Selaras dengan titah Yang Dipertua Agung dan pertemuan Bersih 2.0 dengan Baginda, Pemuda PAS Selangor menyeru pimpinan BN membenarkan perhimpunan Bersih 2.0 esok diadakan di Stadium Merdeka dalam keadaan aman dan terkawal.
Jika tidak, mereka akan dilihat sebagai melanggar titah Yang Dipertuan Agung bahkan memperkecilkan kebijaksanaan baginda dalam mengenadalikan isu perhimpunan Bersih kali ini.
Baru-baru ini, Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah agar rundingan dibuat antara pihak-pihak yang terbabit dengan perhimpunan ini. Baginda juga menerima mengadap tiga pemimpin utama Bersih 2.0.
Ekoran pertemuan itu, Bersih 2.0 memutuskan perhimpunan akan diadakan dalam Stadium Merdeka kerana sehari sebelum itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib berkata, pihaknya sedia memberikan kebenaran jika perhimpunan ini mahu diadakan di stadium.
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) hari ini kecewa dengan keengganan Perdana Menteri Najib membenarkan perhimpunan Bersih 2.0 diadakan di Stadium Merdeka.
Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar atas) berkata, Najib secara tidak langsung telah menunjukkan nilai-nilai yang tidak baik sebagai seorang pemimpin Islam.
Sedangkan katanya, semua rakyat tahu Najib sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan akan memberikan kebenaran kepada mana-mana pihak dari Pakatan Rakyat untuk berhimpun di stadium.
“Kini apabila pihak Sekretariat Bersih 2.0 bersetuju dengan perhimpunan di dalam stadium, pihak kerajaan pula yang berdolak-dalih dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah.
“Sepatutnya Perdana Menteri menunjukkan bahawa beliau seorang yang berjiwa besar dengan menunaikan janji yang telah diumumkan dan mengarahkan pengurusan StadiumMerdeka untuk menerima permohonan Sekretariat Bersih 2.0 untuk menggunakan stadium tersebut sebagai tempat perhimpunan,” kata beliau dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Beliau juga berkata, Hishammuddin tidak ada hak melabelkan Bersih 2.0 sebagai haram kerana Yang di-Pertuan Agong sendiri telah menerima pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenavesan untuk menghadap pihak istana.
“Adakah Hishamuddin berhajat untuk memperkecilkan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong dalam menilai usul pangkal isu-isu yang berlaku dalam negara ataupun beliau sememangnya berhajat untuk melakukan penderhakaan dengan menganggap Yang di-Pertuan Agong mengiktiraf sebuah gerakan yang haram dan boleh menjejaskan keamanan masyarakat?” soalnya.
Tambahnya, jika Hishammuddin benar-benar mendengar titah Yang di-Pertuan Agong, beliau harus menghentikan segala tekanan terhadap Bersih 2.0.
“Berdasarkan titah khas Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini, sepatutnya Hishamuddin mengambil tindakan segera untuk mengendurkan tekanan-tekanan yang telah dikenakan ke atas rakyat dengan melepaskan semua tahanan-tahanan yang telah ditangkap secara paksa, membenarkan perarakan himpunan aman dengan pemantauan pihak polis dan mengeluarkan permit himpunan,” katanya.
Justeru DPPNS berharap agar pimpinan BN khususnya Najib dan Hishammuddin dapat menunaikan janji untuk membenarkan perhimpunan Bersih 2.0 esok diadakan di Stadium Merdeka dalam keadaan aman dan terkawal.
“Sepatutnya Kerajaan Umno BN tidak lagi terus-terusan membohongi dan berdolak-dalih di dalam isu ini kerana ianya akan hanya menambah kebencian dan rasa amarah rakyat kepada mereka.
“Rakyat kini sudah sedar akan penipuan dan penyelewengan pemimpin Umno BN untuk memastikan kuasa mereka terus dipertahankan. Pilihanraya umum yang 13 akan datang rakyat pasti akan menghukum dan menumbangkan mereka daripada tampok kekuasaan negara,” katanya.
credit : my idols
suka baca entry solihin tentang BERSIH 2.0 : link
nak kemas rumah sampai BERSIH.... sebab tak dapat pergi himpunan tuuu
3 comments:
huhuh..jangan pergi..universiti tak bagi..huhu
awie bawah umur ah..xboleh terlibat dengan politik..haha btw, ayie pelik lh dengan mereka nie..aiishhhh, benarkan BERSIH..mcm menunjukkan mereka takot shje..hohoh
ok latu berhimpun secara aman..tapi sekarang jem gila, banyak jalan kena tutp..hahaha
Post a Comment