Monday, November 22, 2010

jom kenal peribadi..jawab test ni

Ianya bukan sembarangan soalan kerana daripada jawapan yang diberikan, anda dapat mengetahui sebab mengapa seseorang itu memilih pasangan mereka. Walaupun ia cuma ramalan psikologi, namun ada juga kebenarannya.
Nak tahu apa soalan tersebut? Baik, saya kongsikan dengan anda. Soalannya berbunyi begini.
Ada 5 perkara berlaku serentak.

1. Air mendidih kat dapur.
2. Air paip melimpah kat bilik air.
3. Bayi menangis.
4. Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu.

Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan ’settle’ kan terlebih dahulu?
Anda dikehendaki untuk susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan.
Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan.
Susunlah ikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu.
Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang.
Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda.
Fikir…Fikir…
Fikir…
Fikir…
Fikir…

OK, dah habis fikir dan buat keputusan?
Nak tahu apakah fakta terselindung disebalik jawapan yang anda berikan?
Baik, mari kita semak jawapan anda…


=
=

=

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=

• Kalau anda memilih untuk menutup air medidih : menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan ’si dia’ untuk membimbing anda.

• Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air : menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan hart
a.

• Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis : menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.

• Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yan
g sedang berbunyi : menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.

• Kalau anda memilih untuk membuka pintu : menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.

Haaa macammana dengan keputusan anda? Bagus?
Anda boleh bertanya soalan ini kepada rakan-rakan anda untuk mengetahui apakah perkara-perkara yang mereka utamakan dalam memilih pasangan hidup.

p/s : share lah jawapan korang dengan ana...huhuhu..ana opkoslah pilih baby nangis...coz i love baby veryyyy muchhhh.. :)


alalala...cian die yerr...


adesss...takutnyerrr...nie ana yang nangis kalau tgok..

8 comments:

Nazifa M.Zali said...

saya seorang yg mementingkan kasih sayang.ehee

azwa amani said...

bulan :..ececeh...samelah kiter..huhuhu

Anonymous said...

1 3 2 5 4
air mendidih dulu sebab kalau kering boleh meletup cerek, pastu berlari amik baby takut2 tercekik ke ape, pastu berlari tutup air. Kalau x cek air mendidih karang i dgn baby innalillah plak. hehe. bkk pintu dulu sebab telefon pasti akan berbunyi lagi (biasanya).

Nieza Micha said...

air mendidih dulu la... bahaye lau biar lame2... untuk keselamatan, settlekan air mendidih dulu.. then tgk baby... hehe!~^_^

azwa amani said...

mus n nieza : oohh..bgus korg nie..mementingkan keshtan...kiter pilih baby sebb selalunyer cerek umeh kiter akan tutup sendiri biler dah masak...heheheh..,.:)

Unknown said...

kta pun pilih yg 1st:) safety 1st!..pas tu bru ngk baby:)nak pujuk bby tuh take time cket..hehe..xpasal2 rentung t bia air m'didih..huhu

azwa amani said...

nankimie : bgus2,..:)..thnks jawab yer

Unknown said...

13542 aku betul2 x kesah tentang nombor 2 tu..air melimpah je pon..so aku x pandang kekayaan seseorang hahha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...