Saturday, July 2, 2011

my dream life...


assalamualaikum...

mentang -mentang lah nak tidur dah kan, nak dream-dream pula amani ni ek... huhuhuhu...
takpela, orang psikologi cakap, tanpa angan-angan dan impian, belum tentu kita dapat mencapai kejayaan. semuanya bermula dengan angan-angan dan impian, tapi jangan angan kosong, harus diikuti dengan usaha, dan doa....

diantara keinginan amani ialah....

ingin menjadi ahli psikologi yang berjaya,. amani nak selami hati dan jiwa ramai orang. nak tahu, kenapa perangai manusia pelbagai dan mengapa jadi begitu. tiada apa yang berlaku di dunia ini tanpa sebab... kan kan ?? ... insyaAllah, masih jauh perjalanan kearah itu, tapi diri ini sudah mula melangkah, doakan yang terbaik yer kawan-kawan. aminnn


second, bila dah berkerja, opkos lah kahwin, dan amani berharapkan lelaki masa depan amani adalah dia yang sentiasa di dalam doaku seharian... aminnn ya Allah, pertemukan dan panjangkan jodohku dengan dia yang mencintaiMu melebihi kasih dan cintanya kepadaku...


bila dah kahwin, mesti nak ada anak.. owhhh seronoknya ada anak yang soleh dan solehah. kerana itulah saham kita di dunia bila kita dijemput kelak. insyaAllah, ingin ku didik bersama dengan suami tercinta dengan penuh kasih sayang dan didikan agama. zaman sekarang ni ramai anak lupa jasa mak ayah, amani tak letakkan kesalahan pada mereka, mungkin silap ibu bapa. kerana didikan pertama adalah daripada keluarga..


Robert Louius stevenson - " jangan menilai setiap hari tanaman yang anda tuai, tapi renungkanlah benih yang anda semai dan bagaimana anda menjaganya selama benih itu tumbuh " - sangat mendalam makna bagi yang memahami

tadi masa naik kereta dengan lelaki masa hadapan, nampak kereta Alphard.. huhuhu.. Nice... tapi amani nak pakai Fortuner.. huhuhu.. smart kan... opkos warna putih. insyaAllah, semoga dapat memiliknya suatu hari nanti.



next adalah rumah impian..... amani suka rumah yang tinggi-tinggi sebenarnya, tapi bila dah bekeluarga nanti, tak sesuai lah kan.. so, amani pilih teres dua tingkat,.. yang penting mesti ada balkoni dan taman sikit. nanti boleh anak-anak main kat situ...

rumah macam ni jer amani nak.. nice..

p/s : keinginan dari dulu sampai sekarang, nak bawa ibu,dengan ayah...dan Ummi pergi haji atau Umrah... InsyaAllah, ingin sekali menjadi tetamu rumah Allah bersama keluarga tercinta...



10 comments:

whitecappuccino said...

May all your dreams come true amani...InsyaAllah.

Anonymous said...

Alangkah apa yang diidamkan menjadi realiti. Rumah tingkat ini satu sahaja masalahnya ialah bilik ditingkat atas semasa sehat tidak apalah boleh gagah panjat tangga tapi kalau dah beranak dan tua merana nak naik tangga.

Unknown said...

semoga awien dpt apa yg awien impikan..incya-Allah semuanyer akan dipermudahkan oleh Allah...

misSbLurRy said...

kekadang apa yang dirancang tak menjadi dengan sebaik nya....

tapi bila usaha dan usaha, yang dirancang ada depan mata walaupun tak sempurna mana....

that what we call INDAH...

indahnya dunia ini..:)

azwa amani said...

terima kasih kawan2 yg mendoakan kejayaan, semoga kita semua dapat capai apa yang kita impikan dalam kehidupan

Unknown said...

wah,besarnya kete dia:)

azwa amani said...

tu lah nana... org nyer kecik jerr... hehehe.. takpe, cik abe ade dah kete gini...

Nik said...

InsyaAllah..moga impian akan jadi kenyataan :)

Alif Haris said...

semoga mnjadi kenyataan ya amani :)

azwa amani said...

terima kasih semua yg mendoakan... semoga impian kamu semua juga menjadi kenyataan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...