Thursday, July 28, 2011

apa khabar IMAN sekarang ??


Assalamualaikum pembaca BICARA AMANI.. alhamdullilah masih boleh membuka mata untuk menyebarkan ilmu Allah... apa khabar IMAN hari ni ? semoga lebih baik daripada semalam, sebabnya iman ni mudah turun dan naik. harapnya amani dan juga semua pembaca berusaha untuk terus meningkatkan iman di hati.. insyaAllah..

IMAN : Assalamualaikum...

DIRI : Waalaikumsalam. oh encik Iman! saya rasa dah dua tiga minggu kamu tak datang ke pejabat. cuti ke ???

IMAN : apa pulak cuti bos. saya kan diberikan cuti

DIRI : oh ye, lupa. itu la, saya ingatkan segala urusan akan lebih terurus dan keuntungan syarikat bertambah lepas ambil En. Nafsu bekerja. tapi jadi kelam kabut pulak. lepas terdengar ustaz kat TV haritu, saya teringatkan kamu

IMAN : jadi saya boleh kembali bekerjalah bos ? saya boleh ambil balik jawatan dari en. Nafsu

DIRI : eh tak boleh3x. saya sayang sangat nak pecat en. Nafsu. walaupun saya terpaksa bayar tinggi, tapi dia berjaya menghiburkan saya (sambil tersengih)

IMAN : kalau macam tu, lebih baik saya berundur (dengan nada yang sangat sedih)

DIRI : eh jangan, tolonglah saya. saya tak boleh kehilangan kamu (sambil merayu)

IMAN : tapi bos,kami tak mungkin boleh bersama dalam satu syarikat. perbezaan antara kami sangat besar. saya tengok En. Nafsu tu macam anti sangat je dengan saya.

DIRI : aduh, rasa serba salah pulak saya (keliru)

IMAN : macam ni lah bos, bos pilih satu je. bos perlu bermujahadah untuk pecat en. Nafsu, bos.

DIRI : saya tahu, jauh dalam lubuk hati saya, saya amat memerlukan kamu en. Iman. rasa iri hati saya tengok syarikat sebelah ustaz. mereka boleh maju sebab ada orang macam kamu. baiklah saya kena pecat en. Nafsu, tak kiralah apa yang berlaku en.Iman. saya mahu tubuhkan semula jabatan solat, puasa, zikir, al0quran dan apa-apa yang patut.

IMAN : alhamdullilah, syukur sangat. nampaknya bos dah buat keputusan yang bijak lagi bernas. saya akan teruskan prestasi cemerlang ini, saya yakin bos akan dinaikkan pangkat oleh CEO (ALLAH SWT) sebagai muttaqin


kitalah bos kepada diri sendiri. dan kitalah yang menguruskan semua tentang diri, makan,minum, pakaian, pelajaran dan pekerjaan. apa yang penting adalah bagaimana kita menguruskan iman (macam planner). oleh itu, lakukanlah keputusan terbaik dan pilihlah agenda dan aktiviti yang dapat menyuburkan iman. malahan, jangan sesekali ditendang keluar amalan soleh dan jangan melambai-lambai palit dosa ke dalam diri.

amani lambat sikit ke blog kawan-kawann yer, sebabnya amani nak tolong kakak amani siapkan soalan untuk exam akhir tahun...hari ni dia MC tak pi sekolah pun... okey...bye..assalamualaikum

3 comments:

Unknown said...

nice sharing awien.. teringt somthing lakkan..ya Allah harap2 iman lebih berkuasa dripada nafsu dlm diri ayie ni..

Kak Amy said...

nice sharing dear..thanks

fRaMe+LenSeS said...

ini terbaek Amani. nadh suka sgt.. seyes. !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...