Saturday, July 16, 2011

bila bersendiri..

assalamualaikum...

pernah rasa sunyi tak ?? pernah rasa macam takde siapa-siapa untuk mendengar apa yang ingin kita cakapkan tak ?? atau pernah tak rasa macma nak menangis sebab duduk di rumah sorang - sorang ?? amani pernah rasa, dan amani selalu rasa kesunyian walau dalam keramaian orang. tapi amani sedar, yang manusia selalu tinggalkan kita, samada tinggal untuk sementara atau untuk selamanya, tapi Allah sedetik pun tak pernah tinggalkan kita. terfikir juga, bila kita ingin seseorang untuk mendengar segala rasa hati, time tu lah takde, dan mungkin pada ketika itulah waku kita untuk bersama Allah.... dalam kesunyian dan keseorangan ni, amani selalu katakan pada hati sendiri..

Allah itu ada dimana-mana dan bila bila masa... Allah mendengar walau kita tak bersuara, dan Allah melihat walau dalam gelap gelita. jangan pernah rasa sunyi kerana Allah sentiasa dalam hati.


bila bersendirian

jangan rasa kesepian

walau tanpa teman

kita tetap diperhatikan


dalam gelap atau terang

ada mata yang sentiasa jaga

melihat perlakuan dan rasa

mencatat dosa atau pahala


bila bersendirian

jangan katakan 'aku sunyi'

sebaliknya bisikkan dalam hati

pada diriku sentiasa ada Pemerhati


bila bersendirian

teruji keikhlasan

tanpa kejian atau pujian

apakah terus ada kesetiaan

berfikir dan berzikir

dengn tulus kesunyian.


sesungguhnya aku hamba yang banyak berdosa kerana tidak bersyukur dengan apa yang ada. mujur dosa itu tidak berbau, jika tidak.... tiada siapa yang ingin mendekatiku..


5 comments:

ewanthology said...

Dia sentiasa ada...

sentiasa menemani hamba-Nya

Alif Haris said...

Allah sntiasa ada menemani kita :)

snow queen said...

nice post...:)
kadang kala kesunyian dan kesepian itu perlu dalam kehidupan..ehheheh

Muslimin Ibnu Hassan said...

salam, dlm surah Ar Radh ayat 10 Allah berfirman, bagi Allah sama sahaja siapa yg merahsiakan percakapannya atau berterus terang, siapa yg bersembunyi pada waktu malam dan berjalan pada waktu sinang, Allah maha mengetahui semua urusan kita. patutkah kita berkata sunyi sdgkan Allah sentiasa ada dgn kita.. jadi sbagai hmba yg baik, xde prasaan sunyi bg mereka krana sntiasa ade Yang Maha Memerhati..

azwa amani said...

cikgu Ammar : terima kasih sayangku..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...