seperti gangguan, pengaruh, menolak peluang dan tidak mahu berkerjasama.

3.Halangan suasana yang tidak selesa atau tidak sesuai.

4.Halangan wang atau kebendaan.

apa yang perlu dilakukan????

1. Kuatkan azam

2. Berusaha dengan tetap dan bersungguh- sungguh.

3. Tidak patah semangat.

4. Tidak kecewa dan putus asa.

5. Tabah dan sabar menghadapi cabaran dan ujian.

6. Sentiasa berfikir.

7. Banyak berzikir dan berdoa kepada Allah Taala.

8. Bertawakal dan bersyukur.


...."maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? kerana sesungguhnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada." -Al-Haj:46

Friday, April 22, 2011

Bisik Syaitan Ke telinga wanita





BISIKAN IBLIS KEPADA WANITA !

Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya
sekadar pakaian atau gaya hiasan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.

Bagaimanakah caranya?

1.Membuka Bahagian Tangan

Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).
"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.
Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.
Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"

2.Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.
"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka.
"Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".

3. Berpakaian Tetapi Terlanjang

Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang.”
Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.
Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).

4. Agak Terbuka Sedikit

Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.
"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa.
"Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.

5. Tudung Semakin Kecil

Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power".
Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."

6. Terdedah

Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan." Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.

7. Membuka Seluruh

Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"
Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.

Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama? Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."

"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga.

"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.
Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.

Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!

SUMBER RENCANA:

http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=93&thread_id=21184

saudara-saudara SeIslam..harapnya, jangan pakai legging yer bila keluar rumah, untuk suami dan anak-anak takpelah,..tak manis lahh,..baju dan cantik besar dan labuh tutup punggug, tudung pun InsyaAllah dah sempurna,,tapi mata lelaki kat luar tu meliar jerr kalau kita pakai legging....please yer sayang-sayangku semua...


p/s : bila manusia tidak kenal Allah, manusia tidak akan mencintai-Nya..bila manusia tidak kenal Allah, manusia tidak akan takut kepada-Nya..sedangkan cinta dan takut kepada ALlah itu sumbu dan sumber kebaikan dalam hidup di dunia ini...tanpa cinta Allah, manusia tidak akan dapat mengasihi manusia. tanpa takut kepada Allah, manusia tidak akan dapat dikawal kejahatan dan kelicikan tipu dayanya...

perubahan biarlah sedikit..tetapi istiqamah..InsyaAllah, hidayah itu milik Allah, tetapi kita harus usaha untuk mencari hidayah itu..

cinta nabi bermakna Cintakan Allah

assalamualaikum semua...

syukran jazilan sebab wish goodluck exam tuk amani hari ini....fuhhhh..sangat susah..
tapi, amani percaya,..amani dah usaha sungguh-sungguh...kemudia berdoa penuh rasa kehambaan meminta Allah permudahkan untuk jawab soalan...masuk je pintu dewan exam,..Tawakkalna Allahilauhaulawakuwatailabillah Hilaliyulazim.....keserahkan segalanaya hanya dibawak kekuasaan Allah

pagi tadi dalam bas sempat mesej ibu...
amani : salam ibu..doakan yer..nak ambil exam pagi ni..ada 2 paper..
ibu : always..try ur best...
amani : thnks ibu...love u..
ibu :......

hari ini anda susah ucapkan kata cinta pada keluarga....kat tunang ke, suami ke, huhuhuhu...
dan yang paling penting..ucaplah kata cinta kepada junjungan kita..Nabi SAW..
dengan cara berselawat keatas baginda, keluarga dan para sahabat..

amani dah janji nak letak lirik lagu Binabil Huda kan..
okeyy..ini dia..

Binnabil huda Ya Rasulussalam
Wayamursala rahmatan lil anam
‘Alaikassolatu wa’alaikassalam
Wasohbika wattabi’inal kirom

Dengan Nabi yang membawa hidayah
Wahai utusan rahmat sekalian alam
Selawat salam pujian untukmu
Para sahabat juga tabi’in yang mulia.

Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam

Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya

Ya Mustofa Rasullallah
Ya Sanadi Ya Sayyidi

Wahai yang Terpilih, Utusan Allah
Kau sandaranku, Pemimpinku

Sollu..Sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad

Mari selawat beramai-ramai
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad dan para sahabatnya.

Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam

Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya

Ya Shafi’ie Khuz biyadi
Ya Rasullallah, Habiballah
Huwal Hadil Basyir

Wahai yg memberi syafaat ambil/pegang tanganku,
Pesuruh Allah, Kekasih Allah,
Dialah petunjuk, dialah pemberi khabar gembira.

Sollu,sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad

Mari selawat beramai-ramai,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya.

Shafi’una..shafi’una..shafi’una..shafi’una..
Wahai yg memberi syafaat,


Rasulallah..
Habiballah..
KeNabiyallah..
Sofiyallah,
Pesuruh Allah,

Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya


P/s : biarlah penulisanku ini sedikit sahaja, tetapi selaut ramainya yang dapat merasa nikmatnya...aminnnn...
inginku berbakti pada agama...dan ini lah saluran yang hanya ku ada...
jalan ku tuliskan segala ilmu yang ku ada...
dengan tulus ikhlas...terimalah BICARA AMANI dari amani.. :)



insyaAllah suatu hari nanti..hari dan detik ini akan tiba juga...semoga Allah memelihara hati amani dan juga hati Encik Anugerah Allah, agar tidak terlalu mencintai dunia...aminnn Ya Allah..pertemukan jodoh dan tautkan hati kami dalam ikatan yang sah...aminnn Ya Rabb

exam pagi dan ptg jumaat


paper hari ini agak menakutkan...
wuaaaahhh..rasa nak menangis...
rasa mcm tak cukup study dan tak cukup prepare jerrr

ya Allah, permudahkan aku untuk menjawab soalan hari ini
permudahkan aku merangka jawapan dengan tepat di dalam masa yang ditetapkan..
berikan aku kejayaan hidup didunia dan diakhirat-MU..aminnn Ya Allah...

doakan amani kawan-kawan...

Thursday, April 21, 2011

hidup saling berpesan-pesan...

assalamualaikum...

Allahumma salli a'ala saidina muhammad..

sengaja amani tukarkan lagu blog BICARA AMANI yang dulu iaitu lagu Ammar-Amani ke Binabil Huda,,,sebabnya, amani inginkan setiap yang ada di dalam blog ini memberikan manfaat kepada semua...samada daripada pengisian dan juga hiburan...ringan-ringankah lah mulut tuk menyebut selawat ke atas junjungan besar bila kita dengar lagu Binabil Huda tu...nanti InsyaAllah amani tulis dia punya maksud lirik eh...

manusia ni sudah fitrahnya pelupa,..dan kewajipan kita sebagai saudara adalah untuk saling berpesan dan ingat-mengingati...(link) boleh klik kat link tu untuk melihat pesanan daripada Allah...

marilah kita hidup
seperti orang yang menantikan mati
kerana ingat mati itu
akan mengecilkan segala derita
akan mencairkan segala alpa
kiranya inilah detik terakhir
marilah kita mula semula
walau yang masih tersisa hanya sedetik cuma
namun..itulah yang lebih bermakna...

amani percaya
orang yang berhak hidup dalam ketenangan
adalah orang yang sentiasa bersedia menghadapi kematian...

ada orang kata hidup umpama roda...
bagi amani...
hidup umpama layang-layang di langit takdir
kita terbang tinggi, rendah, jauh, dekat hanya dibawah lembayung iradah-Nya
kita akan terbang selagi ada angin dibekalkan
selagi kertas tidak terkoyak
selagi rangka masih teguh
tapi apabila tali telah ditarik, turunlah dengan redha.
kita tidak berhak terus 'terbang'
sekiranya maut menjemput pulang


p/s : bila melakukan sesuatu dan teringatkan sesuatu..entah kenapa kematian itu selalu di dalam minda ku...nak turun tangga, terfikir, kalau amani mati jatuh tangga macam mana...???
nak buat air...kalau tiba-tiba amani mati masa nak buat air ni macam mana??
bila nak pejam mata...kalau amani tak bangun2 untuk melihat dunia besok hari macam mana???
kerana amani tidak tahu, ajal dan maut itu tidak amani ketahui,..sebab itulah amani harus siapkan segala keperluan kematian....

hidup dunia hanya sekali,di akhirat itu adalah hakiki...
persiapkan diri untuk bekalan mati..

dimana Dia dihatiku??

berilah aku keyakinan
yang menimbulkan keberanian hati..
kurniakanlah aku kebijaksaan
yang menimbulkan kerendahan diri....

Allah ciptakan manusia hanya dengan satu hati
disanalah sewajarnya cinta Allah bersemi
jika cinta Allah yang bersinar..sir
nalah segala cinta yang lain
tetapi jika sebaliknya, cinta selain-Nya yang ada disitu,
maka cinta Allah akan terpinggir..
ketika itu Tiada DI
A Dihatiku..

kanku jaga hati ini agar cinta
Allah yang paling bersinar
berbanding dengan cintaku pada hambaNYa...
bila saat Allah ada dihatiku, aku seolah-olah memiliki segala-galanya..
itulah kekakayaan, ketenangan
dan kebahagiaan yang hakiki...



Aku yakin Allah itu dekat..Pintu keampunan-Nya lebih luas
daripada pintu Kemungkaran-Nya...

Wednesday, April 20, 2011

rasa dihujung kata

pandanglah ke bawah untuk merasai syukur atas nikmat
pandanglah keatas untuk lebih bersemangat menyediakan bekalan akhirat

kadangkala sifat mahmudah i
tu tidak dapat disemai hanya dengan beribadah,
tetapi hanya dituai hasil mehnah (didikan Allah) sebuah mujahadah


begitulah jua mazmumah yang ada dikalbu kita
kadangkala dicuci dengan kesempitan rezeki dan hentakan kesedihan
berlapang dadalah dalam semua hal
kerana kesederhanaan itu selalu menyelamatkan

maaf atas segala yang terkurang
kerana disitulah letaknya kesempurnaan manusia
tetapi santunilah hati yang sentiasa mengharap kebaikan

sejauh mana kasih kita kepada Allah
itulah ukuran kasih yang dapat ki
ta berikan kepada manusia...

"ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"..Ar-Ra'du:56

-amani-proton city 05-1.45 Pm


ku ingatkan diriku dan semua..tutupilah dirimu dengan hijab yang sempurna,..

Tuesday, April 19, 2011

mendengarnya sahaja sudah membuatkan hatiku tenang setenang-tenangnya...apatah lagi apabila ku menghayati setiap kata-kataMU Tuhanku...

pasti berjumpa denganMU membuatkan aku lebih tenang dari apa yang kurasakan sekarang...dan penantian bertemu denganMu itulah penantian yang paling panjang bagiku kini...tidak sabar hambaMu ini bertemu PemilikNYa..


Allah itu amat hampir
tapi kenapa aku masih meminggir
akalku alpa berfikir...hatiku lupa berzikir,..

Monday, April 18, 2011

serasikan tadbir dan takdir....

bila takdir berbicara
kelu tadbir untuk menyanggahnya,,
akurlah bahawa DIA TUHAN..kita hamba..



takdir sentiasa mengatasi tadbir...takdir daripada Allah, sedangkan tadbir hanya daripada kita hambaNYa...kekadang takdir dan tadbir selari, maka..terjadilah apa yang kita inginkan terjadi....Alhamdullilah....contohnya, dapat result yang cemerlang, ada keluarga yang bahagia dan sebagainya...

namun, acap kali jua takdir dan tadbir bersalahan...bertentengan...maka terjadilah apa yang kita tidak inginkan terjadi...kita mentadbir kewangan kita dengan baik sekali, namun takdir Allah menentukan masih ada lagi hal yang memerlukan kewangan..kita dambakan kejayaan, namun kegagalan pula yang menimpa...ketika itu..hati kita akan bertanya,,

"APA LAGI YANG TIDAK KENA??"

ketika itu, hati pun merintih...

"SEMUA TELAH KUTADBIRKAN, TETAPI KENAPA GAGAL JUA???"

ketika itu, timbullah bunga-bunga pemberontakan daripada dalam diri hamba yang kerdil berhadapan dengan ketentuan Allah Yang Maha Perkasa.....samada kita sedari atau kita tidak sedari...kita mneyalahkan segala-galanya.....

perkara sebegini, kurasakan bukan diri ku seorang pernah mengalaminya....ku pasti, ramai lagi hati hamba Allah turut merasakan sebegini...namun....perlu kita fikirkan kembali...Allah itu tuhan kita, Allah itu sayangkan kita....kalau Dia sayang, manakan Dia ingin memberikan kesusahan kepada kita....pasti ada sesuatu disebalik ujian yang dikurniakan...fikirkan kembali...

ku fikir-fikir..kini, kutemukan jawapannya...takdir daripada Allah mengandungi banyak hikmahnya...ia mnegandungi mehnah iaitu didikan secara lansung daripada Allah, bukan menggunakan perantara guru atau sebaliknya,,,,..hikmah ini terkadang tersembunyi daripada pengetahuan fikiran biasa...selalu ku bertanya pada diri..mengapa diriku sukar melihat hikmah disebalik ujian itu...mengapa Encik Anugerah, mudah dan senang hatinya bila ujian mendatang, sedangkan diriku, selalu sahaja menangis kerana itu dan ini...

diri ini mula sedar...ilmu semata-mata tanpa iman yang kuat akan menyebabkan kita terkapai-kapai dalam ujian hidup tanpa pedoman yang tepat...

jesteru dengan akal semata-mata tidak akan dapat meringankan perasaan pada perkara-perkara yang tidak seiring dengan diri dan kehendak kita..mengapa jadi begini? sedangkan diriku telah berusaha?

untuk mengelakkan perkara sebegitu terjadi. kita mesti berusaha mencari hikmah-hikmah yang tersembunyi dalam ketentuan Allah..hanya manusia yang sempurna akal (ilmu) dan hati (iman) sahaja yang dapat menjangkau hikmah yang terkandung di dalam cubaan dan bala yang menimpa dirinya...

p/s : kita jangan hanya mengetahui Allah itu ada, tetapi kita harus kenal Allah itu bagaimana...jangan hanya tahu Allah itu Maha Hebat, tapi kenal, bagaimana Hebat-Nya Allah...

Friday, April 15, 2011

kawal Marahmu...



marah itu umpama api di dapur hati
jangan terlalu, nanti hangus
jangan tiada, nanti dayus...

sememangnya Allah perancang Yang Maha Hebat..setiap apa yang dikurniakan samada nikmat dan musibah itu semua rezeki kita untuk merasanya...jangan pernah mengeluh dan merungut, itu pesan En. Anugerah bila amani mengadu pada dia...pasti dia akan merasionalkan balik apa yang amani fikir, dan setiap kata-kata darinya, buat amani malu dan rendah diri,....kenapa amani susah nak nampak hikmah disebaliknya masalah yang datang.....mungkin iman masih lemah dan masih ada hijab dengan Allah....sebab itu barangkali

terkadang ingin marah dengan apa yang terjadi..marah kepada manusia yang mendatangkan masalah kepada kami...kepada keluarga amani....tapi malam tadi amani renungkan balik..bila saat orang semua lena...mata ni masih belum mampu nak ditutup...fikiran masih ligat berfikir.....kadangkala, amani rasa, amani lebih matang daripada usia....huhuhu..(perasan muda ek...)... harus marah atau tidak????..itu yang bermain dalam fikiran...syukur ALlah melintaskan dalam fikiran...lalu..ku coretkan disini, agar menjadi panduan diri dan semua yang membaca,,,

kemarahan kita kepada seseorang akan memudaratkan kita sendiri lebih daripada orang yang kita marahkan...so...maafkan adalah lebih baik,walaupun perkara yg dilakukan, memng tidak boleh diterima akal.....

kemarahan itukan asalnya dari syaitan, dan syaitan berasal daripada api...api itu panas dan membakar...bahangnya akan menyebabkan pertimbangan hati, akal, dan perasaan tidak seimbang..malah, akan ada kesan biologi yg -ve bila kita marah...sebabnya, Imam Ghazali berkata " apabila seseorang itu marah, pandanglag bertapa hodohnya wajahmu dicermin"..

tapi...siapa kat sini yang tidak pernah marah...?? marah itu sebahagian daripada sifat tabii manusia...tanpa marah, manusia bukan manusia lagi....so..marah itu pun satu anugerah. dengan adanya sifat marah, timbullah semangat nak mempertahankan keluarga, dan paling penting agama...senang cakap, marah itu ada yang terpuji, ada yang keji...marah yang terpuji bila sesuai dengan tempat dan keadaanya...

bila agama dikeji, kita mesti marah..kalau kita tak marah, Allah yang akan marah kita..betul tak???.. sebaliknya, bila diri kita sendiri yang dikeji, dianjurkan supaya bersabar. ini soal peribadi. memaafkan lebih utama. ..

ingat..bila kita dikeji...telitilah...muhasabahlah...apakah kejian itu sesuatu yang benar dan tepat?? jika benar dan tepat, kejian itu mesti diliihat sebagai 'teguran' daripada ALlah melalui lidah manusia...tapi...kalau tidak benar, apa yang hendak dirisaukan...?? bukan manusia yang menentukan mudarat dan dosa.. biarkan ia berlalu, jangan sesekali takut kepada orang yang mencerca...dan itu bukanlah bermakna kita jumud hingga orang boleh lakukan apa sahaja sewenang-wenangnya..

bagi amani,..jadikan marah itu sebagai pekerja dan diri sendiri sebagai majikan..biarlah marah yang bekerja untuk kita, bukan kita yang bekerja untuk marah...jadi..mula-mula..tuluskan marahmu hanya kerana Allah semata-mata..kemudian, luruskan marah itu pada jalan yang di-benarkanNya sahaja...kemudian, uruslah marahmu mengikut kadar dan batasnya.....

p/s : kadang-kadang kita tidak terfikir...berapa banyak perkara yang kita sangka buruk, akhirnya memberikan kebaikan kepada kita. dan berapa banyak pula perkara yang kita sangka baik tapi pada asalnya membawa keburukan...

mungkin apa yg sedang amani dan keluarga lalui hari ini, ada hikmah dan amani percaya, setiap yang datang daripada Allah, semuanya baik untuk setiap orang.....dan tidak perlu lagi kita mempertikaikan,,,mengapa dan kenapa ia terjadi keatas diri kita...

buat Along, Abang, Alang dan Kak Teh... adikmu ini sentiasa bersamamu dalam apa jua keadaan kita...sabar banyak2...ini dugaan untuk kita dan harus untuk kita selesaikan.....bermohon agar kita dijadikan hamba yang sebenar-benar hamba-yang pasrah dan menyerah, seluruh dan sepenuh....ingat...

"the believer asks no questions, while no answer can satisfy the unbeliever!!!


Thursday, April 14, 2011

hampir sampai ke penghujungnya,,



assalamualaikum ....

tu..tengok tajuk tuuuuu..Hampir Sampai ke Penghujung Nyerrrr..

ape yg dah nak sampai ke hujung tuuu..

huhuhuhu

semester lahhh... besok je tinggal..pastu dah start exam...huhuhuhuh...

kepada semua yang nak ambil exam..selamat berjaya....persiapkan diri anda dengan ilmu di hati..

ada satu lagi yang hampir ke penghujung nyerrr
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
huhuhu..durian dekat Tg.Malim dah nak sampai ke penghujungnyerr...

sedapkannn....huhuhu...

musim akan datang biler pulak yer..????/

malam seindah kenangan


assalamualaikum...

amani nak coretkan dalam BICARA AMANI cerita pasal Malam Seindah Kenangan...sebabnya...malam ni hanya ada sekali jerr...nanti....bila amani dah keje, dah berkeluarga...kalau tengok entry ni balik mesti seronok...

semalam 13 april 2011...biro kebajikan dan kemasyarakatan buat dinner..temanyer moden klasik...huhuhu..lawak jer kot....semuanya hasil perbicangan Rakan Exco (REXCO) biro amani ni.....dorang ni sumer memang happening habis...dimeriahkan lagi dengan kehadiran pengetua Kolej yang dikenali sebagai Ayahanda Cik Man, felo penyelaras...en. Busu jer kami panggil dan penyelaras Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK) abg wak dan kak Jah...

wuaaaaaaaaa (T_T)..nagis laju-laju...sedih sangat sebab amani dah nak letak jawatan....dah takde dah Exco yang comel ni lagi....huhuhuhu...di akhir-akhir sidang ni, semua JMK dah nak letak jawatan...yang masih meneruskan perjuangan...selamat berjuang, selamat menaikkan semangat Harun Aminurrashid di UPSI...yang tinggal hanya kenangan Kita ber29 orang...insyaAllah, bertemu kita dalam program Melagang Puncak, Timbang Tara dan ekspedisi Ilmu InsyaAllah di Luar negara..yuhuhuhuhuh...huhu...


kepada Rakan Exco (REXCO) yang banyak membantu di dalam semua program yang dianjurkan....korang semua memang best...ingat..teruskan berkebajikan di Kolej..jangan biarkan penghuni merasa kebajikan mereka tidak terjaga......okeyy..

tak nak citer panjang-panjang..nanti nangis..huhu...layan gambar jela ek...


pengarah program Malam seindah Kenangan-abg shah....

ucapan daripada felo penyelaras- en. busu...
dengan JMk penyelaras-abg wak....kak Jah gi mane dok tahu

cik Man...huhuhuhuhu..sporting betul pakai topi tuuu..

REXCO junior..lagu sedih..tapi dorg nyanyi gelak pulak...huhuhuhu..saje je tak nak bagi Exco-Exco nangis... hohoho

banyak jugak Ajk aktiviti dinner ni rancang aktiviti...antaranya..KIng dan Queen...persembahan daripada REXCO junior...REXCO senior...kami Exco-EXco pun kena buat persembahan adhoc juga...huhuhuhu...pertukaran hadiah...masing-masing kena bawa hadiah..dan cabut undi...nantid apat hadiah org lain..seronok sangat..

hah..ini lah King dan Queen Malam Seindah kenangan...KIng-adik...Queen pula-Lai..memng comel...kenapa lah amani tak jadi Queen kan..hikhikhik..takleh lah..King dok kolej lain...huhuhu

lepas kemas-kemas...mop lantai sume, kami duduk semula dalam bulatan dan buka hadiah same2...time ni sume gelak-gelak..macam-macam hadiah yang diberikan...paling kelakar kalau hadiah dripada lelaki dapat kat perempuan...banyak kertas pembalut and kotak je besar...huhuhuh..tanda harga pun tak buang..huhuhu
kami Exco-Exco dapat hadiah semperna malam ni..dan telah disampaikan oleh pengarah program sendiri...hoho...banyak hadiah dapat..mcm besday pulakk

tadaaaaaaa....dua tu kira banyak lah jugak kan...hehehe..kotak coklat tu dari Rosni..Rexco amani..



sekali lagi nak cakap...tadaaaaaaaaa...huhuhu...dapat kain..comel kan...amani suka warna ni...sebab warna favourite.....kami bertiga, kak Hala, kak fatin sepakat nak buat Jubah,,huhuhu...reunion JMK nanti boleh pakai sama-sama..huhu

hah..ni lah Kak atin..ratu Kebajikan Khar...sangat penyayang orangnyerr.....suka nangis pun ada jugakkk..akak..thnks yer sebab banyak beri tunjuk ajar sepanjang kita jadi partner ni....halalkan makan minum, dan ape sahaja yang akak bagi kata adik akak ni ek..
sidang depan, adik dah takde...akak ingat2 lah kenangan kite ek..masuk Bilik Jmk..masuk Bilik meeting, tengok Pigeon hole adik..ingat adik tauuu...sedih niii


ni pula kak Hala....seorang yang tegas ....tapi kadang-kadang lawak juga...huhuhu...mula-mula susah nak sesuaikan diri dengan akak...tapi lama-lama, kalau dalam meeting ade adik ngn kak atin jer, mesti kami berdua rasa lain....thnks akak...akak banyak bagi kiter tudung, hadiah, macam-macam lagi....akak banyak bagi tnjuk ajar, samada dari segi kerja dan juga ilmu agama..
sidang depan pun akak masih dalam Jmk lagi...maafkan adik ye kak....sayang akak berdua..

haisss..ni sape plak ni..dah lah tak comel..cute je...huhuhu..maaf, perasan sebentar (sila abaikan)....okey..amani nak buat pengakuan..maaf selama ni amani menyembunyikan anak amani....dan buat julung-julung kalinya, amani tunjuk pada korang..kepada en. Anugerah..maaf ye...saya terpaksa tunjukkan sebab permintaan ramai..huhuhuhuhuhuhu
(sila jangan baca...)

..habis sudah...

..The End..

perjalanan hidup tidak berhenti setakat ini sahaja...masih banyak laluan, masih banyak persimpangan yang harus dilalui...ada duri...ada onak...yang harus ku lalui..
namun, perjalanan semalam membuatkan diriku lebih matang dalam membuat keputusan untuk memilih laluan dimasa akan datang...kerana...pengalaman semalam adalah guru yang paling baik untuk diriku...

-azwa amani-

Wednesday, April 13, 2011

belajar tawakal daripada semut...

"Allah menyediakan rezeki untuk burung
tapi ia mesti terbang untuk mendapatkannya
bukankah itu tandanya setiap kita mesti berusaha"

nabi sulaiman bertanya kepada seekor semut, tentang berapa banyak makanan yang diperlukan untuk hidup dalam setahun. semut menjawab, ia hanya memerlukan makanan sebanyak sebiji butir gandum.
lalu Nabi Sulaiman memasukkan semut tersebut dalam satu botol dengan meletakkan gula sebesar sebutir gandum. mulut botol itu kemudian ditutup.

cukup tempoh setahun, mulut botol itu dibuka semula oleh Nabi Sulaiman. Anehnya, baginda dapati hanya separuh sahaja daripada gula sebesar sebutir gandum itu yang habis dimakan oleh semut tersebut. nabi sulaiman bertanya, mengapa hanya separuh makanan sahaja yang dihabiskan sedangkan semut pernah berkata ia perlukan makanan sebesar sebiji gandum?

sang semut menjelaskan bahwa jika diluar botol, rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah dan jika yakin dengan Allah pasti akan mencukupkan rezekinya. oleh sebab itu dia tidak perlu risau dengan hakikat itu. tetapi apabila dikurung oleh manusia, dia mengambil langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat kerana tidka yakin dengan sifat prihatin manusia. mana tahu, kalau-kalau manusia itu terlupa lalu mengurungnya terlebih daripada tempoh satu tahun? apa akan terjadi nanti?

ertinya...semut lebih yakin dengan jaminan Allah ketika di luar botol berbanding dengan jaminan manusia ketika di dalam botol...


p/s : inilah sifat tawakal dan ikhtiar yang kita boleh pelajari daripada semut. jangan sesekali bergantung kepada sesama mahkluk dalam soal rezeki, sebaliknya bergantunglah kepada Allah..

kalau ada pihak yang berkata..."saya jamin bekalan makanan dan simpanan petrol akan sentiasa mencukupi untuk sekian-sekian tahun"...jangan terlalu yakin. sebaliknya bertawakallah kepada Allah dan berikhtiarlah dengan keupayaan sendiri. jika tidak, kita akan dikecewakan..jadilah seperti semut itu..

tengah minum secawan nescafe dengan biskut gula share dengan my roomate...hukhukhuk :)

Tuesday, April 12, 2011

andai nanti cinta itu hadir untukku..


ya ALLAH
andai nanti cinta itu hadir untukku
biarlah cinta yang berhak bagiku
cinta yang halal pada pandanganMU

ya Allah
andai nanti cinta itu hadir
jangan biarkan cinta itu
melebihi cintaku padaMu
hingga aku lalai dari mecintaiMU

Ya Allah
andai nanti cinta itu hadir buatku
penuhilah hatiku dengan bilangan cintaMU terlebih dahulu
biar rasa cintaku padaMU tetap seperti dulu

Ya Allah
andai nanti cinta itu hadir untukku
kurniakan seseorang yang hatinya penuh kasih kepadaMU
biar aku cinta padanya kerana aku kagum padaMU

ya Allah
andai nanti cinta itu hadir untukku
biarlah pengaduan atas deritaku
rasa syukur atas kebahagianku
hanya kupanjatkan kepadaMu terlebih dahulu
kerana aku yakin Engkau lebih memahamiku

ya Allah andai cinta itu hadir
khusyukkan aku dalam solatku
tenangkan aku dalam ibadahku
kerna fitrah insaniku telah Kau sempurnakan

ya Allah..
andai cinta itu hadir untukku
kurniakan aku insan yang Engkau cintai untukku
aminnn ya Rabbi...

orang baik mati cepat???

assalamualaikum ..selawat dan salam ke atas junjungn besar Nabi Muhammad SAW, keluarga Baginda dan para sahabat,...

malam tadi cik Amani tidur awal dari biasa....dan Cik Amani bermimpi lagi arwah Mak....
...mesti arwah mak inginkan doa daripada anaknya kan...wajah mak malam tadi senyum jerr,,,amani bangun subuh rasa nak menangis bila teringat,...

dulu pernah tanya pada ustazah, kenapa mak saya meninggal dulu...ustazah cakap..
"orang yang baik2 Allah sayang.Allah ambil dia dulu..."...


betul ke orang yang baik mati cepat???..jadi..orang jahat lambat mati...???

kalau nak fikir logik..betul jugak,,,sebab cara Allah nak tarik ilmu dengan meninggalkan orang yang tidak berilmu dan mematikan para ulama....tapi...bukan semua ulama baik kan.??..

amani dah ketemu jawapan yang boleh meyakinkan Amani..kenapa orang baik mati cepat...

orang baik dirasakan mati cepat kerana orang yang masih hidup belum puas untuk menikmati kebaikan..manusia selamanya tidak akan puas dengan kebaikan. kebaikan itu fitrah manusia.

teringat perpatah cina,.." untuk mengenal kebaikan, 1000 tahun belum cukup..tetapi untuk mengenal kejahatan satu hari sudah terlalu lama"

maksudnya..kebaikan itu sentiasa didambakan oleh hati manusia. bila menikmatinya, manusia ingin menikmatinya lagi..dan lagi...dan lagi...kalau boleh biarlah sampai seribu tahun......

sebab itulah kita merasakan orang baik mati cepat dan orang jahat mati lambat...bukan usia yang diukur, tetapi amalan semasa hidupnya menjadi ukuran kepada manusia yang hidup...

harapnya kalian faham apa yang amani nak sampaikan....manusia benci dan jemu kepada kejahatan. satu hati yang merasakan kejahatan dirasakan terlalu lama...ya..sebab itulah orang jahat dirasakan mati lambat...

hakikatnya....ajal dan maut sudah ditentukan oleh Allah...kita hanya perlu bersedia untuk menempuhnya sahaja....

adakah kita akan mati dalam husnul khatimah atau sebaliknya...teringat ustazah ada cakap....saat kematian adalah gambaran tentang kehidupan kita..jika mati kita dalam keadaan baik...maksudnya, baiklah perjalanan hidup kita.....jika hidup kita sentiasa berzikir dan meningati Allah..begitulah saat kematian kita sentiasa berzikir dan ingat nama Allah..jika hidup penuh dengan sumpah seranah, itulah yang akan keluar semasa mati kelak...

tetapi, bila amani dapat tahu berita kematian tentang sesorang yang baik pada awal usianya, mesti terlintas juga di hati dan fikiran
" MEMANG ORANG BAIK MATI CEPAT !!"


korang ada tak terfikir macam apa yang amani fikir sekarang?????
huhuh,..boleh share diruang komen..

satu lagi..tadi bukak balik pic masa bercuti ke pangkor masa raya cina haritu..
bila lihat pantai...tiga perkara ini pasti terlintas..
air..langit dan gunung
pernahkan kita memuji keindahan ini..
"wah..cantiknya laut..."..
kenapa mesti kita memuji ciptaan nya sahaja,bukan penciptanya..
galakkan suara dan bibir untuk memuji Allah..
" subhanaAllah...ALlah maha Hebat mencipta laut ni.."..

air.. langit dan gunung
kekadang lebih daripada sekadar pemandangan
yang tersurat keindahan
yang tersirat pengajaran

air..langit dan gunung
kekadang cubitan pada satu kealpaan
pada limpah selaut indah
mana titis sejemput sembah?

air ..langit dan gunung
kekadang cerminan satu perlambangan
..keteguhan iman
..kelapangan Islam
...kelembutan ihsan
teranyam kukuh diperibadi insan

ya Allah
Kau teguhkan imanku
seteguh gunung itu
Kau lapangkanlah Islamku
selapang langit biru
Kau lembutkanlah ihsanku
selembut bayu lalu..



asif jiddan...syukran
as-salam..

Monday, April 11, 2011

di raudhah itu...

ya Allah...
berilah aku hati yang lebih yakin
hati yang jitu..
yang dapat mencintai-Mu

ya Wahhab
jadikanlah aku insan yang berilmuff..
yang merasai makna hikmah
dengannya dapat aku mendidik diri...

ya Latif..
lembutkanlah akhlakku..
ajarilah aku bagaimana untuk mengasihi manusia
dengan ikhlas..
tanpa mengharap dibalas

ya Hanan...
kurniakanlah aku hati
yang dapat merasai keindahan iman
yang denganya aku mendapat ketenangan

ya Rahman
jadikanlah aku anak yang solehah
isteri yang baik
ibu yang pengasih
agar rumah tanggaku nanti dan keluargaku
menjadi syurga di dunia
serta jambatan syurga ke akhirat kelak..

p/s : amani baru habis program terakhir di bawah kendalian Amani iaitu Majlis Tilawah Al-Quran..menjadi pengurus bagi setiap aktiviti tilawah, hafazan dan Marhaban...dan berdepan dengan Qari dan Qariah serta Hafiz dan Hafizah membuatkan Amani betul2 rendah diri...mereka sangat hebat dalam mengagungkan kitab suci...sedangkan amani tak pandai pun nak melagukan bacaan dengan bayati, nahwan, sikah, ras,sobah atau hijaz....INsyaAllah..amani nak belajar dengan sahabat Amani yang menang Qari....semoga Allah permudahkan..Aminnn..

kemudian berdepan dengan orang yang menghafaz Al-quran...SubHanAllah...muka mereka sangat cerah dan terpancar Nur dengan mengHafaz Al-quran..tutur kata yang baik dan lembut....Amani sangat kagum dengan mereka....

apa-apapun...perbaiki diri dari sehari ke sehari..bermohon dengan Allah untuk dibimbing..jaga akhlak dan yang paling penting, jaga percakapan...kerana tutur kata adalah gambaran diri kita.....jangan suka menggelar2kan orang...walaupun dengan niat nak bergurau...nak panggil dia wak karjo ke...bulat ke...sebabnya..hati manusia sukar dinilai....jauhkan dari perkara yang dianggap remeh, tapi itulah yang menyebabkan orang tidak suka pada kita....Wallhualam..amani meningatkan diri sendiri juga...

as-salam...

amani tukar lagu blog ni...sebabnya Amani dah jatuh hati dengan Binabil Huda

Thursday, April 7, 2011

kadang-kadang kita....

kadang-kadang kita lupa nak Tanya khabar si dia..

kadang-kadang kita selalu ingat dia tak ingat kita….

Kadang-kadang kita selalu lupa segala kenangan bersama

Kadang-kadang kita hanya ingin tahu dari mengambil tahu

Kadang-kadang kita hanya pandai berkata daripada melakukannya

Kadang-kadang kita tak sedar ada orang menyayangi kita

Kadang-kadang kita tak sedar kita sakitkan hati kawan kita

Kadang-kadang kita tak sedar yang kita membuatkan seseorang kecewa

Kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita katakan itu kita lakukan

Kadang-kadang kita tak tahu ada orang ambil berat tentang kita

Kadang-kadang kita tak tahu yang dia tak suka kita

Kadang-kadang kita tak tau pula yang serius itu memang benar serius

Kadang-kadang kita tak respect kawan kita yang banyak bantu kita

Kadang-kadang kita hanya ingat seseorang kalau kita memerlukan

Kadang-kadang kita akan lupa kawan ketika kita sedang gembira

Kadang-kadang kita akan menyalahkan seseorang sekiranya kita ketinggalan sesuatu berita

Kadang-kadang kita akan menyalahkan orang lain sedangkan kesalahan itu berpunca dari kita

Kadang-kadang kita akan utamakan yang baru dari yang lama

Kadang-kadang kita akan tersentap kalau si dia menegur kita

Kadang-kadang kita cuba lakukan yang terbaik tapi menyusahkan orang lain

Kadang-kadang kita suka memerhati dari menegur

kadang-kadang kita terlalu singkat tanpa memikirkan apa kesudahannya…

dan yang paling penting…

kadang-kadang kita sentiasa kelihatan Happy padahal hanya kita sahaja yang tahu…

p/s : hidup tak selalunya Happy sentiasa...kadang-kadang Allah berikan kita sedikit kesedihan supaya kita sentiasa beringat, tak semua benda mudah untuk kita, dan dengan kesukaran inilah Allah ingin memberitahu kepada kita bahawa, saat tiada orang disamping kita, Allah setia disisi..

walau kita lupa padaNYA ketika kita gembira dan ramai sahabat serta orang disamping kita, tetapi DIA tak pernah meninggalkan kita sendiriaan saat kita keseorangan...ingatlah semua...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...