Friday, July 29, 2011

keistimewaan RAMADHAN Al-Mubarak


assalamualaikum kawan-kawan. selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga Baginda dan para sahabat.... lagi berapa hari jer kita nak memasuki bulan Ramdhan Al-Mubarak yang penuh dengan keberkatan... so...jom kita study sikit-sikit keistimewaan bulan Islam ni, dapatlah kita grab peluang yang ada untuk membuat amal ibadah kepada Allah...kalau tak kenal apa yang istimewanya, susah bagi kita nak menjiwainya...betul ke tidak (stail macam Datin wanabe)..hehee..Allahumma Balighna Ramadhan


hadis Rasullulah SAW diriwayatkan oleh Al-tarmizi daripada Abu Hurairah r.a bersabda yg bermaksud

"ketika tibanya malam pertama dari bulan Ramadhan, seluruh syitan akan dibelenggu dan seluruh jin yang derhaka akan diikat. semua pintu neraka akan ditutup dan tidak ada suatu pun pintu yang dibuka. semua pintu syurga dibuka hingga tidak ada satu pintu pun yang ditutup. diseru " wahai orang-orang yang mencari kebaikan !datang kesini! wahai orang yang mencari keburukan !jauhkanlah dirimu. Allah membebaskan ramai manusia daripada api neraka. perkara tersebut berlaku setiap malam "

sabda Rasulullah lagi

"telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah telah mewajibkan di dalamnya puasa. pada bulan itu, Allah membuka pintu-pintu langit, menutup pintu-pintu neraka dan membelenggu segala syaitan. di dalamnya, Allah memiliki satu malam yang lebih baik daripada seribu malam. sesiapa yang diharamkan kebaikan malam itu, maka dia sememangnya telah diharamkan (daripada kebaikan)-riwayat Al-Nasa'i dan Al-Baihaqi daripada Abu Hurairah r.a

KEISTIMEWAAN RAMADHAN

1. orang-orang yang berpuasa di bulan ramadhan itu secara iman, dan dengan perasaan kerana perintah Allah semata-mata maka akan diampuni Allah SWT dosanya yang telah lalu

2. pada bulan Ramadhan itulah mula-mula turunya Al-Quran sebagai firman Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah ayat 185

3. dalam bulan Ramadhan itu terbukalah pintu-pintu syurga, dan terkuncilah pintu-pintu neraka, bahkan syaitan dan iblis dibelengu ketika itu.

4.puasa bulan ramadhan itu diistimewakan oleh Allah SWT, untuk Allah sendiri dan Dia sendiri yang akan menentukan ganjaran. (setiap pahala akan digandakan 10-700 kali ganda)

5. di dalam bulan ramadhan akan berlakunya Lailatul Qadar yang mempunyai kelebihan pahala amalan kebajikan mendapat ganjaran seperti ibadah seribu bukan. Antara kelebihan yang utama ialah ia mengandakan pahala ibadah. diawal ramadhan adalah kerahmatan, dipertengah Ramdahan keampunan dan diakhirnya dijanjikan terlepas daripada neraka. seperti firman Allah dalam surah Al-Qadar ayat 1-5

6. orang-orang yang berpuasa pada bulan ramadhan disediakan tempatnya di syurga suatu tempat yang istimewa, pintunya bernama "rayyan".


Ramadhan bakal tiba, dan mungkin ini yang terakhir kalinya buat diriku..
jom tingkat amal dalam bulan ramadhan... syaitan sudah tiada, jika masih lagi hati berbuat dosa, itu kerana nafsu di dalam dada,,

5 comments:

Unknown said...

terima kaish atas perkongsian ini awien..selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak..walopon xdpt buka pose same2 incya-Allah ad mse nty kte wat gathering yer..hehe

kurus said...

thanx for the remembering dik .. sgt2 suke .. x sabar nak menanti kedatangan bulan mulia ini .. :)

selipar buruk said...

selamat berpuasa =)

Myra Jay said...

Salam Ramadhan Al-Mubarak..

Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu makna buat kita semua..

Sama2 lah kita mengejar ganjaran pahal :)

Muslimin Ibnu Hassan said...

Semoga kita semua dpt menigkatkan keimanan kita pd bulan ramadan dan bulan yg akan dtg.. dh tiba mase untuk pecutan terakhir tkt xjmpe dh tahun dpn. Allahumma balighna ramadan ya Allah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...