Monday, July 4, 2011

shopping atau tengok laut best ???


assalamualaikum Rasullulah.. SAW

assalamualaikum pembaca BICARA AMANI semua. salam pagi Isnin. semoga hari ini adalah hari yang baik buat semua pembaca. Aminnn...

kalau kamu, yang mana lebih menyeronokkan untuk menghabiskan masa dan menenangkan fikiran, jalan-jalan window shopping, tak kisah lah kat OU, MV, Pavillion, Jalan Tar, Tesco, JJ,.. atau melihat alam persekitaran macam mendaki bukit, mandi laut, mandi air terjun, tengok langit..???

orang dulu-dulu selalu cakap 'indahnya tengok langit yang luas, sawah bendang yang terbentang dengan gunung ganang yang berdiri teguh '.... masa tu mungkin takda lagi tempat-tempat shopping bagai ni... tapi orang zaman sekarang, lain pula caranya " best der, wa berjimba kat Times Square, ramai giler aweks-aweks. baik ko gi dowh, rugi..ade sale pula tuuu " huhuhu.. lucu plak amani rasa cakap macam ni... hehehe...


sebenarnya, penciptaan Allah ada dua jenis, pertama adalah secara langsung dan kedua adalah tidak langsung. secara langsung tu adalah alam semula jadi, macam bukit, pokok, laut, langit, senang cakap, bila manusia diciptakan dah memang ada... ciptaan Allah yang tidak langsung tu pula macam bangunan semua tuu... sebab apa kita sebut sebagai ciptaan tidak langsung, sebabnya, itu adalah idea daripada Allah kepada manusia melalui kebijaksanan akal dan kudrat manusia. kaki, tangan, akal, semua Allah pinjamkan kepada manusia untuk cipta semua benda tuu...

tapi sedar tak kita , walau macam mana kesedihan dan kesempitan yang kita alami dalam kehidupan ini, kita perlukan tempat yang boleh menenangkan, dan selalunya, tempat yang akan kita pilih adalah macam laut, pantai, gunung, bukit, tasik dan yang seangkatan dengannya. itu amani lah.. tak tahu lah kalau ada antara kita yang suka ke shopping semua tu sebagai terapi mata...sebab apa yer hati manusia inginkan macam tu... ???


sebabnya, Allah nak kita lihat, "wow, luasnya langit " " wahhh, ibu, cantiknya pantai ni, air dia bersih"... kalau naik gunung pula, "aku tak pernah nampak pemandangan secantik ini..' ...hah, Allah nak kita memuji keindahan yang diciptakan untuk kita. tetapi sebenarnya, bukan itulah yang memberi ketenangan dalam hati, tetapi Allah yang memberikan ketenangan melalui apa yang kita lihat.... luasnya langit yang kita lihat, lebih luas Kekuasaan Allah... cantiknya pantai dan bukit yang kita pandang, lagi cantik dan indah wajah Allah yang bakal kita lihat di syurga kelak....


jadi.. bila kita lihat ciptaan Allah itu, ucaplah puji-pujiaan kepada Allah..... dan pabila kita dekat dengan ciptaan yang indah, supaya kita rasa dekat dengan Allah.... sebenarnya Allah itu sangat dekat, tetapi kitalah yang menjauhkan denganNya...

p/s : takut lah nak pergi buat pemeriksaan perut kat Pusat Kesihtan... takut dia cakap " kamu ada appendix"... wuaaaaaaa.... tak mau jumpa doktor, tapi perut still sakit... terima kasih kepada kawan-kawan yang mendoakan, bukan sebab lambat makan, amani makan ikut time... hehehe, tengok lah, kalau rajin dan berani, jumpala doktor....


20 comments:

ummiross said...

setuju dengan amani,indahnya ciptaan Allah SWT, indah dan menenangkan.

kurus said...

kalau akak lebih suke tgk lautan , lebih tenang tapi org ramai cakap shooping nie treatment terbaik utk wanita .. tapi tu dik bagi yg terlebeyyyyyyyyy duit aar .. bolehlah cakap mcm tuu ..
kalau tgk lautan x perlukan duit .. semua org boleh merasai nikmatnya .. ye tak ?? :))

azwa amani said...

samelah kak, amani pun suke tengok permandangan.. seronok rumah tggi, menghadap gunung pula tu, memng sejuk mata memandang.. huhuh :)

Unknown said...

ciptaan Tuhan terlalu indah tapi kita manusia sering merosakkannya..

pi ler jumpa doktor.. nanti dah melarat tak ke naya..

Abu Bagi said...

tengok permandangn semual jadi lagi best..

Unknown said...

ayie suka lepak pantai dan itu memang kerja ayie waktu ptng..aishh, knape nak tkotperiksa..pi jerlah periksa..aishhhh

Cikgu Moon said...

pantai la best! suasana nyaman...tenang je dgr bunyi ombak...
dgr bunyi air terjun pon best gak...

Tempat hiburan ciptaan manusia xkan dpt lawan ciptaan Allah....

moga cpt sembuh ye awin...:)

azwa amani said...

insyaAllah, nanti awin pergi yer ayie n moon.. tapi takut laa... harap2 besok okey lah pert ni.. :)

Alif Haris said...

sy prefer pegi ke tempat2 indah sebenarnya :)

uish sakit perut lg ke ?? smoga cepat sembuh ya ^^ huhu

azwa amani said...

alif : amani sakit perut lagi.. tu lah, dah lama tak kena macam ni... baru ni plak nak jadi balik..

ewanthology said...

nak menenangkan fikiran, saya suka pergi ke pantai

Siti Safiyyah said...

siyes suka sangat bila pegi kat satu tempat pejam mata dan hirup udara segar.. automatik akan tersenyum sendiri dan bibir melafazkan subhanallah.. ^___^

snow queen said...

saya suka tgk pantai...n sawah padi..tapi saya suka p shopping..lau sy ada duit n ada org nak belanja..ehhehe

p jumpa doktor la...:)

azwa amani said...

bila kita gi melihat keindahan Allah, jangn lpe ucap zikir pada Allah

Aretikz said...

Berfikir cara sebaiknya hikmah alam diciptakan.. ^_^

dhiera zainudin said...

Saya lagi suka tengok keindahan alam sebab rasa sangat tenang~

azwa amani said...

batul tu dhira.. amani kalau gi shopping ni, rasa serabut kalau nampak ramai sangat org

Mun said...

cikmoon suka tgk laut..pemandangan yg sangat indah.. rasa damai jerk.. hati yg gundah gulana pon bleh jadi tenteram..

azwa amani said...

cma : betul2... tapi lagi tenang bila kita bersma dengan pencipta yg memberi ketenangan kan.. :)

Unknown said...

cecepat jumpa doc...tkut lg truk pulak nati..huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...