Saturday, July 2, 2011

jom jadi ikan di laut..


assalamualaikum rasulullah ...

assalamualaikum semua... hari sabtu yang indah. banyak perancangan yang amani nak buat hari ini. nak siapkan assingment, nak siapkan buku yang Dr. Suppiah suruh buat, nak kemas rumah, mop rumah, basuh baju, buat itu buat ini.. owhhh.. tersentak !!, kerja kita ni tak pernah nak habis. siap satu kerja, kerja lain yang datang. terfikir..berapa lama pula amani habiskan masa dengan dunia, dan menghabiskan masa untuk akhirat ?? semoga amalan ku sehari-hari sentiasa mengingatkanku dengan Tuhan.. Aminn..

okeyy, berbalik semua pada tajuk entry amani yang nak jadi ikan di laut. orang lain semua nak jadi macam Lady Gagap, nak jadi Justin Bibir, nak jadi fofular macam artis tu.. ermm mungkin bukan seperti kamu yang membaca entry ini kan.. kamu nak jadi yang soleh dan solehah kan kan ?? nak tak ikut amani jadi macan ikan ?? alaaaa.. jom laaa... best wow... dapat merentas lautan dalam, tak lemas pun.. best tak.. best kan.. jom... (budak kecik berimaginasi tinggi, macam tu lah jadinya)

pernah tak kita makan ikan tu daging dia masin ??? memang lah masin, kamu makan ikan masin.. ni ikan yang biasa tu, yang jadinya masin lepas ditangkapkan.. pernah tak terlintas di hati dan fikiran kita, laut tu masin, tapi kenapa tak mampu nak masinkan ikan???

sebab tu lah amani nak jadi macam ikan di laut. prinsipnya sangat hebat. ada orang cakap, masuk kandang kambing, mbekkkk, masuk kandang harimau, aummmm... bila kita masuk ke dalam sebuah masyarakat yang berbeza budaya, kita harus jadi seperti mereka. tapi macam mana kalau orang tu mengamalkan budaya cola-colonization macam omputih tu.. hampaa nak ikut juga ke?


ada masanya kita jadilah seperti kambing dan harimau tu, sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling, tapi bila dengan menyesuaikan diri itu boleh merapuhkan iman, boleh mengugat akidah kita, waktu itu, jadilah seperti ikan yang tak akan masin walau tinggal di dalam laut yang masin.. jadilah manusia yang fleksibel, baru orang mudah terima kita. macam tagline solihin zubir,(klik laaa) ada masa kita melawak, ada masa kita serius. hehehe.. promote ni.. best belog dia, macam-macam info dia sharing.. ok titik, bye..salam

p/s : nak jadi little mermaid... comellllllll.. :) cikgu Ammar nak makan KFC sebab nak dapatkan cover laptop transformer.. tak kira, nak juga.. nak juga... :P


9 comments:

ieda said...

alangkah nikmatnya .. :) semua hidupan ciptaan allah banyak kelebihannya .. mcm kita manusia :)

nur said...

comel ikan nemo tu

Fyqa said...

bagus entry awk.. :)

niena shopping2u said...

indah ciptaan Allah ni :D

http://www.my-shopping2u.com/2011/07/agungnya-ciptaanmu.html

BeeWhiteRoses said...

nice entry^^

Solihin Zubir said...

jgn melawak di tempat yg serius.. dan jgn serius di tempat melawak.. hehehe..

makaseh promot..
smoga ilmu2 yg dikongsi dpt memberi manfaat pd semua..

Cik Jannah said...

buat assignment2..heh

NzA said...

perancangan masa penting utk kita...InsyAllah apa yg kita lakukan terancang dgn teratur.....

sesuaikan diri mengikut situasi ttp bukan mengikut perkara2 yg negetif....

fatin hanani said...

wah...sangat berkias ayat2 entry ni :)
meanrik sgt...
betul juga kan apa yang dikatakan..xpernah terfkir pun sblm ni..kdg2 peribahasa ni x menjadi juga hee :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...