Tuesday, July 5, 2011

INVISIBLE tapi ADA


assalamualaikum rasulullah...

assalamualaikum semua pembaca BICARA AMANI, salam pagi selasa. pernah tak kamu semua teringin nak jadi Invisible Man.. huhuhu.. dulu amani ada angan-angan nak jadi macam tu, seronoklaa... orang tak nampak kita, tapi kita ada. huhuhuhu.. sapa yang jahat dengan amani, amani nak gigit telinga dia.. uisss... tak baik...

kekadang tu terfikir juga di fikiran, benda-benda ghaib ni, ada, tapi kita tak nampak. sebab tu orang cakap, sesuatu yang tidak nampak dengan mata kasar, jangan disangka tidak wujud. contohnya arus tenaga... kita tak nampak pun bagaimana arus elektrik mengalir. tapi kita dapat rasa dan nampak kuasanya.. contohnya macam kena renjatan elektrik. tadi amani terkena masa buat air untuk breakfast... tak nampak pun aliran, dan amani fikir, takda apa-apa kot, tiba-tiba.. zaaappp.. nah, padan muka sendiri, cabut lagi plug dengan tangan basah.. huhuhuhu

sering juga sesuatu itu tidak kelihatan bukan kerana tidak ada, tapi kita tak mampu nak melihatnya, contohnya kuman... hampaa dapat nampak tak virus selesema B**I...?? kalau nampak, memang mata hampaa dasat.. huhu... kita tak nampak dan kita tak dapat rasa kehadiran virus kan... tapi bila kita guna mikoroskop, kita dapat melihat virus atau bakteria tersebut... waktu tu terkejut seluruh dunia, mahkluk Allah yang halus, dan tak nampak tapi mampu memberi kesan besar pada semua... dasyat tak Allah...??? hebat kan...

terkadang tu terfikir, berapa ramai manusia yang mati disebabkan di baham harimau ?? dan berapa ramai yang mati disebabkan oleh kuman dan bakteria ??? sedar tak kita tentang hal ni ?? satu lagi contoh, macam angin, kita semua tak nampak angin, tapi kita dapat rasa kan... fuhhh. nyaman nya angin dalam bilik amani..huhuhu... tapi bila angin ni bertukar menjadi ribut taufan, kita tak nampak pun, tapi kesan nya sangat besar dalam kehidupan...

hebat ciptaan Allah... begitu juga dengan Allah. ada sesiapa pernah nampak Allah ?? mustahil..kecuali bila di akhirat kelak, dan penantian buat semua org Islam untuk melihat Allah.. kita tidak tahu Allah itu bagaiman dan macammana, dan tidak perlu kita fikirkan kerana ia tidak dapat dicapai dengan akal kita yang terbatas, cukup kita mengetahu sifat2 Allah dan namaNya sahaja. Walaupun kita tidak nampak Dia, tapi kita boleh melihat kehebatanNya mencipta mahluk-mahluk yang hebat.


kehebatan Allah tidak dapat kita jangkau oleh pancaindera manusia. sedangkan mahluk-mahlukNya pun sesetengahnya tidak kita dapat lihat, apatah lagi Allah Yang Maha Berkuasa. begitulah hebatnya Allah.. tidak kelihatan tetapi amat luas kuasa dan kekuatanNya...

kalau ada bukan orang Islam yang bertanya, mana tuhan kamu, kami tak nampak, ..cerita saja tentang virus, angin, dan nyawa.... nyawa yang kita tak tahu letakknya di mana, di kaki, tangan, perut atau di mana??? tak tahu kan, tapi kita tahu nyawa ada selagi kita bernafas... tanpa nyawa, kalau ada anggota pun tak guna, begitulah pentingnya nyawa .. begitu juga Allah..kita tak tahu dimana, tapi kita perlukan Dia untuk hidup dan beribadah kepada ALlah....Allah ada dimana-mana..


besok amani nak breakfast kat KFC sebab dapat kupon KFC a.m. .. harap-harap tak makan ayam kfc rasa kasut.. huhuhu

7 comments:

snow queen said...

:)..semoga diri ini tidak lalai dalam dunia yang seketika ini..:)

ejulz said...

gud info.. :)

nazirulhazwan~ said...

ciptaan Allah itu agung, tiada tandingan:))


cmne?ade rase kasut tak kt kfc tu??hehe

zulkoa said...

kepci?..bes2..

NzA said...

itulah jawapan yg tepat!!!!!

ibu nk ikut boleh???? ttp bila tringat ttg tapak kasut tu rasa geli gak ttp entah kt KFC mna la tu.....

Unknown said...

it's ok dear:) setel2 semua keje dulu k...moga dipermudahkan sgala urusan...jaga kesihatan taw..jgn bz2 xigt nk mkn..huhu..t sakit amar yg susah..hehe..

Alif Haris said...

kekuasaan Allah itu meluas , sgt meluas ^^
jadi setiap apa yg terjadi didunia ini melambangkan kekuasaanNya..

eh alif nk sikit KFC tuu hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...