Tuesday, November 23, 2010

kerana aku hambaMU

ya Allah
aku bermohon keampunan kepadaMU
diatas segala dosa-dosa yang telah aku lakukan
berikanlah juga keampunan kepada ibu serta ayahku
rakan-rakan dan ahli keluarga
muslimin dan muslimat..

ya Allah,
sesungguhnya aku sedar aku hanya hambuMU
aku hanya insan yang tidak pernah punya apa-apa
aku redha dengan setiap yang telah Engkau takdirkan pada jalan hidupku
namun Ya Tuhanku
aku memohon..
kau kurniakan kepadaku hati yang cekal dan tabah
seperti tabahnya hati puteri RasullAllah, Fatimah
kau kuatkan diri ini dalam setiap ujian yang kau berikan
aku terima ya Allah
dan aku tahu, Engkau menyayangi diriku
dan Engkau mahu aku lebih dekat denganMU....

lindungilah pancainderaku dari berbuat dosa dibumiMU
lindungilah hatiku dari lebih mencintai umatmu dariMU
jauhkanlah aku dari insan-insan yang boleh menjauhkan aku dariMU
namun Ya Allah
kau rapatkan hatiku ini dengan insan yang boleh merapatkan aku denganMU
sehingga bertautnya hati kami menjadi satu dalam mencari CintaMU

ya Allah Tuhan Maha berkuasa
sesungguhnya,, aku hanya hamba
yang tidak mampu berbuat apa-apa
melainkan berharap sepenuhnya kepadaMU
berharap serta berlindungan denganMu
hanya kepadaMU aku memohon dan meminta
aku serahkan hidupku ini hanya kepadaMU
aminnn ya Rabbalamin


*ALLAH LEBIH TAHU APA YANG AKU PERLU DARI APA YANG AKU MAHU DI DALAM HIDUP INI *


P/S : Kesusahanku pada hari ini menjadikan aku lebih mengerti apa makna kehidupan, kesusahanku pada hari ini, mungkin kerana silapnya diri aku pada hari semalam
kesusahanku pada hari ini, kerana mungkin dulu aku alpa dengan tuhan
kesusahanku pada hari ini, membuatkan aku ingat siapa aku di"mata" Tuhan

walau tiada siapa yang tahu, dan mengambil tahu akan kesusahanku pada hari ini, aku tahu yang Allah sentiasa ada memerhatikan aku, dan hanya menunggu saat aku memohon dan meminta kepadaNya...

aku berharap, kesusahanku pada hari ini, akan memberikan aku kesenangan pada masa akan datang, jika tidak sempat dunia memberikan aku nikmat gembira, semoga di alam sana, aku insan yang sentiasa bergembira....



gambar sekadar hiasan yang memberikan aku sedikit ketenangan melihatnya



dari dalam hati
-kerana aku tidak punya apa-apa dan sesiapa-

4 comments:

Qaseh Dalia said...

jangan disesali pada kesusahan yg ada ..tapi cubalah cr kesenangan kelak :)

azwa amani said...

qaseh : tq dear :)

misSbLurRy said...

experience make u more stronger dan buat kita lagi matang....jangan sesekali sesali dengan apa yang kita lalui, sebaliknya kita bersyukur kerana dikurniakan dengan pengalaman sedemikian....insyAllah...

azwa amani said...

misblury : tq dear..sememangnyer pengalaman adalah kawan terbaik dalam melayari kehidupan..tq dear

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...