di dalam meneruskan kehidupan dalam dunia sebagai remaja, tidak pernah seseorang manusia terlepas daripada diduga cinta daripada sang arjuna. namun, kebijaksanaan itulah yang memandu diri dan jiwa dalam menghadapinya....mengikut syariat agama atau sebaliknya ???? bagi diriku, yang kucari bukanlah yang memiliki wajah setampan Yusuf A.S, juga bukan harta seluas Sulaiman A.S atau kekuasaan seluas kerajaan Muhammad SAW, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat diriku terpikat...namun...
yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera agama..
yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata..
yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati
yang diharap bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat
yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam
yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia
dan yang akan terjadi, andai tak sama dengan kehendak hati, InsyaAllahku redha dengan ketetpan Ilahi
andainya kaulah jodohku yang tertulis di lauh mahfuz, Allah pasti akan menanam rasa kasih dalam hatiku dan hatimu. itu janji Allah
"cintailah seseorang kerana kekurangannya, kerana suatu saat nanti kamu akan bahagia dengan kelebihannya..dan jangan pernah mencintai seseorang dengan kelebihannya, kerana suatu saat nanti kamu akan kecewa ketika kamu tahu kekuranganya"
11 comments:
terima seadanya
suke la entry nie.. mmg kena trima psangan kite seaadanya walupn byk kekurangn. no one perfect. huhu..
ciknabila: betul tu, no one perfect..kekurangan pasagan tu, kita ygt akan sempurnakan..
terima jodoh n ketentuan Allah dgn penuh kesyukuran...setiap manusia ada kelebihan n kekurangannya....InsyaAllah, hidup akn bahagia.
yup2 .. betul2 .. terima seadanya ..
terima kelemahan die ..:)
suka sgt quote tu.. nnt nk copy letak kt status fb boleh kan.. hehe..
sz : sila-sila..jangan malu2...
nice quote
fikir2 betul juga
:-)
salam, hm.. berdebar ati ni baca entry ni. sb xlayak lg nk dpt isteri solehah kerana dri ni blum soleh.. jd same2 la kite berubah.. amboi, byk btl entry..
Harus terima seadanya , seperti mana dia menerima kita seadanya..
terima kasih kak Amy... :)
Post a Comment