Monday, December 27, 2010

bacalah kepada sesiapa yang bergelar remaja..

assalamualaikum semua.........

hari ini baru ade semangat kerajinan nak mengudate blog ku yang tersayang ni..hehehehe...
hari ni, ana nak share ilmu apa yang ana dapat semasa ke UUM minggu lepas....terlalu banyak ilmu yang ingin disampaikan,...namun, terdapat beberapa halangan untuk ana sampaikan di dalam blog ini...antaranya, sukar untuk ana membuat ayat,...kerana, ana menerima ilmu ini di dalam bentuk modul..insyaAllah, ana akan cuba sampaikan dengan cara dan kefahaman yang baik untuk semua pembaca BICARA AMANI ...

okey...straight to the point, ana nak share diskusi ana dengan seorang pensyarah di UIAM, Dr. Mohd Farid Mohd Shahran...........ana sangat suka cara dia, seorang yang kelakar, mudah didekati dan banyak ilmu....pendek kata memang best la.....tajuk diskusi kami masa hari ketiga tu ialah "Generasi Muda Tunggak Kegemilangan Negara"..ana just catatkan dalam blog ni apa yang sempat ana tulis je lah yerr...heheh :)

pertama sekali, Dr. Farid cakap, ada 3 peringkat syukur.....selama ni, apa yang ana tahu, hanya lah dengan mengucapkan Alhamdullilah....terlalu mudah bagi kita untuk berterima kasih kepada Allah..hanyab dengan sepatah perkataan...namun, manusia tetap malas nak bersyukur kepada ALlah..sedangkan, nikmat yang Allah kurniakan terlalu banyak....okey...3 peringkat syukur itu ialah, mengetahui siapa yang memberikan nikmat, iaitu ALlah YangMaha Besar...kedua, apa nikmat yang telah dikurniakan kepada kita...contohnya,nikmat iman, nikmat islam, nikmat ada ibu bapa dan sebagainya...dan peringkat yang ketiga ialah, siapa diri kita yang diberikan nikmat itu,..sudah tentulah hamba yang tidak punya apa-apa...nikmat yang ALlah berikan itu pun bukan hak kita..hanya meminjam untuk seketika, dan bila-bila ALlah nak, pasti akan diambilnya...jadi..kita seharusnya, jangan bongkak, takbur dan riak dengan apa yang kita ada sekarang..terutamanya remaja...usia juga 1 nikmat...dan bila ALlah ingin mengambil nikmat muda dan usia itu, pasti kita tak berdaya menolaknya...jadi, jadikan tubuh muda dan usia muda ini sebagai satu medium untuk kita terus menimba ilmu, memakmurkan dunia, dan menghambakan diri kepada Nya...

kemudian, kami terus memasuki perbincangan kami tentang isu remaja....sekarang ni, Malaysia tidak menyebut remaja, atau orang muda, tetapi, golongan belia ini dikenalai sebagai generasi Y..manakala, golongn dewasa dan tua pula dikenali sebagai generasi X......The Net Generation Is Here,..diantara maksud generasi Y ini ialah...pertama, millinial generation, next generation, echo boomers and MTV generation....rasanya kalian faham dengan istilah-istlah ini, so ana tak perlu terangkan....

Dr. Farid juga ada menyatakan beberapa Faktya yang menarik tentang generasi Y ini..diantaranya ialah, terdapat 60 juta generasi Y diseluruh dunia...wow..1 angka yang sangat besar...kemudia, generasi Y ini juga bersifat culturul liberal...apa tu???..maksudnya..remaja kini, tiada lagi rasa untuk kembali kepada budaya dan adat.....merasakan, dunia moden tidak perlu ada adat dan budaya...betul ke??? mungkin di Malaysia sukar dilihat...tetapi di negara lain, mungkin ya...ketiga, respecting same sex marriage...memang ana akui ini sudah berleluasa...tengok saja negara Eropah...semoga negara islam Malaysia, remajanya tidak seperti ini..aminnnn...dan yang terakhir ialah 1 kajian daripada warga Australia tetang generasi Y ini, 48% daripada mereka tidak percaya kepada Tuhan...mereka tahu adanya tuhan, tapi tidak beriman dengan tuhan..20% langsung tidak percaya tuhan itu wujud..dan 32% kurang pasti bahawa tuhan ini ada atau tiada...Astaghfirullahalazim...semoga jumlah dan statistik ini tidak meningkat....menakutkan dunia sekarang ni...namun jika kita yakin dengan tuhan,,,InsyaAllah, kita akan dijaga olehNYa...

semasa ana sedang mendengar diskusi ini, terlintas difikiran ana...bagaimanakah sistem pemerintahan di Malaysia kela...adakah aman seperti hari ini..atau tunggang terbalik seperti remajanya...kerana ana percaya dengan kata-kata ini..

"jika mahu melihat dunia pada masa akan datang, lihatlah remajanya pada masa kini
"

ana kecilkan skop dunia ini dan melihatnya di dalam negara sahaja...ana tidak pasti, bagaimanakah situasi remaja kita pada masa kini....tapi, berdasarkan pemerhatian ana, dunia kita di dalam keadaan dan kondisi yang bahaya....bagaimana pendapat kalian semua???..kerana, ana bandingkan remaja pada masa kini dengan remaja yang bersifat Islamisasi...diantara sifat-sifat remaja muda Islam ialam pertama, kukuh sistem kepercayaan...berbalik kita kepada pernyataan kajian daripada Australian yang mengatakan peratusan ketinggian kepercayaan kepada tuhan tidak sampai 50 % ...jadi...berbeza dengan remaja Islam di zaman nabi....kepercayaan mereka terhadap Tuhan sangat tinggi seperti yang diceritakan di dalam Ashab Al-kahfi...kedua, sifat remaja Islam ialah, perubah masyarakat...ada diceritakan di dalam Ashab Al-Khudud (lubang api)..ana akan ceritakan tentang kisah yang menarik ini di dalam entry berikut...maksudya..dengan tubuh muda yang kuat dan akal yang cergas, golongan muda ini mampu merubah pandangan masyarakat terhadap Islam...bagaimana cara mereka ingin menarik minat untuk orang beriman kepada Allah...subhanallah..sesungguhnya, nikmat muda ini Allah dan pertanggungjawabkan untuk kita menyebarkan agamanya, namun, remaja kini, banyak merosakkan agama......ketiga ialah golden age...ana rasa simpulan bahasa warga emas itu patut ditukarkan daripada golongan berumur kepada golongan muda..hehee..kerana, golongan muda ini kita ibaratkan seperti emas...berharga, lumayan dan dikehendaki...banyak yang dapat kita gunakan semasa peringkat umur ini...sebaliknya, pada usia berumur, tubuh badan tidak cergas, dan kekuatannya juga agak terbatas....muda adalah jangka umur terbaik bagi manusia.., keempat, golongan remaja adalag golongan yang diberikan perlindungan oleh Allah SWT...dan juga pendokong gerakan ukhwah.....kerana usia muda ini, semangat mereka kuat...kita masih di dalam bulan muharram, apa salahnya jika ana flashback balik pada zaman hijrah nabi...dapat kita lihat semangat golongan muda menyebarkan dakyah...diantaranya ialah, Asmaa bin Abu Bakar, Ali bin Abi Talib dan Abdullah bin Abu Bakar...mereka seorang yang berani, kuat dan bersemangat kental untuk membantu nabi...sedikit pun tiada rasa takut...tetapi remaja sekarang, berani..memang berani, ..berani membuang anak, berani melakukan seks bebas, berani mengambil dadah...semoga kita jauh daripada kemungkaran Allah..aminn...dan akhir sekali ialah, pencinta Ilmu...pada zaman nabi, diantara tokoh islam yang ana kagumi ialah ilbu sina,,,kerana ana pernah bercita-cita ingin menjadi doktor, dan beliau adalah diantara role-model ana....pada usia muda, beliau sudah habis belajar ilmu perubatan di zamannya...bertapa beliau cintakan ilmu ..tetapi remaja kita pada masa kini...habis SPM, malas nak sambung belajar...memnglah proses belajar itu bukan hanya pada buku dan kertas,,,tapi, kurang semangat mereka mencari ilmu dengan lebih mendalam....insyaAllah..ana akan ceritakan bagaimana Ibnu sina menimba ilmu....


wahhhhhhhhhhhh..panjangnya,.,,,ana rasa..cukup dulu buat masa ini...sebenarnya banyak lagi..hehehe..insyaAllah, dimasa akan datang yerr...

p/s : CINTAILAH ILMU kerana ILMU......kalau ada salah silap kat mana-mana atau nak menambah apa-apa..tinggalkan di ruang komen yer remaja sekalian..hehe....semangat ana nak ceritakan semua yang ana dapat....insyaAllah, jika diberikan kesempatan dan keluangan masa untuk menulis...hope korang sudi baca... :)

4 comments:

Unknown said...

wah...panjangnya...tekun amani dengar Dr.Farid ckap..bgus2x!kalo kta da tersengguk2 da..he..

azwa amani said...

NANAKIMIE : ohhh rindunyer amani kat nanakimie...die best sgt...tu yg tak tersenguk tu...hensem plak...huhu

Duniakuabstrak said...

cinta ilmu lebih, cinta harta seadanya sahaja..=)

azwa amani said...

dunia abstrak : errmm..betul tuuuu...setju 101%..hehehe...tengs sudi baca entry ni..selalu entry panjang lebar berjela macm ni org taknak bace...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...