assalamualaikum Rasulluallah SAW...
assalamualaikum semua dan salam pagi jumaat. Jumaat adalah penghulu segala hari. sunat kita memotong kuku dan memakai wangi-wangian. so, jangan lupa ambil peluang itu untuk mendapat ganjaran pahala daripada Dia Yang Berkuasa...
sebenarnya, entry amani kali ini bukan nak bercerita dengan hari Jumaat, tapi amani nak cerita sedikit tentang apa yang amani perhatikan pada diri individu Islam. ya, amani percaya bukan kesemuanya daripada kita sebegitu, tapi apa yang amani lihat, fenomena ini semakin menjadi-jadi. sedih sangat.....
kelmarin, sahabat amani ada tunjukkan FB budak sekolah menengah ni... cantik, pakai tudung semua, tapi bila buka satu album ni, amani terkejut sangat.... dia letak gambar dia dalam keadaan pakai singlet yang nampak dada... pakai short pants. kat komen dia, ramai sangat yang komen cakap dia seksi, seksa, dan kebanyakkan komen tu daripada lelaki...
lepas tu ada pula album dia pakai tudung, sempurna auratnya ditutup. dan ada album keluarga dia. ada ayah, ada mak, ada abang, ada kakak, adik beradik semua ada... terfikir di fikiran amani, tahukah emak dan ayah tentang perlakuan Si Anak yang menayangkan gambar-gambar separa bogel dalam Fb untuk menjadi tontonan ramai ??? Apa pandangan orang bukan Islam terhadap agama Islam bila melihat penganut agama mulia ini boleh kejap open kejap tutup aurat....
wahai saudara-saudaraku sekalian,.. tak salah nak bermain FB, sebab amani tahu, media dan internet ini sifatnya neutral. tidak membawa positif atau negatif, tetapi pengguna seharusnya bijak memandu diri menggunakan media sebagai medium dakwah dan mengeratkan silaturahim... tak salah nak letak gambar, tapi fikir dulu.. Islam adalah jalan hidup. kita sudah ada landasan untuk setiap perbuatan. Allah sudah tetapkan apa yang boleh kita lakukan dan apa yang tidak boleh... kawallah nafsu dengan iman, dan jangan biarkan nafsu mengawal diri..
amani sekadar mengingatkan diri sendiri dan kawan-kawan... cuma sedikit terkilan dengan sebilangan daripada saudara kita yang lupa apa itu agama... semoga diberikan hidayah dan petunjuk daripada Allah..aminnn...
syukur Alhamdulillah, insan yang amani rindu sangat-sangat tu hantar mesej pada amani malam tadi.semoga dalam kejauhan ini, dia dalam kedaan yang baik sentiasa.... semoga tautan hati dengan nama Allah akan kekal selama-lamanya.. Aminnn.. rindu itu menyeksakan..huuh :)
8 comments:
erm..tu la.. pelik2 sekarang..
WOW..also nice entry...sharing is caring...
internet dan media selalu memainkan peranan .. remaja skrg dah banyak yg lupa tentang agama .. yg memakai tudung sekadar satu perhiasan bukan lagi kewajipan .. alangkah sedih sebenarnya ..
minta dijauhkan anak2 akak dari segala anasir2 yg x sihat ini .. aminnnn
terima kasih di atas pringatan....:)
hhaaaiiii...ada pic yg bertudg ada yg separa bogel...dah jd mcm trend plak
banyak dah macam tuh..terpikir jugak..tao ke ta parents dyorg pasal gmbar2 tuh..ermm..
Skrg mcm2 dah berlaku .. tayang sane tayang sini.. kemanakha harga diri mereka .. huhu
semoag pintu hatinya terbuka untuk menerima hidayah Allah..
remaja skang ni tunjuk 'kecantikan' dalam FB la kan..huhu
mungkin nak ramai komen2 die cantik kot..
Post a Comment