Wednesday, December 1, 2010

perbualan si Alim dengan IBLIS

salam dan selawat keatas junjungan besar S.A.W..

assalamualaikum semua...
fffffuuuuuuhhhhh..lega dah...
sebab ana sudah merdeka dari exam untuk semester ini...
semester depan menanti dengan penuh debaran,,,
huhuhuhuhuhu....

taknak cerita pasal exam...
sebab exam ana macam biasa jerr
ade yang leh jawab...ada yang soalan susah...macam-macam lah..
yang penting sudah berusaha dan menjawab dengan baik..
selepas itu..serahkan kepada Allah..
kerana ana percaya..ana usaha ana dapat...
kalau tak usaha...tak dapat laaahhh..ngeeeeeee..betulkan..http://www.emocutez.com

okeyy..hari ini nak cerita pasal perbualan orang alim dan iblis...menakutkan betul tipu daya syaitan ini...harapnya...mendapat sedikit pengajaran dari cerita ni...sama-sama perbaiki diri...dan selamat beramal...huhuhu..(salam dalam hati, leh jadi ustazah baayah tak, dr mashitah pun ok..??)http://www.emocutez.com..suka tauu

Suami isteri itu hidup tenteram mula-mula. Meskipun melarat, mereka taat kepada perintah Tuhan. Segala yang dilarang Allah dihindari, dan ibadah mereka tekun sekali. Si Suami adalah seorang yang alim yang taqwa dan tawakkal. Tetapi sudah beberapa lama isterinya mengeluh terhadap kemiskinan yang tiada habis-habisnya itu. Ia memaksa suaminya agar mencari jalan keluar. Ia membayangkan alangkah senangnya hidup jika segala-galanya serba cukup.

Pada suatu hari, lelaki yang alim itu berangkat ke ibu kota, mahu mencari pekerjaan. Di tengah perjalanan is melihat sebatang pohon besar yang tengah dikerumuni orang. Is mendekat. Ternyata orang-orang itu sedang memuja-muja pohon yang konon keramat dan sakti itu. Banyak juga kaum wanita dan pedagang-pedagang yang meminta-minta agar suami mereka setia atau dagangnya laris.

"Ini syirik," fikir lelaki yang alim tadi.

"Ini harus dibanteras habis. Masyarakat tidak boleh dibiarkan menyembah serta meminta selain Allah." Maka pulanglah dia terburu. Isterinya heran, mengapa secepat itu suaminya kembali. Lebih heran lagi waktu dilihatnya si suami mengambil sebilah kapak yang diasahnya tajam. Lantas lelaki alim tadi bergegas keluar. Isterinya bertanya tetapi ia tidak menjawab. Segera dinaiki keldainya dan dipacu cepat-cepat ke pohon itu. Sebelum sampai di tempat pohon itu berdiri, tiba-tiba melompat sesusuk tubuh tinggi besar dan hitam. Dia adalah iblis yang menyerupai seorang manusia

Iblis :Hai, mahu ke mana kamu?

Orang alim : Saya mahu menuju ke pohon yang disembah-sembah orang bagaikan menyembah Allah. Saya sudah berjanji kepada Allah akan menebang roboh pohon syirik itu."

Iblis : Kamu tidak ada apa-apa hubungan dengan pohon itu. Yang penting kamu tidak ikut-ikutan syirik seperti mereka. Sudah pulang saja.

Orang alim : Tidak boleh, kemungkaran mesti dibanteras

Iblis :Berhenti, jangan teruskan!

Orag alim :Akan saya teruskan!

Kerana masing-masing tegas pada pendirian, akhirnya terjadilah perkelahian antara orang alim tadi dengan iblis. Kalau melihat perbezaan badannya, seharusnya orang alim itu dengan mudah boleh dibinasakan. Namun ternyata iblis menyerah kalah, meminta-minta ampun. Kemudian dengan berdiri menahan kesakita dia berkata, "

Iblis : Tuan, maafkanlah kekasaran saya. Saya tak akan berani lagi mengganggu tuan. Sekarang pulanglah. Saya berjanji, setiap pagi, apabila Tuan selesai menunaikan sembahyang Subuh, di bawah tikar sembahyang Tuan saya sediakan wang emas empat dinar. Pulang saja berburu, jangan teruskan niat Tuan itu dulu,"

Mendengar janji iblis dengan wang emas empat dinar itu, lunturlah kekerasan tekad si alim tadi. Ia teringatkan isterinya yang hidup berkecukupan. Ia teringat akan saban hari rungutan isterinya. Setiap pagi empat dinar, dalam sebulan saja dia sudah boleh menjadi orang kaya. Mengingatkan desakan-desakan isterinya itu maka pulanglah dia. Patah niatnya semula hendak membanteras kemungkaran.

Demikianlah, semnejak pagi itu isterinya tidak pernah marah lagi. Hari pertama, ketika si alim selesai sembahyang, dibukanya tikar sembahyangnya. Betul di situ tergolek empat benda berkilat, empat dinar wang emas. Dia meloncat riang, isterinya gembira. Begitu juga hari yang kedua. Empat dinar emas. Ketika pada hari yang ketiga, matahari mulai terbit dan dia membuka tikar sembahyang, masih didapatinya wang itu. Tapi pada hari keempat dia mulai kecewa. Di bawah tikar sembahyangnya tidak ada apa-apa lagi keculai tikar pandan yang rapuh. Isterinya mulai marah kerana wang yang kelmarin sudah dihabiskan sama sekali.

Si alim dengan lesu menjawab, "Jangan khuatir, esok barangkali kita bakal dapat lapan dinar sekaligus."

Keesokkan harinya, harap-harap cemas suami-isteri itu bangun pagi-pagi. Selesai sembahyang dibuka tikar sejadahnya kosong.

"Kurang ajar. Penipu," teriak si isteri. "Ambil kapak, tebanglah pohon itu."

"Ya, memang dia telah menipuku. Akan aku habiskan pohon itu semuanya hingga ke ranting dan daun-daunnya," sahut si alim itu.

Maka segera ia mengeluarkan keldainya. Sambil membawa kapak yang tajam dia memacu keldainya menuju ke arah pohon yang syirik itu. Di tengah jalan iblis yang berbadan tinggi besar tersebut sudah menghalang.,

Iblis : Mahu ke mana kamu?" herdiknya menggegar.

Oraang alim :"Mahu menebang pohon,.katamya dengan penuh semangat

Iblis :"Berhenti, jangan lanjutkan."

Orang alim :Bagaimanapun juga tidak boleh, sebelum pohon itu tumbang."

Maka terjadilah kembali perkelahian yang hebat. Tetapi kali ini bukan iblis yang kalah, tapi si alim yang terkulai. Dalam kesakitan, si alim tadi bertanya penuh heran,

Orang alim :"Dengan kekuatan apa engkau dapat mengalahkan saya, padahal dulu engkau tidak berdaya sama sekali?"

Iblis : tentu saja engkau dahulu boleh menang, kerana waktu itu engkau keluar rumah untuk Allah, demi Allah. Andaikata kukumpulkan seluruh belantaraku menyerangmu sekalipun, aku takkan mampu mengalahkanmu. Sekarang kamu keluar dari rumah hanya kerana tidak ada wang di bawah tikar sejadahmu. Maka biarpun kau keluarkan seluruh kebolehanmu, tidak mungkin kamu mampun menjatuhkan aku. Pulang saja. Kalau tidak, kupatahkan nanti batang lehermu."

Mendengar penjelasan iblis ini si alim tadi termangu-mangu. Ia merasa bersalah, dan niatnya memang sudah tidak ikhlas kerana Allah lagi. Dengan terhuyung-hayang ia pulang ke rumahnya. Dibatalkan niat semula untuk menebang pohon itu. Ia sedar bahwa perjuangannya yang sekarang adalah tanpa keikhlasan kerana Allah, dan ia sedar perjuangan yang semacam itu tidak akan menghasilkan apa-apa selain dari kesiaan yang berlanjutan . Sebab tujuannya adalah kerana harta benda, mengatasi keutamaan Allah dan agama. Bukankah bererti ia menyalahgunakan agama untuk kepentingan hawa nafsu semata-mata ?

"Barangsiapa di antaramu melihat sesuatu kemungkaran, hendaklah (berusaha) memperbaikinya dengan tangannya (kekuasaan), bila tidak mungkin hendaklah berusaha memperbaikinya dengan lidahnya (nasihat), bila tidak mungkin pula, hendaklah mengingkari dengan hatinya (tinggalkan). Itulah selemah-lemah iman."

Hadith Riwayat Muslim

p/s : dalam cerita ni jelas kita dapat lihat bahawa…Allah menilai seseorang itu berdasarkan niat yang dilakukan…samada perbuatan itu semata-mata kerana Allah atau ikutan hawa nafsu semata-mata…..kalau nak tahu bertapa jahatnya nafsu dalam diri kita ni..ade cerita tentang nya di entry ini…nafsu itu jahat


13 comments:

Unknown said...

ayie sudah baca cerita ni.. memang best giler dan banyak pengajaran yang diperolehi loh..

Bungasunti-Maternityandnursing said...

:) pengajaran yang bagus. thanx bagi ilmu amnani :)

mR KimEy said...

yup...satu cerita yg bgs..tq sbb kongsi2 ilmu dgn kami semua

Efa Nur said...

pengajaran yg bagus..tQ amani.. :)

azwa amani said...

azrin : ohh yeke..bagus2..

miss fatihah : welcme dear...share tuk semua...jga niat tauu

mr kimiey : same2..rajin2 dtg blog ni lagi yerr

efa nur : welcme dear...ilmu Allah tu luas dan bukan milik amani jerr

♥ Cheenta ♥ said...

best beri pengajaran kepada saya huhuhu

azwa amani said...

cheenta : huhuhuhuhu..erti hidup pada memberi...:)

ANISRAHIM said...

alangkah beruntugnya kita kalau dpt tempis hasutan syaitan..masyaAllah

salykin sobry said...

tq kongsi crita nih

Kak Amy said...

salam dear..

nice entry banyak beri pengajaran...

azwa amani said...

photographic : tapi susah nak hindar melainkan adanya iman yang utuh...permantapkan iman dengan dekatkan diri pada tuhan..

salykin : sama-sama..tq jugak dtg singgah blog ni

kak amy : semoga menjauhkan perkara yang dilarang, dan dapat menjadikan pengajarn itu sebagai panduan dalam hidup...

aibaks said...

bestnyer azwa da dapat cuti.. huhu.. kan best klu still stadi.. hehe

azwa amani said...

aibaks : hdup ni sentiasa stdy tauuu..x semestinya g skolah tu stdy...gi pejabat x stdy...hehehehe..:)..menuntut ilmu hingga ke liang lahad..:)...cuti kejap jerr, pastu belajar balik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...