Sunday, July 3, 2011

nampak biasa, tapi pelik sebenarnya...


assalamualaikum Rasulullah SAW....

assalamualaikum semua, hari ahad yang mendung, semendung perasaan amani hari ini. sesungguhnya berpisah walau sementara tu menyakitkan. tapi bukan itu yang amani nak story the moly di sini, tapi tentang pokok. tak kisah lah pokok apa kan, pokok cili, pokok pisang, pokok durian, pokok bunga, pokok tak berbunga, pokok berbatang keras dan lembut, semua ada lah... tak kisah la kan, janji bila dia tumbuh, digelarkan pokok...

sebenarnya, banyak perkara yang kita boleh belajar daripada alam ni tauu, tapi samada kita perasaan tentang ilmu itu ataupun tidak. dan bila kita dah tahu tentang sesuatu ilmu, wajib untuk kita sebarkan pada semua.. okey, pernah tak tengok ayah ke mak ke atuk ke even tukang kebun kat tempat kita belajar dan bekerja sedang tanam pokok ?? walau ada yang tak pernah tengok, tapi mesti kita tahu macam mana nak tanam pokok kan ?? jangan cakap korang tak tahu ea ... kalau tak tu memang jenis suka ponteng sekolah lah tuu.. huhuhu

kalau nak tanam pokok, sumber utama yang kita perlukan ialah pertama, anak benih tu memang lah kena ada, tapi ramuannya, tanah, air, udara, cahaya hah.. tu jer kan yang paling penting untuk pokok berhipotesis.. eahh silap, berfotosintesis..... tapi yang peliknya, walaupun menggunakan ramuan yang sama, tetapi kenapa buah yang kita tanam tu, rasanya tetap sama, (macam pelik pula statement ni kan) sebagai contoh, tanam pokok jambu dan durian sebelah-sebelah... guna ramuan yang sama, tapi rasa jambu tetap jambu, dan rasa durian tetap macam durian,.. sedangkan bahan buat nya sama jerr..... disitulah kuasa Allah...


dan cuba kita lihat kebolehan manusia, 2 orang chef yang terkemuka, seorang chef one, seorang chef two, dibekalkan ayam yang sama saiznya, dan dibekalkan bahan ramuan yang sama dan diletakkan bersebelahan ketika memasak, bila masa dah tamat, kita nilai rasa dan rupanya. mesti tak sama kan???? caya lah cakap amani... boleh jadi bentuknya sama, tapi rasa dan tekstur dia mesti tak sama. kalau sama pun, mesti ada lain sikit...... betul tak??? padahal guna ramuan yang sama....

di situ, akal manusia dan kebijaksanaan Allah Yang Maha Bijak dan Berkuasa tak dapat ditandingi... ciptaan Allah dan ciptaan manusia jauh sungguh bezanya, sebab tu lah kita ni, jangan dok takbur, riak, ujub sangat dengan kepandaian dan kehebatan kita dalam melakukan dan mereka sesuatu benda, jauh lebih hebat Dia Yang Mencipta...


amani jumpa gambar ni kat kedai gambar pakcik google... Allahu Rabbi... kuasa Allah menjadikan sesuatu yang tak terlintas di fikiran kita... manusia pokok..

rasa nak tanam pokok pula, tapi takde tanah.... huhuhuhu...
cikgu Ammar baru berangkat balik ke rumah... sedihnya, konvo tahun depan baru jumpa.. korang faham tak entry amani ni??? ke bahasa tinggi sangat and susah nak faham ???? hehe

10 comments:

wan or sean said...

hebat allah

fRaMe+LenSeS said...

alam yang ALLAH jadikan bukan "kosong". tiap satu punya sebab dan musababnya untuk kita lihat dan perhatikan. hilang satu, hilang juga kita, macam contoh pokok, kita tak jaga, abeh suma kita potong, satu hari nanti macam na kita nak dapat bekalan oksigen? ALLAH syg kita.. :)

belog amiyo said...

tiada yang pelik dengan kekuasaan Allah.

azwa amani said...

belog amiyo : memang lah tiada yang pelik dengn kekuasaaan Allah, Allah boleh buat apa sahaja yang dimahuNya.. maskud amani di sini, sesuatu yang tak dijangkau degan akal fikiran manusia, itu hebatknya Allah.., bertapa Maha Bijaksana meelakukan sesuatu tanpa ada yang boleh menandinginya.. :)

sifu im said...

pelik dan aneh..tapi manusia tidak mmpu lakukan

NzA said...

itulh kuasa Allah....

CintaZulaikha said...

tanam ja dlm pasu bunga..mmg seronok klu dpt menanam nih, boley tgk kuasa Tuhan yg ada pada pembesaran tanaman tuh..humm~`:)

BeeWhiteRoses said...

SubhanAllah! Tak pernah lagi tengok manusia pokok ni..huhu

alif haris said...

Allah Maha berkuasa :)

tiada yg mustahil dgn kekuasaan Allah

azwa amani said...

betul tu kawan-kawan.. Allah Maha besar :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...