Saturday, November 27, 2010

rintihan seorang gadis...

Rintihan seorang Gadis

Dalam kehidupan ini…setiap yang datang pasti pergi…setiap yang hidup pasti mati….ana sudah kehilangan ramai orang yang tersayang…dan yang paling ana sayang…arwah mak yang genap 15 tahun meninggalkanku pada raya haji yang lepas…

Namun, siapa kita untuk meratapi ketentuan Tuhan…semoga dengan membaca kisah ini…ana dan kalian yang membaca mendapat sesuatu…InsyaAllah..

Seorang gadis kecil berlari-lari. Rambutnya tidak terurai, kusut masai. Ia menangisi jenazah ayahnya yang di usung menuju peristerehatan terakhir.

Menyaksikan orang ramai membawa jenazah lalu di depan rumahnya. Hasan Al Basri yang sedang duduk-duduk di depan pintu, bangun ikut serta dalam rombongan itu. “Ayahku, mengapa hari seperti ini singgah dalam umurmu?”Ratap gadis kecil itu.

Tentu saja, sang ayah yang sudah meninggalkan dunia fana itu tidak boleh menjawabnya, “mengapa hari seperti ini juga singgah pada ayahmu?”Kata Hasan Al Basri kembali bertanya kepada gadis itu.

Esok harinya, ketika Hasan Al Basri duduk di muka pintu rumahnya seperti hari kelmarin, gadis kecil lalu lagi di situ. Si gadis berlari-lari sambil meratap tangis menuju makam ayahnya. Peristiwa itu membuat Hasan Al Basri mengikutinya. Ia ingin tahu apa yang akan diperbuat gadis kecil itu. Dilihatnya, gadis kecil itu memeluk makam ayahnya. Pipinya diletakkan diatas tanah makam ayahnya, dengan bersembunyi, Hasan Al Basri menyaksikan apa yang dilakukan gadis kecil itu.

Dari tempat persembunyiannya, Hasan Al Basri mendengarkan apa yang di ucapkan gadis itu di atas makam ayahnya.,

Ayahku, malam ini engkau sendirian terbaring dalam kegelapan kubur tanpa lampu dan penghibur. Jika malam kelmarin aku masih boleh menerangimu dengan lampu, tapi siapakah yang menerangimu mala mini, dan siapa pula yang menghiburmu?

Ayahku, malam kelmarin aku masih boleh membentang hamparan, untuk tidurmu, tapi siapakah yang membentang permaidani semalam? Jika malam-malam kelmarin aku boleh memicit tangan dan kakimu, tetapi siapa yang memicitmu sekarang?”

Ayahku, Jika malam kelmarin akulah yang memberimu minuman, siapakah yang memberi minuman untukmu semalam? Jika dulu aku boleh membantumu menggulingkan tubuhnya yang lemah, tetapi siapakah yang merawatmu semalam.

Ayahku, jika dulu aku yang menyelimuti tubuhmu yang tersingkap, tetapi kini siapa yang menyelimutimu? Kelmarin engkau masih boleh memanggilku dan aku menjawab untukmu, tetapi semalam siapa yang engkau panggil, dan siapa yang menyahut?

Ayahku, jika kelmarin engkau minta makan dan aku yang melayani, tetapi adakah semalam engkau minta makan. Dan siapa pula yang melayanimu? Dulu aku yang selalu memasak makanan untukmu, tetapi siapa yang memasakkan untukmu semalam?”

Begitulah ratapan anak gadis itu kepada ayahnya yang sudah terkubur mati dimakamnya. Suatu ratapan yang membuatkan hati Hasan Al Basri menjadi terharu.

Tak tahan mendengar ratapan anak gadis itu, Hasan Al Basri keluar.dari persembunyiannya Air matanya menitis, lalu didekatinya gadis kecil yang memeluk kubur ayahnya itu. Ia mencuba menenangkan hati gadis kecil itu dengan nasihatnya,

Anakku, engkau jangan mengucapkan begitu, tapi ucapkanlah kalimat seperti ini:

Ayahku, engkau telah kukafani dengan sebagus kafan, tetapi masihkah engkau mengenakan kafan itu?

Ayahku, aku telah meletakkan tubuhmu yang segar bugar dalam kubur, masih segar bugarkah engkau atau sudah di makan cacing?

Ayahku, orang-orang alim mengatakan bahawa semua hamba nanti ditanya tentang imannya. Diantara mereka ada yang boleh jawab dan ada yang tak boleh jawab, dan ada juga yang Cuma membisu. Yang ku fikirkan adakah ayah boleh menjawab atau hanya membisu?

Ayahku, orang alim berkata bahawa kuburan itu boleh dibuat menjadi luas dan sempit. Bagaimana kubur ayah sekarang, bertambah luas ayau bertambah menyempit?

Ayahku, orang lain berkata bahawa kain kafan orang yang meninggal ada yang diganti dengan kain kafan syurga dan ada pula yang dari neraka. Kain kafan dari mana yang ayah gunakan sekarang.

Ayahku, orang alim berkata bahawa kuburan itu merupakan sebuah taman dari taman syurga, tapi boleh juga merupakan sebuah lubang dari lubang neraka. Yang ku fikirkan, bagaimana kubur ayah sekarang? Taman syurga atau lubang neraka

Ayahku, orang alim berkata bahawa liang kubur boleh menghangati mayat dengan memeluknya seperti pelukkan ibu terhadap anaknya, tetapi boleh juga merupakan lilitan erat yang meremukkan tulang-tulang si mayat. Bagaimana keadaan tubuh ayah sekarang, jangan-jangan ayah terhimpit lubang kubur?

Ayahku, orang alim berkata, orang yuang dikebumikan itu ada yang menyesal mengapa dulu semasa hidup tak memperbanyakkan amalan yang bagus. , penderhaka, dan banyak melakukan ma’siat. Yang ku tasnya kepada ayah, apakah engkau termasuk orang yang menyesali kerana perbuatan maksiat atau menyesal kerana sedikit melakukan amal kebaikan?

Ayahku, dulu setiap aku memanggilmu tentu engkau menjawab, tetapi kini engkau telah kupanggil-panggil tak lagi mahu menjawab? Engkau kini telah berpisah denganku dan tak bersua lagi sampai hari kiamat, semoga Allah tak menghalangi perjumpaanku denganmu.”

Begitulah beberapa nasihat Hasan Al Basri yang disampaikan kepada gadis kecil itu dalam meratapi ayahnya diatas makamnya.

Mendengar nasihat itu, gadis itu berkata: “Wahai Hasan Al Basri betapa bagus nasihatmu untuk meratapi ayahku?” Kemudian gadis kecil itu pulang dengan menangis bersama Hasan Al Basri meninggalkan makam ayahnya.

p/s : ana tak sempat nak cerita pasal exam tadi laaa..sebab ana ada meeting dengan Ydp malam ni…sebab ana ada 3 lagi program yang bakal dianjurkan untuk semester ni…

ucapan kepada encik anugerah Allah…terima kasih kerana mengingatkan apa yang terlupa, dan terlalai…syukran jazilan….jazakallah hu khair..

~Wallahualam Bissawwab~.....

http://www.emocutez.comsalam

5 comments:

Abe Long said...

erm....

Kak Amy said...

salam..

amboi nak exam pun sempat lagi update blog ye , he3 akak doakan adik berjaya ye..

Unknown said...

huhu..xlmbat ag kan nanakimie nak ucapkn salam takziah wat amani..m0ga r0h arwah sentiasa dicucuri rahmat..okey2 xm0 cdey2...meeting m0lek deh..bz bt0i adek manes neh:)

Unknown said...

this entry sangat menyentuh hati

azwa amani said...

abe long : ermmmmm

kak amy : huhuhu..rindu kat blog.kalau x update..hihih

nanakimie : x terlambat lagi nanakimie...rasa macam semalam jer ade lagi dkat ngn amani..

mata hati : yeke.huhuhu...sekadar pengajaran kepada semua agar jgn meratapi..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...