Wednesday, December 1, 2010

nilai seorang wanita..murah atau tak terharga..???

assalamualaikum semua...

hari ini, amani hanya menghabiskan masa dengan lappy jerr
kejap bukak blog itu..blog ini,,,
pastu bukak cerita..
layan hindustan tau lepas exam..huhuhu..3 idiots..
best laaaaaaaaaaa..suka sangat...

mase jalan-jalam menggunakan internet untuk menambahkan ilmu,..
ana terjumpa nilai seorang wanita.......
murah ke nilai wanita ni sampai sanggup jual anak dan isteri untuk dijadikan hamba nafsu..
murak ke wanita ni, bila senang-senang jer lelaki dapat menakluk hanya untuk ditiduri,...

so...buat sahabat ana...mari kita baca ini....kat bawah ni...


Nilai Seorang wanita solehah

Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah - mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya. Insya - ALLAH.

"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik - baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya".

Ath-Thabrani.

"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya".

Ibnu-majah.

"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik"

Ibnu - Majah.

p/s : semoga suatu hari nanti kita semua dapat menjadi isteri yang baik dan solehah kepada suami, dan ibu yang baik kepada anak-anak....sanggupkah kita menyerahkan diri kepada suami yang kesuciannya hanya tinggal beberapa peratus sahaja, kerana dah bagi bf pegang-pegang...

jika masih berlaku begitu, masih sempat untuk berubah..insyaAllah...

semoga ana dapat menjadi isteri yang terbaik buat EN.anugerah Allah suatu hari nanti..aminnnnn...

maaf andai ada yang terasa dengan kata-kata..hanya menjalankan tanggungjawab sebagai hambanya...

Wallahua'lam.

4 comments:

Unknown said...

amani,moga kta sama2 jadi isteri yg t'baek buat en.suami:) amin...

azwa amani said...

nanakimie : aminn ya Allah...

syazana amira said...

mudah2an dapat jadi seperti apa yang dsenaraikan tuh :)

suka 3 idiots!!

azwa amani said...

nana : huhuhu..insyaAllah..sentiasa doakan saudara semua..aminn..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...