Friday, July 22, 2011

entry lepas balik program


assalamualaikum Rasulluah SAW

assalamualaikum kawan-kawan... baru balik dari program YaPeim di UPM semalam, hari ini baru dapat buat entry buat BICARA AMANI.. hehe.. syukur Alhamdullilah, semasa dalam program tu, amani dapat sedikit ilmu dan ingin amani kongsikan bersama-sama dengan semua. sebelum tu ada yang tanya Yapeim tu ape ??.. YaPEIM (klik untuk maklumat lanjut) stand for yayasan pembangunan ekonomi Islam malaysia. dan amani menyertai kelab SANTUN (klik laaa)(skim anugerah pelajar miskin/yatim yang cemrlang) yang dikendalikan dibawah yapeim ni... SANTUN ni di pilih oleh Jabatan Pelajaran Negeri berdasarkan kecemerlangan di dalam SPM.. dan setiap negeri akan dipilih seramai 2 orang, pelajar2 ini akan menerima sedikit sumbangan daripad Yapeim yang bernilai **** ribu untuk setahun selama 6 tahun, iaitu sampai kami semua habis degree... kebanyakkan peserta2 SANTUN ni belajar oversea, masa program tu dapat lah jumpa kawan2 semula yang balik cuti di Malaysia, ada study kat Poland, yarmouk, jordan, uk dan NZ, owhh austria pun ade juga... so, masa himpunan macam ni lah kami belia-belia negara ini akan berdiskusi dengan ketua-ketua pengarah kementerian untuk mendengar luahan hati kami, dan pada program kali ini, kami bertemu dengan Ketua pengarah Biro tatanegara, KPM dan KPT..... memang best, dan semua akan bercakap dengan idea realistik dan bombastik... seronok, sebab dapat menambahkan keyakinan untuk bercakap dengan orang yang berpengaruh dalam negara.. sepatutnya PM datang, tapi sebab ape tah, gi oversea ea ?? lama tak baca paper, so tak tahu...

okey.. itu sedikit sebanyak tentang program hari tu.. sebenarnya nak share sedikit tentang imu yang amani dapat dari rektor UITM Melaka Datuk Dr. Mizan bin Hitam(kalau nama salah sila betulkan amani) yang memberikan cetusan minda kepada kami. dalam banyak2 pengisian yang dia sampaikan, yang betul-betul amani hayati ialah

" pemimpin tidak lahir di dalam bilik-bilik kuliah, tetapi lahir di celah-celah masalah, cuba mencari jalan penyelesaian, berani keluar dari kumpulan rakan sebaya dan barulah diangkat oleh ummat"-Bapak Nasir

kata-kata ini betul-betul buat amani bersemangat. dalam satu slot diskusi kami dengan kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kemeterian Pelajaran Malaysia (KPM), ramai student-student dari oversea yang ambil perubatan kata, mereka tidak dapat bersaing dengan student lain sebab tak dapat nak sesuaikan diri kerana mereka dari sekolah rendah sampailah masuk Universiti belajar secara exam orented... memang isu yang panas untuk dibincangkan....tapi amani tak bersetuju dengan mereka, sistem pembelajaran malaysia ini dah okey dah, cuma pelajar kita yang tidak ada kesedaran untuk ambil peluang yang terhad untuk menonjolkan diri.. kat UK pun penilaian melalui peperiksaan...kita kan ada ko-kurikulum untuk melatih kita berdepan dengan masyarakat dan meningkatkan soft skill.. so itulah peluang pelajar untuk melatih diri... so tak jadi masalah kata student malaysia tak pandai nak berhadapan dan kurang communication skill, sedangkan masa sekolah dulu ada peluang untuk masuk debat, masuk persatuan yang macam-macam..

cuma pandangan amani ialah, di negara luar, student-student dia dibenarkan untuk argue dengan guru jika ada sesuatu yang tidak memuaskan hati kita, sebab tu lah mereka berani untuk sampaikan apa yang mereka inginkan secara terang-terangan.. tapi student kat Malaysia ni malu tak bertempat, suruh cakap tak nak cakap, pastu kat belakang mengumpat cakap cikgu itu ini..... sebab itulah takde kemhiran dan lemah IQ... itu pandangan amani lahh...


ohh seriusnyer amani punya entry kali ni.. apa pandangan korang tentang sistem pendidikan di Malaysia ni ?? kalau yang dah habis sekolah, cuba flash back balik zaman sekolah, dan apa yang korang tak suka dan inginkan perubahan ???

amani tengah bersedih ni, tapi cuba untuk gembirakan hati sendiri tanpa mengharapkan sesiapa lagi kecuali Allah SWT

bersyukurlah masih ada keluarga, yang boleh menyara dan memberikan semangat untuk kamu belajar bersungguh-sungguh.... dengan ilmu kamu boleh membalas apa yang telah mereka korbankan,.. tanya pada diri, apa yang kamu dah buat untuk balas jasa mereka ??

1 comment:

snow queen said...

hmm..selamat kembali ke umah 176...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...