assalamualaikum Rasullulah.. SAW..
assalamualaikum kawan-kawan... sudah bertemu dengan jodoh ?? atau masih tercari-cari ??? cari cepat-cepat, nanti rugi kalau kawin lambat-lambat... hehehehe.. tapi sebelum tu, amani nak share dengan kawan-kawan.. tips sebelum menerima cinta dari Si Dia..
UNTUK LELAKI...
1. jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata, kerana Hawa hari ini tidak lagi seperti dulu, lihatlah tapak tangannya andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik, fikirlah masak-masak untuk menyuntingnya. sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini,..
2. jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubah semata-mata, lihatlah pada bujur bibirnya, andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya, fikirlah semasaknya andai hati masih ingin menyuntingnya, khuatir kelak dia akan membawa fitnah buat si suami, menabur buruk diri si suami..
3. jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata lihatlah pada sepasang mata miliknya, andai tidak redup menunduk pandangan, fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya, khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.
UNTUK WANITA..
1. jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata, lihatlah pada aktiviti malamnya, andai liar hidupnya ketika malam menjelma, fikirlah sebaiknya andai mahu menerima, kerana maksiat itu lebih mudah tatkala malam sudah tiba. khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah.
2. jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata, lihatlah pada bahagian kakinya, andai lututnya ditayangkan tatkala lincah di padang bola, fikirkanlah sebaiknya andai masih mahu menerima kerana auratnya suami itu hanya layak dilihat oleh si isteri...
3. jangan dilihat pada tampan paras semata-mata, lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara, anadai dia mudah menghamburkan carutan dan sumpah seranah, fikirkanlah sebaiknya andai masih mahu memilihnya, khuatir apabila bersama kelak, kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan...
9 comments:
thnkx for the sharing ayie..nice entry incya-Allah jadi pedoman bersama2 and dpt di praktikkan..
thanks for da tips amani ^^
alif pn nk umpang gembira amani ngn cegu amar tu ~ hehe
penulis datang melawat, follow dan komen blog kamu...
;-)p
p/s :
yup semua tu betull
adakah itu kamu??
nice entry.. ;)
amin..entry yg bgs utk ingatan kita semua
betul tu.. zmn skrg tdk boleh hanya bergantung kpd pndgn luaran.. kna kenali jugak dalamannya..
dont judge a book by its cover..
semoga kita semua mendapat jodoh yang baik :)
Post a Comment