Kelebihan surah Yasin
RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin kerana ia
mengandungi keberkatan", yaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati
al- Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah enuliskan
pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah
Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat maut.
Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika
mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca
Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya.
Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam
kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat
pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua
Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan
dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan
membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan
ini, dia adalah orang-orang yang munafik.
p/s : ilmu tanpa amal, adalah sia-sia…jadikan amalan dalam seharian…hidup berpandukan sunahh dan Al-quran..
Ayat 9
Untuk keselamatan diri
Ayat 12
Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat
ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ayat 13 - 35
Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Ayat 22 - 23
Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.
Ayat 29
Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan
kejahatan mulut.
Ayat 30
Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t.
(harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).
Ayat 32
Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t. Kita umat
Muhammad Kita orang Islam
Ayat 33 - 35
Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam.
Tanaman akan subur
Ayat 36
Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan
berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang
belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi
sebelum keluar rumah.
Ayat 37
Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri. Hati yang kering
akan hidup semula.
Ayat 38
Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t.
yang satu.
Ayat 39
Mengisahkan ilmu falak.
Ayat 40
Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 41
Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok di baca sewaktu menaiki
kenderaan.
Ayat 44
Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Di baca untuk dijauhkan
fitnah dalam hidup.
Ayat 45 - 48
Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
Ayat 49
Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan 1 - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan 11 - Hancur
Tiupan 111 - Semua orang hadir dipadang Mahsyar.
Ayat 50
Setiap orang akan dihisap mengikut amalannya.
Ayat 76
Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang.
Dijadikan amalan. Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang
dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: 78.
"dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang
padahal telah hancur? 79. Katakanlah, Yang akan menghidupkannya
ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui
tentang segala makhluk."
Ayat 82
Untuk Hajat
p/s : beruntunglah bagi orang-orang yang berakal.. J
6 comments:
benar,,
bnyak hikmahnyer..tapi aq ni..xamalkan.
rugi rasanyerrrr
wan : menyedari kesilapan diri tu baik...masih sempat utk diamalkan.. :)
salam...
byk benar hikmahnya..mudah2zn diri ni dpt tngktkn usha utk ini..insyALLAH..amin..
** fllow awk ye...fllow back..=)
kasih dania : okey2...mekasih follow blog yg x seberape ni...nnti saya follow awak balik..xdehal laa. :)
ini surah yang paling suka saya baca, dan paling kerap saya baca.
adik Amani..saya suka awak la.
Pang!! penampar nyamuk hinggap dipipi :p
actually, saya suka blog awak la!!!!
http://fiverul.blogspot.com/2010/11/saya-suka-blog-awak-la.html
mata hati : nyamuk besau tu..tampar kuat skit yerr..hikhikhik.. :)..saya suka blog awak jugak..mcm2 ada.. :)
Post a Comment