Wednesday, July 27, 2011

review -cubaan


assalamualaikum..

siapa tengok cerita cubaan di astro oasis.. ?? saya cikgu... (sambil angkat tangan sendiri).pandangan amani lah kan, cerita ni bagus lah sebabnya berlaku dalam keadaan realiti..... memang kena serbu dengan ustaz akhil hayy tanpa disangka-sangka...try lah tengok.... sekarang ni amani tengah tengok ustaz tanya doa qunut kat kebanyakkan orang ramai, macam-macam.....

alaaa..amani tak pandai lah nak review cerita, try baca sinopsis kat bawah ni...cuba lah tengok, banyak manfaat, daripada tengok kartun (panggg kena penampor dengan abang yg suka tengok kartun)..huhuhu


SINOPSIS CUBAAN (ASTRO OASIS)

Program Cubaan dilihat mampu memberi kesedaran kepada orang ramai kerana memaparkan situasi seharian yang kadang kala diabaikan oleh orang ramai.Cubaan dibuat dalam bentuk rakaman secara kamera tersembunyi.Sebagai contoh, satu situasi di mana pelakon daripada produksi Cubaan melakonkan watak seorang ibu yang sarat mengandung dan meminta bantuan orang ramai kerana kononnya sudah tiba saat untuk melahirkan bayi dalam kandungan.

Apa yang bakal terjadi dan apa reaksi orang ramai terhadap wanita berkenaan hanya ketahui jika anda menonton program ini.Apa yang anda saksikan, itulah realiti yang benar-benar terjadi dalam masyarakat kita hari ini. Sama ada mereka sanggup membantu orang yang tidak dikenali ataupun berpaling kerana enggan menolong.Penonton tidak perlu bersikap skeptikal apabila menonton program terbaru itu kerana ia menyelitkan mesej yang tersirat tentang sikap rakyat negara ini.

Bukan niat untuk mempersendakan mana-mana pihak tetapi apa yang dipaparkan dalam Cubaan bertujuan untuk membangkitkan kesedaran di kalangan masyarakat kita.Dengan adanya program terbaru itu nanti, sekurang-kurangnya penonton mendapat kesedaran untuk menjalani kehidupan sebagai insan yang berbudi

8 comments:

Wanie said...

selalu tengok kat iklan..
tapi tak pernah tengok..hehe

Raden said...

tak suke akhil hayy ...eeee

Kak Amy said...

akak same dengan raden , x tau la lepas kes dia gan wahida akak jadi kureng dengan dia..

Unknown said...

pernah tgk episode minggu lepas :)

Unknown said...

heheh..nak tengok jugak

belog|amiyo said...

macam2 lah rancangan astro.

eikasyaza said...

cite nie mmg best...tp kalo tukar pengacara lg best...hikhik...

Amanie Khairunnisa said...

best rancangan ni. tak kisah pun akhil hayy ni jd pengacara. best je saya rasa :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...