Friday, July 1, 2011

jom kenal MAHABBAH FILLAH ??


Assalamualaikum .... semangat nak update entry hari ini.. balik kelas 3 jam tadi terus amani bukak laptop nak update blog.... nak update tentang CINTA... wow !! awesome... semua suka tentang cintakan... jadinya amani nak share tentang perasaan yang indah ni..

cinta itu indah. ia sesuatu yang besar datang daripada Allah Yang maha Besar. Kalimah HUB (CINTA) kerap di ulang sebut di dalam Al-quran. dan Maha Suci Allah daripada memasukkan sesuatu yang remeh di dalam kitabnya yang maha besar. oleh sebab itulah sejak dulu hingga kini, manusia terus menerus memburu cinta.

dari dulu sampai sekarang, bila di tanya apa itu cinta. macam-macam definisi diberikan bagi mengambarkan tafsiran.. senang kata, orang yang pernah mengalaminya sahaja yang dapat merasakannya. sampai ada orang berkata, sesiapa yang tidak pernah merasakan cinta, berkuranglah kebahagiaan dalam hidupnya di dunia ini. syair Arab juga mengatakan bahawa sesiapa yang tidak mengenal cinta maka dia tidak akan mengenali keajaiban dunia..

bagi amani.. cinta itu memang indah sebab ia datang daripada Allah Yang Maha Indah. tiada ciptaan yang buruk di sisi Allah. jika kita sudah mencintai ciptaan Allah yang indah itu pun sudah nikmat, apalagi kalau kita berjaya mencintai Penciptanya keindahan itu sendiri, maka sudah tentu nikmatnya lebih berganda.

kita juga manusia yang fitrahnya ingin di cintai.. amani juga merasakan indahnya perasaan itu.. (ya..saya sedang jatuh cinta pada ciptaannya.. hehee..gedikks nyerr..) tapi kena ingat, CINTAI ALLAH LEBIH DARIPADA SEGALA-GALANYA. dengan itu, kita akan sanggup untuk mengorbankan apa sahaja demi cinta kepada Allah. ia rela bercinta dengan sesiapa dan apa-apa sahaja, jika cinta itu kerana dan untuk Allah. dan ia rela berpisah dan bermusuh dengan sesiapa sahaja yang menghalang cintanya kepada Allah. Dia juga rela bersaudara dengan sesiapa sahaja kerana cinta Allah..

oleh itu, kita timbal balik semua hati kita ini, mencintai seseorang adakah kerana nafsu atau tidak?? adakah dengan mencintai seseorang itu membuatkan kita jauh atau bertambah dekat hati dengan Allah. ??? renung-renungkan dan jom beramal.. :)


p/s : jom bercinta bersama dengan amani .. cintakan buku, cintakan ilmu, cintakan alam..macam kelab pencinta alam pula.. segalanya bermula dengan CINTA..

5 comments:

♥ Cik Nur Elyana ♥ said...

Salam.. Leh tnya x? Cam mana buat yang box pink tue ea.?? kat lem entry post nie

NzA said...

sharing is caring...

CintaZulaikha said...

cinta pada Allah juga yg segala2nya..

Hans Hanis said...

sekarang ramai bercinta kerana nafsu berbanding kerana Allah
kan?

Himpunan Kata - Kata Hikmah Hans Hanis

kurus said...

setuju .. insyaallah rasa kecintaan itu kekal abadi selamanya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...