Thursday, December 2, 2010

kamu ada ciri sahabat yang baik tak??

assalamualaikum semua pembaca BICARA AMANI..
maaf lah terlambat pos entry hari ini...selalunya, ana akan post pada waktu pagi, petang dan malam..
tapi harini, lepas zohor baru dapat dok depan lappy..hehehe

pagi tadi ana ada date...
hah, jangan tak percaya..http://www.emocutez.com.ana pergi date tau..
dengan sahabat-sahabat ana yang cute..(mesti tengah sengih-sengih bace ni kan..)
semua kan dah nak balik..so..harini, kami semua hangout together laa...
gembira ada, sedih pun ada..
yang gembiranya, 1 sen pun ana tak keluarkan duit..hehehehe...
nana yang belanja, adeeyyy, habis seratus duit dia.hehehehe..
nana ni ada blog..dia ni boleh dikatakan model lahh..
tinggi, dan pandai bergaya..
namun tak seksi tauu....masih sopan dan menutup aurat lagi laaahhh..hehehe
hah..ada yang terpikat lah tuuu..kalau nak tengok..ni belog dia
roxyfroxydainmalife...hamek, panjang bebenor nama belog si Ateh ni..

ana bersyukur dapat kawan-kawan yang macam ni...syukur mereka dianugerahkan dengan sifat penyayang...menangis bersama, gelak bersama, guling-guling atas katil pun sama-sama..
tapi kami pun pernah juga berselisih paham..masam-masam muka..tak bertegur..
hehehehe..selalunyer ana lah tuu..almaklumlah..kadang-kadang penatkan..
so tak terlayan perangai-perangai pelik dorang...hehehehe
tapi seronok la ada mereka dalam hidup ni..
memang superb laaaa....http://www.emocutez.com

errrrmmm..ana ada terjumpa ciri-ciri sahabat yang baik...alhamdulillah, ada dalam diri mereka...kalian pula macam mana?????...kalau nak tahu apa 12 ciri sahabat baik tuu..meh amani nak share ...jom kita tengok...

12 Sifat Sahabat

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik

5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan

{petikan "Bimbingan Mu'minin" Imam Ghazali}

p/s : yang no 8 tu selalu jadi kat ana...heheheheh.....korang macam mana????..ada ciri-ciri ni tak???..kalau ada bagus lahh, kalau tak ada, apa kata kita cuba adakan.....just cakap..adakadabra, pastu ketuk kepala sekali...try lahhh...hehehe...gurau jelah..cubalah usahakan yerr..INSYAALLAH, konpem dapat ramai kawan....berkawan biar beribu, bercinta biar 1...kat sini ana ada satu soalan...SIAPA NAK JADI KAWAN AMANI??????http://www.emocutez.com

16 comments:

oshin said...

saya nakk !!!

Unknown said...

wah!bestnya dia jenjalan..sh0ping apa cik kak?hehe...mestila kta nak kwn ngn amani:) sapa la yg xnak tu..rugi2x..hik3x!

Unknown said...

tak nak jadi kawan amani. nak jadi friend jer.. huhu

syazana amira said...

nak2.. hehe

♥Chura♥ said...

nak jugak :)

Unknown said...

alhamdulillah azmi pun dah jumpa sahabat yg baik..yg susah senang bersama

azwa amani said...

yeye..ade ramai kawan...hehehehe...maceh sumerr..kiter kawan ea...tgur2 lah yerr :) kalau ade uat salah tuu

hans said...

pasal duit tu sometimes kena tgok juga lah macam mana orangnya sebelum nak bagi pinjam
kadang2 kita tahu dia boros dan dia nak pinjam
jadi,memang susah nak tolong
kalau tolong dia xinsaf

berdasarkan pengalaman sendiri

P/S : Review Filem Ngangkung & Berapa Kutipan Filem 2 Alam? RM39.9 Juta Kah?

eqbalzack said...

payah juga nak cari sahabat skrg ni...ada sahabat yg kadang2 makan sahabat...

eqbalzack said...

payah juga nak cari sahabat skrg ni...ada sahabat yg kadang2 makan sahabat...

edi_fm32 said...

sy nk gk..dlm perjalanan mncari nilai khdupn dan prjlnan menngenal diri di alam y terbentang luas.persahbatan amat penting.shbt baik sksr dicari ganti..

whitecappuccino said...

nakkk...

Unknown said...

bgus ah tips..boleh digunakan untuk cari shbt sejati.. incya-Allah

azwa amani said...

hans : betul gak tu kan...susah nak percaya org zaman sekarang..kenal dulu hati budi...

eqbalzack : betul2..setuju sagt..

wc : amani pun nak kawin..opsss salah plak..nak kawan dgn WC jugak..

ayien : ambillah buat simpanan masa hadapan..

Solihin Zubir said...

xnk kawan.. nk kawen buleyh dak? hahha...

azwa amani said...

solihin : huhuhuhuh..jangan lupe amek award tuuuuhh :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...